MY POPULAR POSTS THIS MONTH

31 January 2015

Mobile Spa Johor Bahru

Nak buat facial tapi xsempat nak ke spa? Nak buat facial je tapi malas ke spa dengan parking lagi. Apa kata u'ols buat je appoinment dengan akak ni. Dia stay kat Seri Austin, Johor Bahru. So saper yg area JB nak buat facial di rumah sendiri, bole la contact kak Wati ni..

Kak Wati
018 -772 0269

Kak wati ni salah seorang mobile spa yang aktif bergerak untuk buat facial. Product yang digunakan ialah produk zarraz paramedical. U'ols bole jugak beli produk zarraz dengan kak wati.


Sebelum ni ada yang tya i bole x nak facial dulu dengan produk zarraz baru beli. Nak test sesuai ke x kan. So u'ols bole la buat facial dengan kak Wati ye. I x buat sebab anak2 kecik nanti yang g facial muka u'ols..hihihi.. 

30 January 2015

4th pregnancy : pregnancy supliment

Syukur alhamdulillah.. i dah masuk 27 weeks. Lagi 2 weeks nak msk 3rd trimester. Baby pon aktif je. Beza pregnant kali ni, ubat2 yang doktor bekalkan semua i bole telan. Tp ada la sehari dua dlm sbln tu i jadi loya smcm & tekak xleh terima ubat2 tu. Sekarang ni sembelit la plk.. adess la.. kalu masa pregnant azfar dulu xde sembelit langsung bila dah msk 2nd trimester. 1st trimester je sembelit teruk.

Ada yang tanya i ubat apa yang doktor Tokha kasi. Berbeza ke dengan doktor lain. Yes.  Setiap doktor lain ubat yang dia akan kasi. Tp function dia semua sama je. Jenis je lain. So jgn kata ubat doktor lain kasi x ok. Semua ok. Sama je. So ni ubat2 yang i makan sekarang.

New Obimin
Ni suplimen biasa bagi ibu mengandung. Obimin ada 2 jenis. Obimin biasa & new obimin. I pon xtau apa beza dia. New obimin ni lebih kepada nak naikkan hb. Mkn sebiji sehari.

Proscal
Proscal ni suplimen tambahan untuk kalsium. Doktor memang kasi dari awal msk 2nd trimester lagi. Cara makan 3 biji seklai mkn, pada waktu pagi. Priscal ni i start mkn masa pregnant Azfar & lepas bersalin pon i mkn jgk. 

NeurogainS
NeurogainS ni bila i check up dgn doktor Tokha dia kasi yang ni. Masa check up dengan doktor lain dia kasi neurogainPB. Doktor Tokha kata yang ni lagi bagus dari neurogainPB. Yes.. betul jgk rasanya. Sebab nampak beza pada baby. Anak sulong i abik neurogainPB. Anak 2nd i abik neurogainS. Nampak lain. Aktif & lbh cepat perkembangan dia berbanding abg. Mkn sebiji sehari.

Veloxin
Ni pulak ubat alahan. I mkn ubat ni sebiji sehari bila alahan teruk sgt je. Kira ubat ni standby je la.sebab bkn selalu rasa loya nak muntah & flat badan. 

29 January 2015

Elakkan Pedih hulu hati & rawatan

Kali ni i nak share cara utk elakkan pedih hulu hati & rawatannya.. i copy dari blog mana i lupa dah. save as draft lama sgt. Lupa nak copy address blog tu..


Baring Dengan Betul
Tinggikan bahagian atas badan ketika berbaring
Sokong bahagian atas badan (bahu dan kepala) dengan bantal lebih. Bukan sahaja mengelakkan asid bergerak naik ke esofagus, ia juga membaiki pernafasan ketika tidur.

Pakaian Longgar
Hindari tekanan terutama di bahagian perut dengan memakai pakaian yang longgar.

