MY POPULAR POSTS THIS MONTH

29 July 2013

Wajah cantik dan menawan di hari raya

Hari ni dah pon masuk hari ke-20 ramadhan. lagi 10 hari kita akan menyambut 1 Syawal. Alhamdulillah...

Bulan ni ramai sangat yang PM kat fb, msg/whatsupp/wechatt i utk produk zarraz. Yela.. Semua orang nak wajah cantik & menawan di hari raya kan.. Ada yang baru nak mencuba trial set one solution.. Ada jugak yang dah cuba trial set, nak beli set besar utk lebih penjimatan. 

Ni Set trial One solution set.. Normal price rm150.. Bulan ni i kasi Rm130, free postage seluruh malaysia.. Ramai yang dah ambil set ni repeat order dengan set besar yang ni pulak..(gambar di bawah).


Bulan July i ada buat 25% off utk semua produk zarraz. Offer 25% ni sampai 31 July 2013 ye.. so saper yang nak tu, cepat2 contact i di 017-3300036. Ada jugak yang nak dapatkan lebih diskaun dengan register as ahli. Dapat 30% off tu kalu untuk ahli. Banyak jugak kan.. 

Nak tahu macam mana nak register as ahli, msg/wechatt/whatsupp i laju2 ye..

U'olls boleh jugak hubungi agent2 i untuk produk zarraz ni.. bole refer sini ye..

Oh ye.. satu lagi nak inform u'olls..

Poslaju dah pon keluarkan pengumuman sempena aidilfitri..



So last pengeposan ialah 3hb ni ye.. Take note semua..

18 July 2013

Baby Skin Care for My Newborn

Untuk 2nd child newborn, i still choose organic which is natural & gentle. Since kita tak tau kan kulit baby nanti camner. Lagi pon agak menakutkan bila baca keburukkan paraben dalam skincare.. u can google..

Kalau Amsyar dulu i pilih Buds baby range, kali ni i pilih Burt's Bee for baby. Of course i beli trial pack or started kit dulu. kalau wangi, baby pon ok, baru beli yang besar punya.

Picture : Baby Bee Getting Started Kit, Baby Bee Skin Creme, Baby Bee Dusting Powder.

I bought it thru  burtsbees online jer. Since tak ada outlet kat johor, terpaksa beli online je. Outlet dia ada 6 je kat malaysia. 

The Curve - G Floor( next to Borders )
Tel: 03-7725 4006

The Gardens Mall - LG Floor ( next to Cold Storage )
Tel: 03 - 2287 7450

Sunway Pyramid Shopping Mall
Unit No: G1.116B, Ground Floor ( New Wing )

Parkson, Subang Parade
Cosmetic Floor

Suria KLCC ( Near Signature FoodCourt )
Lot No.K23, Level 2
Tel: 03-2163 3933

Plaza Gurney ( Near Parkson )
Unit No:170-01-21A, First Floor
Tel: 04 - 2288 510


Dalam Baby Bee Getting Started Kit tu ada 5 item iaitu Baby Bee Nourishing Lotion 1 oz, Baby Bee Shampoo & Body Wash 1.8 fl oz, Baby Bee Diaper Ointment 0.75 oz, Baby Bee Nourishing Oil 1 fl oz, Baby Bee Buttermilk Soap 0.8 oz.

Bau dia tersangat la wangi. Kalau nak dibandingkan dengan Budsbaby, i lagi suka bau Burt's bee.. Pastu i add on Baby Bee Skin Cream & Baby Bee Dusting Powder. Skin Cream tu i ada baca review sangat elok utk rashes kat pipi baby or kat badan baby. Ala..baby kan biasa ada rashes kat pipi & leher sebab susu. Amsyar dulu tak teruk sangat rashes dia. tapi bila naik je cepat2 i sapu budsbaby res-q lotion. So kali ni try baby bee skin cream pulak. Since i blom beli powder utk newborn, so i try la sekali baby bee dusting powder.


