Proses Berpantang - Berurut | A Sweet Life To Remember


MY POPULAR POSTS THIS MONTH

22 January 2015

Proses Berpantang - Berurut

Sedikit info mengenai berurut. Sebelum ni i dah buat entry mengenai bertungku.


Berurut juga merupakan amalan penting ketika berpantang. Ia hendaklah dilakukan pada setiap pagi sebelum mandi atau selepas bertungku. Rawatan berurut ini hendaklah dilakukan oleh bidan atau tukang urut yang berpengalaman. Amalan tersebut seeloknya dilakukan seminggu selepas bersalin iaitu selama tiga hari berturut-turut. Bagi ibu yang ingin merasa lebih segar, amalan berurut boleh dilakukan pada penghujung tempoh pantang iaitu pada hari ke-42, ke-43 dan ke-44 diikuti pada hari ke-60 dan ke-100 selepas berpantang.

 Masa i pantang anak ke pertama, i memang dah booking siap2 tukang urut. i abik pakej 21 hari. Tiap2 hari or selang sehari mak cik tu dtg rumah. memang best sgt. Kalau hari ni berurut, esoknya or lagi 2 hari pulak bertungku. Tapi masa i pantang anak ke dua, susah sgt nak dapat tukang urut. nak tempah dengan dia utk 10 hari dia tak nak. nak 3 hari berturut2 je, pastu bila2 dia ada masa baru datang lagi. Adoii la.. sakit habis badan. Orang  memang cakap senang, tungku sendiri la.. Tapi percaya la. bila dah anak 2, memang utamakan yang lain dulu. At last tak bertungku sendiri pon. Kalu tukang urut datang tu, konsisten la sikit.

Sebaik-baiknya urutan dimulakan pada sebelah pagi dan proses ini mengambil masa lebih dari satu jam. Urut bertujuan memulihkan kesegaran badan, melancarkan peredaran darah, membuang angin, membetulkan urat, memperkemaskan bahagian perut dan mempercepatkan pengeluaran darah nifas serta kekotoran.

Biasanya sebelum urut, mandi dulu siap2. Lepas urut pakai bengkung dah. Ada sesetengah orang kata lepas urut tak mandi nanti berminyak la badan. Sebenarnya, bila kita dah berurut, urat2 yang tegang semua dah kendur, minyak yang dipakai baru nak resap dalam kulit. Kalu mandi kang urat tu tegang balik. Biar la urat rest sekejap. Tak ada guna berurut kalu ubat tak masuk habis lagi dah mandi. Lagi pon tukang urut pon suka kalu kita mandi dulu before dia urut or tungku. Tak de la bau masam xmandi pagi. hahaha...

Urut hendaklah dilakukan menggunakan minyak. Kini terdapat pelbagai minyak yang menggunakan herba dan khasiat tumbuhan yang dijual di pasaran. Misalnya minyak serai wangi, minyak kayu putih dan lain-lain lagi. Namun kita juga boleh membuat sendiri minyak urut.

Dulu i pakai minyak yang tukang urut bawak. beli je dengan dia. Minyak tu biasanya minyak panas. So bila nak berurut, tukang urut akan campur sikit dengan minyak masak. Nak kasi senang dia urut. Minyak panas ni bila dah guna cepat serap. Tak berminyak. Sakit kulit la jawapnya masa urut kalu xcampur dengan minyak masak. hahaha.. Kali ni i nak try pakai minyak Herbanika by NR pulak. Banyak review yang i baca kata bagus. Lepas ni ktr hunting minyak urut ni ye daddy..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...