Ubat-ubatan
Sekiranya rawatan secara semulajadi tidak meredakan, bincanglah dengan doktor untuk mendapatkan nasihat ubat-ubatan. Antaranya termasuk:

1) Antacids 
Ia melegakan pedih ulu hati dengan cepat kerana mampu menyeimbangkan kadar asid dalam perut. Namun ianya hanyalah rawatan jangka pendek dan boleh menyebabkan sembelit jika diambil berlebihan.

2) Alginates
Kajian klinikal menunjukkan, ubat hasil daripada rumpai laut coklat (laminaria hyperborean) ini dapat memberikan kelegaan. Antara ubat yang mengandungi alginates termasuk Gaviscon. Alginates membentuk bebuih yang terapung di atas isi perut dan ini mengelakkan asid pada makanan bertemu dengan esofagus.

Penekan keasidan
Jika ubatan di atas tidak mencukupi, para doktor mungkin menganjurkan pengambilan ubat penekan asid sepertiranitidine dan omeprazole. Ranitidinetiada kesan sampingan tetapiomeprazole boleh menyebabkan sakit kepala, cirit-birit, loya dan muntah.

Ubatan cecair adalah terbaik kerana ia menyeliputi esofagus. Elakkan ubat penahan sakit seperti ibuprofen dan aspirin yang boleh menyebabkan pedih ulu hati semakin teruk. Pedih ulu hati hanya akan benar-benar hilang selepas melahirkan. Jadi banyakkan bersabar dan bayangkan wajah bayi anda yang comel.

28 January 2015

Dapat cabutan bertuah stroller contours

Ini cerita lama.. hihihi.. Tapi cerita lama ni masih menjadi bualan kami sampai sekarang. Huhuhu... Blom pernah dpt cabutan bertuah sebesar tu. Mana la x terkejutkan. Masa beli stroller budak2 ni xpk pon pasal cabutan bertuah tu. Malah kami xtau pon. Memang dah lama aim nak beli double stroller since adik & abg asyik berebut stroller je. Daddy dia pon dah xlarat nak dukung salah sorg kalu diorg tido. Huhuhu.. memang ketaq2 bayar stroller ni masa tu.huhuhu... 


 Stroller ni la yang kami beli. Memang dadi tahun 2013 sblm bersalin Azfar lagi tengok stroller ni masa baby fair kat Danga City Mall. Tapi x beli lagi sebab masa tu budget xbrp ada. Dah nak bersalin masa tu. Pastu owner dari singapore yang dtg sorg2 dok cerita kat kami kelebihan stroller ni.


Masa Mom & Baby Expo di Persada Johor, kami pergi la 26hb september tu. Saje la jejalan sambil tgk apa yg perlu dibeli. Biasa i beli borong minyak tyt & baby organic punya sabun utk cuci cloth diapers time baby fair or mom & baby fair ni la. Masa 26hb tu kami tgk la lagi sekali stroller tu. Kali ni dia join dengan MOM Product.


 Dia bole attach dengan seat utk baby sekali. Yg tu kene beli lain la. Gambar atas tu i dpt dari contours fb fan page. Bersungguh abg Amsyar dengar penerangan salesman tu. Kali ni salesman dia 4 org. 26hb tu just tgk dl. Then balik je hisband ckp mcm nak beli sbb dah xtahan nak kejar budak2 ni kalu tempat ramai. Esoknya 27hb september kami beli. Harga dia rm1688 full set. Kami abik warna hitam.

Tetiba bln November husband dpt email. Dia terkejut giler. Siap forward kat i suruh sahkan samada betul atau x. Zaman skrg ni byk je yg tipu. I siap check laman web & fb fan page dia.hihihi..


Ptg 19hb tu jugak kami ke Jusco Tebrau konon nak photoshoot sendiri la. Hihihi.. 