99.69% Natural

Soothe all the rough spots. Wholesome ingredients are carefully blended to create an ultra-rich, soothing skin crème for baby’s tender skin. Sweet almond oil, aloe vera and beeswax absorb quickly to soften, nourish and re-condition dry skin.



Picture :  Tengok krim dia..so creamy..super duper wangi..!


Yang paling i suka, dia ada member's privilege. Pembelian pertama rm200, terus dapat register as member. So after this bole beli item dengan 10% off from normal price. Pastu dia ada program recycled. Nanti bawak je botol kosong ke mana2 outlet, then dapat beli dgn yang baru dengan 15% less.Ada 20% birthday discount jugak..Suka2.. lagi 1 bila dah member tu mesti la bole accumulate points. RM1 bersamaan 1 point, then boleh tukar dengan cash voucher. 

Tak sabar nak try produk ni kat my newborn.. Apa2 pon Selamat berbuka Puasa..!! Dah kul 4.30ptg.. Jom gi bazar ramadhan..

11 July 2013

Poor Amsyar


Kesian anak teruna mommy ni.. Last friday dia kene cirit birit.. Mula-mula tak perasan. Ingat kan poo poo macam biasa. Pagi jumaat tu dia dah ter poo poo masa tido. satu bilik bau.huhuhu.. pastu kerap pulak dia poo poo. Khamis pagi tengok dah melecet punggung dia sebab lambat cuci. Dia ter poo poo masa tido. mana nak perasan kan kalu kul 3 pagi poo poo. Pastu sikit je pon. Pagi tu nak mandikan dia, tengok dah melecet.

Masa tu ok lagi la.. Terus cakap dengan maid stop buat air manis dulu. Mana tau sebab teh ais ke buat dia cirit tu. Hari sabtu, tengok still sama. tapi dia still aktif. So mommy & daddy xde la risau sgt. Cuma bila tiba time cuci tu dia nangis2 sebab sakit tempat melecet. So decide just siram dengan air kuat je. Tak pakai sabun & tak guna tangan masa cuci. lap buntut dia pon pakai kain bedung dia dulu. Kain tu jenis kain panas, lembut so dia tak sakit bila ktr lap. Tak per la. Untuk baby mommy buatkan yang baru k..

Malam tu tengok dia macam tak berapa aktif. Asyik nyorok je. Ajak makan tak nak, Minum tak nak. Susu je nak. Kasi 100 plus pon tak nak. Kami dah mula risau. Kesian kat dia bila nagis time nak cuci & sapu krim tu. Guna sudocream pon tak berkesan.

Malam tu i & husband pon bergilir-gilir bangun 2 jam sekali check pampers dia. Tido tak pakaikan seluar sebab nak kasi senang nak intai kat tepi pampers tu. Kejap2 dia bangun namgis. Sakit perot agaknya. Tapi nak urut perot dia tak kasi. Dalam hati, ni memang macam cacing je.. Nanti balik kelantan ktr gi rumah pok cik Samad deh.. Kasi pangkah itu perot.. hee...

Isnin still tak sempat nak bawak dia gi hospital. Hubby i ada keje kat kl. Nak harapkan  gi sorg memang tak la kan dengan keadaan alahan lagi (walaupun dah 7 bulan). Hubby pon tak kasi drive. So tunggu dia balik mlm tu jgk. Malam, still operasi 2 jam sekali check pampers. Tak de perubahan. Asyik terkicit je.

Hari selasa, lepas hubby habis meting dgn bos dia, bawak amsyar ke Puteri Specialist Hospital. Sebelum tu singgah dulu Pizza hut kat larkin. Makan-makan dulu sebab masa tu kul 1 lebih, klinik Dr Ismail tutup lunch hour. Gambar kat atas tu taken at Pizza hut la.. Nampak ceria je kan.. Macam tak de cirit. Akirnya kat pizza hut tu dia makan jugak sikit. Alhamdulillah..

