Proses berpantang - bertungku | A Sweet Life To Remember


MY POPULAR POSTS THIS MONTH

17 January 2015

Proses berpantang - bertungku

Alhamdulillah.. minggu ni dah masuk 25 weeks. Means dah 6 bulan lebih. Sekarang ni dah start kumpul balik barang baby, buat list apa yg patut beli semua tu. Kali ni i akan berpantang di Johor Bahru. Disebabkan amsyar sekolah, terpaksa la berpantang sendiri. Risau jgk ni sbb dengan 2 anak yg mmg tgh aktif giler.
Kali ni nak kumpul ilmu pasal bertungku. Dah nak masuk anak 3 ni bukan xtau pasal bertungku. Tapi sebelum ni pantang kat rumah my mum. So dia yang uruskan bab2 tukang urut, bertungku semua tu. I tinggal serah diri je biar tukang urut datang. Hee... kali ni nak kene sedia sendiri brg2 bertungku. Al maklum je la dok kat area bandar. So mana la nak cari daun2 tu. Memang la skrg dah ada tungku moden semua tu. Tp rasanya xbest mcm tungku batu or besi.
Ni sedikit info yg i dpt dari blog berpantang selepas bersalin.
Amalan bertungku merupakan amalan tradisional yang penting ketika berpantang. Tidak lengkap rasanya berpantang sekiranya tidak bertungku. Biasanya tungku diperbuat daripasda besi sebesar botol 500ml dan beratnya kira-kira 1.5 kg. Bertungku juga tidak semestinya menggunakan besi kerana batu sungai atau anak lesung juga boleh digunakan. Ini kerana kesan bertungku bukan terletak kepada berat tungku itu tetapi pada tahap kepanasannya yang dapat meresap hingga ke dalam badan.

Setahu i, lagi berat batu tungku tu, lagi bagus. Kalu ringan je macam tungku herba yg kene kukus tu, mcm xde kesan sgt. Bila tungku tu berat, lagi tekan perut. Lagi 1 panas lagi tahan lama.
Besi atau batu tungku perlu dipanaskan terlebih dahulu selama 1/2 hingga 1 jam di atas api yang sederhana. Kemudian tungku perlu dibalut dengan kain cita yang telah dilapik dengan daun mengkudu yang dikenali sebagai Morinda citrifolia. Jika daun Morinda citrifolia tiada, maka daun sirih atau nama saintifiknya Piper betel atau daun lengkuas juga boleh digunakan. Kesan panas daripada tungku akan meresap ke dalam daun dan sekaligus bertujuan merawat bahagian badan semasa proses bertungku.
Batu tungku just letak atas dapur tu dengan api paling slow. Tak bole api besar. Nt pecah batu tu. Memang la api kecik lambat la nak panas tp bila dah guna, panas batu lebih tahan lama. Biasa u mula panaskan batu tungku awal pagi. Bila tukang urut dtg je, dia abik, then letak 1 batu lagi. So masa dalam proses bertungku tu, batu ke 2 tgh dipanaskan. Kira buat 2 batu la sekali tungku 1 badan. Batu tu balut dengan kain sarung lama je. Sebelum letak batu tu dah siap2 letak daun mengkudu. Bab daun mengkudu ni i dah ada solution. Jiran i ada yg tanam pokok daun mengkudu. So niatnya nak minta izin la nak abik daun mengkudu dia nt buat bertungku. Husband akan bagitau dia nt.
Proses bertungku dilakukan sambil berbaring dan tungku ditekan perlahan-lahan di sekitar pangkal paha, berhampiran ari-ari atau bawah pusat dan di atas perut ( bawah buah dada ). Untuk kesan tungku yang lebih baik, tapak kaki serta tumit juga perlu ditungku.
Kira tungku 1 badan la.. best sgt bila bertungku. Rasa hangat je badan. Urat pon xde la rasa tegang sgt..
Amalan bertungku ini penting memandangkan ia dapat menghangatkan badan, membuang angin, mengecutkan urat yang kembang selepas bersalin di samping memperbetulkan serta melancarkan perjalanan darah. Biasanya darah nifas mengalir lebih lancar selepas bertungku. Justeru bertungku ada kalanya diteruskan sehingga keluar darah terakhir yang berwarna seakan-akan putih keperangan atau dipanggil darah meroyan. Jika para ibu rajin bertungku ia boleh diteruskan sehingga habis tempoh berpantang.
Bab daun mengkudu settle. Sekarang ni tinggal nak cari batu tungku je. Kalu xde batu tungku terpaksa la pakai tungku besi. Sekarang banyak online seller yg jual tungku besi ni. Sekali pos rm77 yg paling murah i jupe. Ingat nak cari yg bole cod kat area JB je. Malas la pos2 ni. Tu tungku besi yg berat 1.5kg kalu xsilap. Dia siap dengan sarung herba.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...