Elakkan Pedih hulu hati & rawatan | A Sweet Life To Remember


MY POPULAR POSTS THIS MONTH

29 January 2015

Elakkan Pedih hulu hati & rawatan

Kali ni i nak share cara utk elakkan pedih hulu hati & rawatannya.. i copy dari blog mana i lupa dah. save as draft lama sgt. Lupa nak copy address blog tu..


Baring Dengan Betul
Tinggikan bahagian atas badan ketika berbaring
Sokong bahagian atas badan (bahu dan kepala) dengan bantal lebih. Bukan sahaja mengelakkan asid bergerak naik ke esofagus, ia juga membaiki pernafasan ketika tidur.

Pakaian Longgar
Hindari tekanan terutama di bahagian perut dengan memakai pakaian yang longgar.

Ubat-ubatan
Sekiranya rawatan secara semulajadi tidak meredakan, bincanglah dengan doktor untuk mendapatkan nasihat ubat-ubatan. Antaranya termasuk:

1) Antacids 
Ia melegakan pedih ulu hati dengan cepat kerana mampu menyeimbangkan kadar asid dalam perut. Namun ianya hanyalah rawatan jangka pendek dan boleh menyebabkan sembelit jika diambil berlebihan.

2) Alginates
Kajian klinikal menunjukkan, ubat hasil daripada rumpai laut coklat (laminaria hyperborean) ini dapat memberikan kelegaan. Antara ubat yang mengandungi alginates termasuk Gaviscon. Alginates membentuk bebuih yang terapung di atas isi perut dan ini mengelakkan asid pada makanan bertemu dengan esofagus.

Penekan keasidan
Jika ubatan di atas tidak mencukupi, para doktor mungkin menganjurkan pengambilan ubat penekan asid sepertiranitidine dan omeprazole. Ranitidinetiada kesan sampingan tetapiomeprazole boleh menyebabkan sakit kepala, cirit-birit, loya dan muntah.

Ubatan cecair adalah terbaik kerana ia menyeliputi esofagus. Elakkan ubat penahan sakit seperti ibuprofen dan aspirin yang boleh menyebabkan pedih ulu hati semakin teruk. Pedih ulu hati hanya akan benar-benar hilang selepas melahirkan. Jadi banyakkan bersabar dan bayangkan wajah bayi anda yang comel.

1 comments:

Hidayah Suhailee said... Reply To This Comment

yaya selalu pedih ulu hati.. :(

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...