Jumpa je doktor, doktor tengok punggung dia, terus cakap 'Amsyar kene admit ye'. Admit je la Amsyar... Mommy dah kesian tengok amsyar. 

Baru tahu. Rupanya budak kalu cirit birit, tak bole kasi minum susu. Tap kalu susu Ibu tak per.. SEEE...!! Terbukti Susu Ibu tiada tandingan dengan susu formula. So selasa tghari tu bermula la episod drama dengan amsyar.. Dia asyik mintak susu je.. i terpaksa tahan je bagi pelbagai alasan. Kesian tengok dia merengek. 


Time ni nangis sebab nak susu. Sampai selsema dia sebab nangis je.. Ramainya yg sakit.. Sampai tak de katil kosong. Since masa register tu dah kul 4, pastu katil pulak tak de kosong, kami dibenarkan balik rumah dulu. Ambik barang yang mana perlu. Kul 7.30 mlm baru pihak hospital call cakap ada katil kosong. Tu pon bilik 2 katil. single bed semua dah full..


Sebarang makanan berasaskan susu, semua kene stop.. Tak kira la susu pekat ke..susu soya ke..semua kene stop. Dia hanya dibenarkan minum air garam yang nurse kasi tu (perisa oren) & ribena je.. Kesian tengok dia. Sanggup dia tahan haus sebab tak nak minum air garam tu. Pastu ubat smecta nurse kasi 3 kali sehari. 

Kat wad tu i rasa macam azabnya... Dengan pregnant 7 months, kongsi katil dengan Amsyar. Tu pon merayu mintak single bed. Kalu ikut umur Amsyar dia nak kasi baby kot..Badan sakit2.. Tido pon tak cukup. Amsyar asyik sedar sebab mintak susu.

Alhamdulillah.. 1 malam je admit, dah boleh discaj ptg tadi. sebab amsyar dah mula makan. Tapi susu still tak bole minum sekurg2nya 3 hari lagi. So kami buat stok ribena banyak2..huhuhu..

07 July 2013

Pilihan Botol Susu Untuk Newborn

Salam semua..

i tengah pening pk nak pilih jenis botol susu yang nak beli utk newborn. Sekarang macam2 pilihan ada. Tapi kene fikir samada ianya keperluan & kehendak sendiri. huhuhu.. Maksud i, nak beli sebotol or nak beli starter pack. memang la murah yang starter pack tapi dari pengalaman i, dah takut nak beli starter pack.

Masa 1st baby, i beli Avent starter pack. memang lengkap dengan botol kecik, botol besar, puting, semua la.. Tapi lepas bersalin, macam puting i tak pakai. Memang tak nak ajar anak hisap puting. Pastu anak i reject teats avent.. huhuhu.. sedey tgk. My hubby jeling je.. Macam2 brand i tukar. At last i direct feed je.. tapi since i nak 2nd baby, i ajar jgk dia guna bottle. I pernah buat entry pasal pilih botol susu untuk anak i.. bole baca kat SINI. NUK, Pureen, Dr Brown, semua tak jalan. Yang brand 1st year je dia terima.. Sampai la sekarang, pakai brand 1st year je..

So untuk 2nd baby memang dah berkira-kira nak belikan 1st year punya brand. Sebab dia breastflow. Since anak 1st i tak terima teats Avent, so 2nd baby maybe akan susah nak terima teat mcm avent & lain2 tu. Tapi 1 je i tak berapa suka dengan 1st year breast flow ni. kat teats tu dia ada 3 parts. Teats luar, Teats dalam & ring dia. Yang menjadi masalah, susu akan bertakung antara teats luar & dalam. Memang bole tekan2 supaya susu masuk balik dalam botol. tapi agak leceh & kekadang tak turun pon.


Macam kat gambar ni. Susu dia bertakung. Dengan kata lain akan berlaku permbaziran. Anak i memang takkan hisap or minum susu yang kat bertakung tu. Walaupun selepas i dah tekan2 & masukkan balik susu yang bertakung tu dalam botol dia.