Lepas submit, 2 hari pastu masuk dlm fb fanpage dia. Rupanya kami pemenang kedua untuk cabutan bertuah tu. Setiap 20 stroller tu habis dijual, akan ada cabutan bertuah utk refund full amount. Baru tau rupanya.. Alahamdulillah.. Rezeki anak2 & baby. Seminggu lepas tu dapat cek yg pihak contours pos. Alhamdulillah..Syukur sangat. Save rm1688..hee.. Setakat ni pakai double stroller ni ok sgt. Sangat worthy sebab budak2 xlari sana sini. Senang nak manage. Bukak tutup senang. Xperlu bukak tayar mcm sesetgh double stroller. Sampai skrg kalu kami ke Jusco or Tesco or mana2 la.. mesti ada yg tegur tanya beli mana stroller ni. 

27 January 2015

Applecrumby and fish giveaway-baby essentials

Dear.. Applecrumby And Fish ada buat giveaway for baby essentials worth rm248.90. Meh join..mana tau ada rezeki kan dpt baby essentials ni..

Klik sini utk join
OR
http://blog.applecrumbyandfish.com/giveaways/baby-essentials/?lucky=5246

baby essentials

Give away ni ends 9 february 2015. Dah x lama tau.. jom klik2..

http://blog.applecrumbyandfish.com/giveaways/baby-essentials/?lucky=5246

Entry is FREE. No Purchase Required. Senang sangat..

Prize Includes:
  • Buds Everyday Organics Head To Toe Cleanser x 2
  • Buds Everyday Organics Nappy Time Change Cream x 2
  • Buds Everyday Organics Baby Cream (75ml) x 1
  • Buds Soothing Organics Super Soothing Rescue Lotion (50ml) x 1
  • Pampers Baby Dry (Size L) x 30pieces
  • Putto Sample x 4


Bestkan giveaway dia.. apa lagi.. jom join.. klik dibawah ni..

http://blog.applecrumbyandfish.com/giveaways/baby-essentials/?lucky=5246

26 January 2015

Receiving blanket cotton flannel

Salam.. ingat x hari tu u ada buat entry pasal cotton flannel. Nak buat receiving blanket or bedung baby. Bole tgk SINI.

Last week i balik segamat & akhirnya jupe jugak printed cotton flannel yang cantik2. Mula2 i cari kat jakel segamat. Ada la 2 jenis printed yang i suka. Harga pon ok. Rm6.50 semeter. Bidang 45. So i beli 1 meter suku utk setiap printed. Sbb i nak buat bedung yang besar since baby i mmg jenis big baby. Kira lipat 3 segi jadi la 45x45. Yang biasa org jual tu 27x27. Ada jgk 30x30. Yang paling besar pon 36x36.

Pastu esoknya i pusing2 bandar segamat jupe 1 kedai cina. X ingat dah nama kedai tu. Kira macam kedai lama la.  Kat situ lagi byk printed cotton flannel. Situ dpt rm6.80 semeter. Apa lagi.. rambang mata la.. grab lagi 6 jenis printed. 5 jenis abik 1 meter suku sebab bidang dia 45. 1 jenis lagi abik 1 meter je sbb bidang di kecik  dlm 36 kot. Ntah le.

Balik rumah ukur sendiri then gunting kasi lurus jadi 4 segi tepat. Pastu kat hantar kat kedai cina area paya pulai utk jahit tepi. Ala.. jahit tepi biasa je. Upah pon rm1 je sehelai. Ok la kan. Siap minta dia tlg gunting buat shape sikit kat hujung.

Settle sudah bab bedung baby. Overall total sehelai kain bedung tu baru rm7.50-rm7.80 sehelai. Sangat berbaloi. Kalu beli yang dah siap ada yang sampai rm30 sehelai. Huhuhu.. Nak beli pon pk dua tiga kali. Kalu beli pon 2 helai je. Ni abik kau.. 8 helai semua.. hahaha...

