Sambungan sakit dada (pedih hulu hati) | A Sweet Life To Remember


MY POPULAR POSTS THIS MONTH

24 January 2015

Sambungan sakit dada (pedih hulu hati)

Salam. Sebelum ni i ada buat entry mengenai sakit dada ketika hamil. Kat situ i ada cerita serba sedikit mengenai pedih hulu hati. Apa yang related entry itu dengan entry baru ini ialah mengenai pemakanan ketika hamil. Pemakanan mempengaruhi juga daripada terjadinya pedih hulu hati. Jom ktr tgk jenis2 makanan yang bagus diamalkan ketika hamil selain kurma, madu kismis dll..

Dadih dan Susu
Beberapa sudu dadih asli dapat membantu kerana probiotik dalam dadih menyeimbangkan kadar asid manakala bakteria di dalamnya membantu membunuh bakteria dalam usus yang menyebabkan penyakit. Sebagai alternatif, gantikan dengan segelas susu.

Gula Getah
Mengunyah gula getah menggalakkan rembesan air liur, selain menyegarkan nafas. Ini mengurangkan keasidan dalam esofagus. Ia juga mengandungi bikarbonat yang berfungsi menyeimbangkan asid yang masuk ke dalam esofagus.

Betik
Betik mengandungi enzim penghadaman yang dapat membantu melegakan perut. Ambillah ia dengan apa cara juga – buah segar, kering, dalam tin atau jus.

Air Kosong
Pedih ulu hati juga dikaitkan dengan dehydration, jadi minum air 8 – 10 gelas sehari. Namun elakkan meminum dengan banyak pada satu-satu masa.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...