Tu yang tengah cari brand lain. So far i dah survey avent natural flow, Mimijumi, Yoomi, Comotomo, & Mii. 

Avent Natural Flow - i reject awal2 la sebab teats dia lembut sikit je dari teats yang lama. beza tu je. SO tak nak abik risiko lagi try botol ni kat newborn i nanti.


Mii Product - Yang ni pon i tak berita confident. reject.


Comotomo ni i ada tanya jugak la seller2. semua cakap teats lagi lembut dari Mimijumi. tapi bole picit kat bawah tu (botol). nanti kalu tersalah picit, tak tersedak ke baby? hemm.. reject la dulu.

So far i tengah consider 2 brand ni.. Mimijumi & Yoomi. 


Dia ada 2 jenis iaitu Not So Hungry Bottle (120ml/4fl oz) & Very Hungry Bottle (240ml/8fl oz). Dia ada Replacement NIpples (flow rates 1 & 2). Mimijumi ni memang direka untuk baby tolak botol susu sebab dah biasa dengan mum breast. Baby confius nipple la dengan kata lain. 

Sedikit Info :

1- Puting Mimijumi
Dengan menggunakan teknologi terkini puting ini lembut seakan-akan puting ibu. Puting dibuat dari silikon yang selamat untuk bayi - mengikut piawaan yang telah ditetapkan dan tidak mengandungi latex. Bentuk dan warnanya juga dicipta khas untuk menyerupai payudara ibu. Jadi si manja anda tidak akan keliru puting!


2- Material
Botolnya diperibuat daripada plastik EMS Grilamid XE-3997 dari Switzerland dan memang terbukti selamat dan mendapat kelulusan antrabangsa. Lebih baik daripada plastik jenis PC, PP dan PES.
Biarpun botol ini diperbuat daripada plastik namun ianya jernih dan tebal seakan kaca. Namun ianya ringan dan mudah dipegang oleh bayi anda. Dan ianya juga tergolong dalam Eco-Friendly Bottle

3- "Wide Neck style" (Leher Botol Yang Luas)
Memudahkan proses pembersihan di bahagian dalam botol. Sekiranya anda ingin mensteril botol ini, sila buka plastik di bawah botol ini ya. Sebab botol nih boleh bukak dari bahagian bawah dan atas.


4- BPA Free, Lead, Phthalates, Latex.

5- Tidak Perlu Kerap Membeli Botol
Walaupun harganya agak mahal namun botol ini boleh digunakan sehingga 3 tahun dan boleh disteril sehingga 10ribu kali! Manakala putingnya tahan sehingga 6-8 bulan. Bermaksud? Anda cuma perlu beli sekali sahaja dan anda boleh menggunakan botol yang sama untuk anak² yang seterusnya. Jimat kan? (* Puting perlu tukar setahun 2 kali di bawah penggunaan normal)

6- Harga Di Malaysia
Harga kat Malaysia paling murah pernah aku jumpa dekat One Baby World or azasbabymate RM68 & RM87, untuk sparepart mimijumi nipple pulak 1 pack dalam RM43. Macam mahal jugak tapi kalau untuk anak kita sanggup je pun berhabisan kan?

Details i cerita pasal mimijumi ni.. hee... Hati dah berkenan oke.. sebelum tu kita tengok pulak yoomi self warming bottle. Ni pon macam ok jugak..


Dia ada 2 jenis saiz botol iaitu 5 oz & 8 oz. Dia ada 3 jenis teats iaitu slow, medium & fast flow teats. 

Sedikit Info :

1- Yoomi memudah proses penyusuan, sesuai untuk penyusuan pada waktu malam (waktu tidur). Yoomi warmer akan meyediakan susu ibu dengan suhu susu ibu sebenar dalam masa 60 saat sahaja.

2- Bole dibawa ke mana tanpa perlu menyediakan or mancari air panas ketika outing with ur baby.