25 January 2015

Proses berpantang - bertangas

Ni dah part 3 entry proses berpantang yang i buat  yg 1st bertungku, 2nd berurut & sekarang nak cerita pasal bertangas. I memang pernah dengar bertangas ni. Tapi i x pernah praktikkan or buat pon. Huhuhu.. cuma bila dah habis pantang i baut sauna samada buat kat rumah sendiri or kat spa. Kalu ikutkan function dia sama je. Tp pakai sauna yg biasa ye. Yang pakai periuk tu. Tu asap memang akan mula dari bawah kerusi ktr duduk. Meh ktr tgk sikit apa bertangas ni..
Bertangas dilakukan selepas mandi. Amalan ini penting supaya luka dan jahitan cepat sembuh. Bahagian sulit juga akan lebih cepat kering dan ketat, mengecutkan rahim serta otot-otot yang kembang dan akan mengelakkan daripada berlakunya proplase ( keluar tombong ). Pelbagai ramuan boleh digunakan untuk bertangas seperti kemiyan yaman, jintan hitam, halba dan lain-lain.
Ramuan tangas:
• • 9 keping asam gelugur
• • 2 camca besar garam jantan
• • 3 helai daun sirih ( Piper betel )
• • segenggam inai ( Lawsonia terma )
• • halia sebesar ibu jari ( Zingiber officinale )
• • 3 biji manjakani
Cara-caranya : 

Rebus semua bahan bersama air sehingga mendidih. Angkat dan tangas selama kira-kira 20 minit. Untuk mendapatkan hasil yang lebih baik, ia hendaklah dilakukan selama dua atau tiga kali sehari sehingga 44 hari. Air yang sudah sejuk tidak perlu dibuang, sebaik-baiknya dijadikan sebagai pencuci bahagian sulit. 

24 January 2015

Sambungan sakit dada (pedih hulu hati)

Salam. Sebelum ni i ada buat entry mengenai sakit dada ketika hamil. Kat situ i ada cerita serba sedikit mengenai pedih hulu hati. Apa yang related entry itu dengan entry baru ini ialah mengenai pemakanan ketika hamil. Pemakanan mempengaruhi juga daripada terjadinya pedih hulu hati. Jom ktr tgk jenis2 makanan yang bagus diamalkan ketika hamil selain kurma, madu kismis dll..

Dadih dan Susu
Beberapa sudu dadih asli dapat membantu kerana probiotik dalam dadih menyeimbangkan kadar asid manakala bakteria di dalamnya membantu membunuh bakteria dalam usus yang menyebabkan penyakit. Sebagai alternatif, gantikan dengan segelas susu.

Gula Getah
Mengunyah gula getah menggalakkan rembesan air liur, selain menyegarkan nafas. Ini mengurangkan keasidan dalam esofagus. Ia juga mengandungi bikarbonat yang berfungsi menyeimbangkan asid yang masuk ke dalam esofagus.

Betik
Betik mengandungi enzim penghadaman yang dapat membantu melegakan perut. Ambillah ia dengan apa cara juga – buah segar, kering, dalam tin atau jus.

Air Kosong
Pedih ulu hati juga dikaitkan dengan dehydration, jadi minum air 8 – 10 gelas sehari. Namun elakkan meminum dengan banyak pada satu-satu masa.

23 January 2015

Sakit dada ketika hamil


Dari hari isnin lepas, i ada rasa sakit di dada bhgn bawah. Mcm sakit kat blkg tulang dpn tu. Kat area paru-paru. Bila nafas dalam je sakit. Mula2 assume pedih hulu hati. Sebab memang menjadi kebiasaan ibu mengandung akan pedih hulu hati. Tapi kali macam pelaik sikit sebab sakit belah kiri. Bukan kat tengah hati, Then bila gerak mengiring ke kiri masa tidur rasa sakit sgt. Kene tido mengiring belah kanan baru ok. Bila tekan pon sakit. Macam risau pulak. Tp ni dah hari ke-2 (entry ni dibuat pada hati rabu), sakit dah kurang sikit, nafas pon dah tak sakit tapi still xleh tido mengiring belah kiri.

Ni i share sedikit info mengenai pedih hulu hari.
Puncanya ialah asid dalam perut yang naik (reflux) ke saluran pemakanan (esofagus) disebabkan ‘kebocoran’ otot sfinkter esofagus bawah (LES) yang terletak di antara perut dan esofagus bagi mengelak makanan naik semula. Kesan daripada peningkatan hormon estrogen dan progesteron menjadikannya lembut dan mengendur. Antara simptom termasuk pedih bahagian dada, perut tidak selesa, sukar menelan, makanan tertolak dan rasa pahit atau berasid dalam mulut. 

Ketidakselesaan ini biasanya terjadi selepas makan atau minum, menyebabkan tidur ibu-ibu terganggu dan kurang selera makan.

Rawatan semulajadi
Kebiasaannya, pedih ulu hati boleh dikawal dan dipulihkan dengan menukar pengambilan makanan, terutama jika simptomnya agak ringan. Senarai rawatan semulajadi di bawah juga berupaya mencegah.

Elakkan pencetus
Sangat munasabah mengelakkan terus pencetus pedih ulu hati, termasuk:
• Jus buah-buahan – mengandungi asid semulajadi
• Coklat – melemahkan LES
• Membongkok ke hadapan – memberi tekanan kepada perut
• Makanan pedas dan berminyak – melemahkan LES
• Minuman berkafein dan berkarbonat – melemahkan LES

Tukar tabiat makan
Amalkan tabiat pemakanan yang baik, termasuk:
• Makan sedikit, tetapi kerap. Tidak perlu makan untuk ‘dua orang’.
• Kunyah makanan dengan perlahan.
• Hindari makan berat 3 jam sebelum tidur
• Duduk tegak, terutama semasa makan, bagi mengalihkan tekanan dari perut.
• Elakkan berbaring 1 – 2 jam selepas makan. Jika terpaksa, baring di sisi sebelah kiri bagi membantu asid turun ke usus dengan lebih cepat dan mengelakkan reflux.
• Elakkan minum ketika makan.
• Berjalan-jalan selepas makan dapat membantu penghadaman.

22 January 2015

Proses Berpantang - Berurut

Sedikit info mengenai berurut. Sebelum ni i dah buat entry mengenai bertungku.


Berurut juga merupakan amalan penting ketika berpantang. Ia hendaklah dilakukan pada setiap pagi sebelum mandi atau selepas bertungku. Rawatan berurut ini hendaklah dilakukan oleh bidan atau tukang urut yang berpengalaman. Amalan tersebut seeloknya dilakukan seminggu selepas bersalin iaitu selama tiga hari berturut-turut. Bagi ibu yang ingin merasa lebih segar, amalan berurut boleh dilakukan pada penghujung tempoh pantang iaitu pada hari ke-42, ke-43 dan ke-44 diikuti pada hari ke-60 dan ke-100 selepas berpantang.

 Masa i pantang anak ke pertama, i memang dah booking siap2 tukang urut. i abik pakej 21 hari. Tiap2 hari or selang sehari mak cik tu dtg rumah. memang best sgt. Kalau hari ni berurut, esoknya or lagi 2 hari pulak bertungku. Tapi masa i pantang anak ke dua, susah sgt nak dapat tukang urut. nak tempah dengan dia utk 10 hari dia tak nak. nak 3 hari berturut2 je, pastu bila2 dia ada masa baru datang lagi. Adoii la.. sakit habis badan. Orang  memang cakap senang, tungku sendiri la.. Tapi percaya la. bila dah anak 2, memang utamakan yang lain dulu. At last tak bertungku sendiri pon. Kalu tukang urut datang tu, konsisten la sikit.

Sebaik-baiknya urutan dimulakan pada sebelah pagi dan proses ini mengambil masa lebih dari satu jam. Urut bertujuan memulihkan kesegaran badan, melancarkan peredaran darah, membuang angin, membetulkan urat, memperkemaskan bahagian perut dan mempercepatkan pengeluaran darah nifas serta kekotoran.