3- Yoomi tak akan overheat susu. Kalau overheat kan nutrient or zat dalam susu ibu akan rosak.

4- Harga amat berpatutan. Yoomi warmer boleh caj sehingga 100 kali caj (boil in hot water for 25 minutes) with no plugs, batteries & etc.

5- Puting botol susu ni breast like teat shape. Ada 6 anti colic vents. BPA free.




Hemm.. yg mana 1 ye.. ada x mommies yang pakai yoomi bottles ni? kali review sikit. kalu mimijumi tu memang dah ramai yang pakai.

04 July 2013

New CD In Da Houze..!!

Last Saturday i pergi parenthood expo kat Danga City Mall. Ok la..So so gitu sebab kalu nak dibandingkan dengan fair sebelum ni lagi best. Kali ni NO Mamypoko, Drypers, Pet Pet, Pureen..Herm... Banyak baju baju baju baju..!

I ada beli minyak TYT (utk becoming baby & Amsyar). Beli stok banyak terus. Hee... Apa lagi ek yg i beli..emm... Baby skin care.. Memandangkan tak ada booth Buds Baby, yang ada hanya BabyOrganix, its ok la..selagi ianya organik, i should try.. so dah beli skin care utk baby..check..!

Kat situ ada bermacam2 Cloth Diapers, since i suka Moo Moo Kow, so cari jugak la..tak de booth dia.. i tambah stok CD yg murah je. Jenama QQ baby. Normal price dia kalu xsilap rm27. Dia buat promotion RM20/set, Buy 5 Free 1, Buy 10 only RM150. I beli yang pakej Buy 10 RM150. So we decide nak try brand ni la pulak. dulu beli yang little buddy kat fabulousmom. tak brp suka.. i pilih snap type.. So balik je terus buat pre-washed..


Tu dia... Dah siap pre-washed. Tinggal nak masukkan insert je.. Hopefully brand ni lagi ok dari Little Buddy la.. Later i masukkan review k..

02 July 2013

Kini Berwajah Baru

Suka...suka... 

My website sudah berubah wajah.. Siap ada doll lagi..hee.. Comel kan..?

Sebelum ni website ni warna shocking pink & lebih kepada business semata-mata. Pastu lama-lama rasa macam bosan pulak & rasanya banyak story psl personal life dibanding business. So i decide untuk tukar wajah website ni. Biar nampak funky sikit.. 

Lupa nak print skrin yang lama..huhuhu.. tapi kini..!


Kalau klik kat menubar atas tu memang akan kuar will update later...yes.. kalu sempat i update ye.. sikit2 lama2 lagi cantik kan...

01 July 2013

Newborn List

After i confirm pregnany for the 3rd time & for 2nd baby, i dah buat list kelengkapan newborn. Kali ni banyak yang ditambah berdasarkan pengalaman yang lepas. Niat tak nak susahkan orang lain gi beli apa yg tak cukup bila dalam pantang nanti. Insyaallah..

I share dengan u'olls list newborn i. Maybe akan ada yang berpendapat panjang giler list i ni. Tapi trust me, dlm pantang nanti baru u rasa alahai..kalau la dah beli siap2, tak de la susahkan orang.

Memandangkan ni anak ke-2, so banyak barang baby dah ada.Cuma tinggal tambah skin care baby & sikit2 item yang tak cukup.. Barang yang dah ada or beli  i tanda siap2.. Baju pon i beli la setiap jenis 1. Takkan tak ada yang baru kan untuk baby..