Biasanya sebelum urut, mandi dulu siap2. Lepas urut pakai bengkung dah. Ada sesetengah orang kata lepas urut tak mandi nanti berminyak la badan. Sebenarnya, bila kita dah berurut, urat2 yang tegang semua dah kendur, minyak yang dipakai baru nak resap dalam kulit. Kalu mandi kang urat tu tegang balik. Biar la urat rest sekejap. Tak ada guna berurut kalu ubat tak masuk habis lagi dah mandi. Lagi pon tukang urut pon suka kalu kita mandi dulu before dia urut or tungku. Tak de la bau masam xmandi pagi. hahaha...

Urut hendaklah dilakukan menggunakan minyak. Kini terdapat pelbagai minyak yang menggunakan herba dan khasiat tumbuhan yang dijual di pasaran. Misalnya minyak serai wangi, minyak kayu putih dan lain-lain lagi. Namun kita juga boleh membuat sendiri minyak urut.

Dulu i pakai minyak yang tukang urut bawak. beli je dengan dia. Minyak tu biasanya minyak panas. So bila nak berurut, tukang urut akan campur sikit dengan minyak masak. Nak kasi senang dia urut. Minyak panas ni bila dah guna cepat serap. Tak berminyak. Sakit kulit la jawapnya masa urut kalu xcampur dengan minyak masak. hahaha.. Kali ni i nak try pakai minyak Herbanika by NR pulak. Banyak review yang i baca kata bagus. Lepas ni ktr hunting minyak urut ni ye daddy..

21 January 2015

1st & 4th Party Printable

25 Oktober 2014 yang lepas i buat birthday party untuk anak-anak. Buat sekali senang sikit. Macam biasa i buat preparation awal since i memang suka buat sendiri printable semua tu. Nak tempah macam takberbaloi sebab bukannya buat grand2 sgt & ramai tetamu. Macam biasa, i refer pada checklist yang i guna selama ni.. Just edit je la ikut theme. U'olls bole tgk checklist tu kat SINI. Masa 2nd birthday party Amsyar i buat tema Choo Choo The Train.

Untuk 1st birthday Azfar & 4th birthday Amsyar tema dia Dibo The Gift Dragon. Ni i share dengan u'olls beberapa printable yang i buat untuk birthday party hari tu. Kali ni tak banyak printable yang i buat sebab masa tu tgh alahan teruk sgt. So buat yang mana sempat je la. I design pakai microsoft publisher je. Gambar-gambar pulak i google then edit pakai paint.

 
Invitation Card

Banner --  lepas i print i just cut ikut shape je. Then gantung.

Thank you Sticker - Ni i print & tampal kat goodies bag.

3 ni je sempat buat utk printable. Yang lain memang x sempat. Cuma kali ni anak2 dah besar & cerdik sikit. So dah pandai berkawan, i buat aktiviti sikit untuk party tu. Macam mewarna, main playdoh. Playdoh homemade. Later i buat entry utk aktiviti pulak.

20 January 2015

Software edit gambar

Salam..
Kali ni nak share sikit software yang i guna untuk edit gambar-gambar. nak letak watermark, combine picture semua tu. Dah lama i pakai software ni. So far yang ni je software yg agak friendly dengan i. I bukannya reti sgt edit2 gambar ni. So memang sangat perlu software yang memudahkan kerja & tak perlu nak belajar lama. Free Download yang paling penting.

PhotoScape. Dulu i pakai PhotoScape 3.0. Pastu dia sentiasa upgrade. sekarang ni PhotoScape 3.7 dah. u'ols boleh google software ni or TEKAN SINI utk free download. I dah link siap2 utk u'ols.

photo editor

Photoscape is a freeware photo editing utility that offers a lot of features. It has a reputation for being a very-high quality software package, rivaling even commercial image editing suites in terms of quality.


Photoscape offers many Key Features :
  • Viewer: View photos in your folder, create a slideshow
  • Editor: resizing, brightness and color adjustment, white balance, backlight correction, frames, balloons, mosaic mode, adding text, drawing pictures, cropping, filters, red eye removal, blooming
  • Batch editor: Batch edit multiple photos
  • Page: Merge multiple photos on the page frame to create one final photo
  • Combine: Attach multiple photos vertically or horizontally to create one final photo
  • Animated GIF: Use multiple photos to create a final animated photo
  • Print: Print portrait shots, carte de visites(CDV), passport photos
  • Splitter: Slice a photo into several pieces
  • Screen Capture: Capture your screenshot and save it
  • Color picker : Zoom in on images, search and pick a color
  • Rename: Change photo file names in batch mode
  • Raw Converter: Convert RAW to JPG
  • Paper Print: Print lined, graph, music and calendar paper
  • Face Search: Find similar faces on the Internet 

U'ols xperlukan kelas or toturial pon nak blaja guna sofware ni. Try je 1 by 1. Senang sangat function dia. Semalam i sempat edit gambar anak teruna sulong i. Dah umut 4y baru ada masa nak edit gambar dia. huhuhu... sorry syg.. mommy ni busy la sgt. Ni i edit gambar dia dari newborn sampai la 1y. Dah pon edit kat About Me. Nanti insyaallah ada masa nak edit yang adik dia pulak.

19 January 2015

Searching for cotton flannel

Sejak dah tau jantina baby smlm, i asyik dok search brg baby girl je..hihihi.. al maklum la.. dah 2 hero. Mmg dah lama tgu baby girl. Tp xde la byk brg baby yg perlu tambah. Yg abg2 dia ada yg masih elok, bole pakai lagi. Sekarang ni cuba lengkapkan step by step. Sikit2 lama2 complete la kan..

Dari list brg baby, now i'm looking for cotton flannel. Utk buat bedung baby. I mmg xpakai yg mcm bumble bee semua tu. Sebab saiz dia kecik. Anak2 i ni jenis big baby. Pakai brand 2 gitu jwpnya blom habis pantang dah xmuat bedung tu. Biasa i beli cotton flannel dlm 2 meter stgh, then potong 4 segi tepat. Kalu lebar kain tu 45, so 45x45 la bedung i. Bole pakai sampai baby 3 bln.

Skrg ni susah nak cari printed cotton flannel yg cantik2. Kalu ke kamdar pon byk patern yg xbrp menarik. Mana la seller2 online yg buat bedung baby & baby binder dptkan kain cotton flannel ni. Comel2 plk tu..


Ni contoh2 baby binder yg diperbuat drpd cotton flannel. I dah tempah jenis velcro mcm dlm gambar ni dgn sweet & cozy. Picture taken from Sweet & Cozy facebook. I memang beli dgn dia baby binder dari anak 2nd lagi. Baby binder dia  besar sikit saiz dia. Pastu tali pon panjang kalu yang bertali. I dah ada 1 yg bertali & 5 velcro. Memandangkan kali ni i pantang sendiri kat jb, i tambah jenis velcro lagi 3 set iaitu 6pcs. Harga pon affordable. Kualiti tip top nak dibanding dgn baby binder yg beli dah siap kat pasaraya. Dia ada jgk buat bedung baby. Tp skrg owner dia tgh holiday. So i tgu dia blk holiday nt nak tya new print for bedung.