Senarai keperluan bayi

1) baju & seluar - min 12 psg
     - new born
           a) lengan pjg--Check
           b) lengan pendek--Check

     - 3mth-6mth
           a) lengan pjg--Check
           b) lengan pendek--Check
           c) singlet seluar pjg--beli baru sehelai
           d) singlet seluar pendek--beli baru sehelai

     - 6mth above--dlm pantang pon bole beli online nanti.
           a) lengan pjg
           b) lengan pendek
           c) singlet seluar pjg
           d) singlet seluar pendek

2) sarung tgn & kaki = 6psg--Check

3) topi baby = 2--Check

4) keperluan asas
        - bedak,sabun,syampu, minyak
           rambut, losyen= 1 set kecil Burt's bees skin care --Check
        - minyak TYT--Check..dah borong banyak kat parenthod expo last saturday.

5) lampin 1 dosen--Check

6) pampers
        -newborn-1 pack--Check
        -S size -2 pack--Check

7) selimut baby = 1 helai--Check

8) towel = 2 helai--Check

9) barut = 6 helai--Check

10) kelambu--Check

11) tilam baby--Check

12) bantal = 1 bantal, 2 peluk--Check

13) bantal separuh bulat--Check

14) botol susu = 1 botol kecil je dulu. bole tengok review i kat sini.--Check

15) tisu basah = 1 botol besar + baby wipes--Check

16) bebola kapas --Check

17) cotton buds kecil--Check

18) tisu kotak & tisu bulat--sangat perlu untuk penjagaan intimate ibu.. sblm bersalin beli.

19) krim ruam lampin (sudocream)--Check

20) plastik alas tidur (changing mat)--Check

21) besen mandi baby--Check

22) bakul letak kain baju--Check

23) bakul sampah kecil--Check

24) pam perah susu --Check

25) tuala muka (kecil)--Check

26) pemotong kuku--nak beli 1 lagi. yang amsyar punya dah tumpul. huhuhu...

27) sikat / berus bayi--ni pon kene beli.dah berbulu giler+hodoh yang lama punya.

28) pencuci baju bayi = pureen abd

29) pengalas tab mandian bayi--tengah pk lagi..perlu ke?

30) pelapik lampin--Check

31) Pencuci botol susu--Check

32) kain bedung (kain panas)--Check

33) beka simpan susu ibu--Check

34) beg pendingin--Check

35) pek ais--Check

36) susu formula utk bayi--kene beli utk standby. mana tau jadi mcm amsyar dl. hari ke-3 baru ada susu..

37) bag bayi--Check


Keperluan tambahan:- yg ni lps 2 bln pon bole beli (for new mom)...tapi dah ada yang amsyar punya..

1) katil bayi--Check

2) buai--tak perlu sbb memang tak nak ajar anak pakai buai.

3) bouncer--Check

4) stroller--Check

5) car seat--Check

6) baby sling--nak beli baru.

7) nursing cover--Check

8) changing table--Check.. baru beli kat IKEA..tak de la sakit pinggang nanti malam2 bangun nak tukar pampers.


For mummy:-

1) maternity pad--dah beli tapi blom cukup. nak beli yang herba pulak.

2) nursing bra--Check

3) disposable nursing pad--Check

4) set bersalin-maharani 2 kotak--ni nak makan after 2 weeks or lps kuning baby dah tak ada.

5) nipple cream-medela--Check

6) washable nursing pad--Nak beli baru..tak suka brand autumnz..betul ke eja? tak selesa & gatal2 bila jahitan tepi dia kene kulit. Nak beli yang jenis bamboo. Tapi kat Malaysia tak de pulak. Setakat ni memang nak beli brand medela. dah try pegang. selesa..

7) stoking--Check

8) Medela Milk Collecting.. --Check

9) selipar toilet--Check

10) disposable under wear--Check

11) shaklee set pantang-- Blom beli lengkap. I kan jual shaklee. so beli full pack je la..

12) kain sarung--Check

13) krim panas--Check

14) Scrub badan--Check

15) lulur badan--Check

16) bengkung--Check..dah pos kain belacu ke kelantan untuk bibik jahit. 5 meter. Trust me..lagi selesa dari bengkung kurita. Premium beautiful i start pakai bila luka kat bawah tut tu sembuh. 

17) pelapik cadar--Check

18) tali ikat pad--Check



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...