17 January 2015

Proses berpantang - bertungku

Alhamdulillah.. minggu ni dah masuk 25 weeks. Means dah 6 bulan lebih. Sekarang ni dah start kumpul balik barang baby, buat list apa yg patut beli semua tu. Kali ni i akan berpantang di Johor Bahru. Disebabkan amsyar sekolah, terpaksa la berpantang sendiri. Risau jgk ni sbb dengan 2 anak yg mmg tgh aktif giler.
Kali ni nak kumpul ilmu pasal bertungku. Dah nak masuk anak 3 ni bukan xtau pasal bertungku. Tapi sebelum ni pantang kat rumah my mum. So dia yang uruskan bab2 tukang urut, bertungku semua tu. I tinggal serah diri je biar tukang urut datang. Hee... kali ni nak kene sedia sendiri brg2 bertungku. Al maklum je la dok kat area bandar. So mana la nak cari daun2 tu. Memang la skrg dah ada tungku moden semua tu. Tp rasanya xbest mcm tungku batu or besi.
Ni sedikit info yg i dpt dari blog berpantang selepas bersalin.
Amalan bertungku merupakan amalan tradisional yang penting ketika berpantang. Tidak lengkap rasanya berpantang sekiranya tidak bertungku. Biasanya tungku diperbuat daripasda besi sebesar botol 500ml dan beratnya kira-kira 1.5 kg. Bertungku juga tidak semestinya menggunakan besi kerana batu sungai atau anak lesung juga boleh digunakan. Ini kerana kesan bertungku bukan terletak kepada berat tungku itu tetapi pada tahap kepanasannya yang dapat meresap hingga ke dalam badan.

Setahu i, lagi berat batu tungku tu, lagi bagus. Kalu ringan je macam tungku herba yg kene kukus tu, mcm xde kesan sgt. Bila tungku tu berat, lagi tekan perut. Lagi 1 panas lagi tahan lama.
Besi atau batu tungku perlu dipanaskan terlebih dahulu selama 1/2 hingga 1 jam di atas api yang sederhana. Kemudian tungku perlu dibalut dengan kain cita yang telah dilapik dengan daun mengkudu yang dikenali sebagai Morinda citrifolia. Jika daun Morinda citrifolia tiada, maka daun sirih atau nama saintifiknya Piper betel atau daun lengkuas juga boleh digunakan. Kesan panas daripada tungku akan meresap ke dalam daun dan sekaligus bertujuan merawat bahagian badan semasa proses bertungku.
Batu tungku just letak atas dapur tu dengan api paling slow. Tak bole api besar. Nt pecah batu tu. Memang la api kecik lambat la nak panas tp bila dah guna, panas batu lebih tahan lama. Biasa u mula panaskan batu tungku awal pagi. Bila tukang urut dtg je, dia abik, then letak 1 batu lagi. So masa dalam proses bertungku tu, batu ke 2 tgh dipanaskan. Kira buat 2 batu la sekali tungku 1 badan. Batu tu balut dengan kain sarung lama je. Sebelum letak batu tu dah siap2 letak daun mengkudu. Bab daun mengkudu ni i dah ada solution. Jiran i ada yg tanam pokok daun mengkudu. So niatnya nak minta izin la nak abik daun mengkudu dia nt buat bertungku. Husband akan bagitau dia nt.
Proses bertungku dilakukan sambil berbaring dan tungku ditekan perlahan-lahan di sekitar pangkal paha, berhampiran ari-ari atau bawah pusat dan di atas perut ( bawah buah dada ). Untuk kesan tungku yang lebih baik, tapak kaki serta tumit juga perlu ditungku.
Kira tungku 1 badan la.. best sgt bila bertungku. Rasa hangat je badan. Urat pon xde la rasa tegang sgt..
Amalan bertungku ini penting memandangkan ia dapat menghangatkan badan, membuang angin, mengecutkan urat yang kembang selepas bersalin di samping memperbetulkan serta melancarkan perjalanan darah. Biasanya darah nifas mengalir lebih lancar selepas bertungku. Justeru bertungku ada kalanya diteruskan sehingga keluar darah terakhir yang berwarna seakan-akan putih keperangan atau dipanggil darah meroyan. Jika para ibu rajin bertungku ia boleh diteruskan sehingga habis tempoh berpantang.
Bab daun mengkudu settle. Sekarang ni tinggal nak cari batu tungku je. Kalu xde batu tungku terpaksa la pakai tungku besi. Sekarang banyak online seller yg jual tungku besi ni. Sekali pos rm77 yg paling murah i jupe. Ingat nak cari yg bole cod kat area JB je. Malas la pos2 ni. Tu tungku besi yg berat 1.5kg kalu xsilap. Dia siap dengan sarung herba.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...