MY POPULAR POSTS THIS MONTH

18 September 2013

yeay..misi berjaya..!

Alhamdulillah..berjaya jugak tukar susu Amsyar..mula2 campur susu pediasure dgn gain eye Q masa bancuh. tapi skrg dah fully gain eye Q..good boy.. Daddy pon suka.. murah sikit la susu tu nak banding dgn pediasure.

For my pregnancy, jumaat ni genap 38 weeks..2 weeks to go.. tapi ramai yang cakap macam bersalin awal sebab perot i dah kat bawah. Memang pon. kat bawah ni dah mula rasa sakit2.. Kalu kuar 38 weeks pon okay jugak..mommy pon dah xsabar ni.. Nak bergerak agak susah skrg.Jalan pon dan terkangkang2. 

Btw, i update blog ni pon sambil2 tunggu turn utk check up. Biasa la check up dgn doc Awang Nila ni, dtg reg kul 10pg. Skrg kul 1.15ptg pon blom masuk jupe doctor lagi..huhuhu...hari ni dtg sorg2 je since my mom agak busy hari ni. So i drive sendiri je dtg hospital Perdana ni. 

Oppsss.. now my turn...babai....

17 September 2013

Anak adalah satu anugerah


Sedey rasa bila mengenangkan nasib seseorang. Tambah lagi baby yang tak bersalah menjadi mangsa.


Baby yang baru lahir dianggap pembawa rezeki. Bukannya pembawa bala..! Sangat sakit hati bila teringat kata2 org itu. Darah daging sendiri pon sanggup dia kata macam tu. Walaupun tak suka dengan ibunya, kenapa anak yang menjadi mangsa. Tiadakah belas kasihan pada anak itu.? Pada si bapa.. Tak bertanya kabar langsung. Hati sudah jadi batu ke? Bukan sengaja di ibu nak serah anak tu kepada orang lain. Tapi apa kan daya dia... Nanti nak makan apa? Nak kasi org mengasuh? Mana cukup duit? Susu lagi.. Itu ini.. Orang yang mengata tak merasa.. Tapi anak dia yg sblm ni pernah merasa minum teh o je sebab tak ada duit beli susu gara2 si ibu tak dapat bekerja sebab tak ada saper nak jaga anak..!!!


Pertama kali aku tengok baby yang baru beberapa jam lahir, nangis keluar air mata. Biasa baby menangis tak keluar air mata. selepas beberapa minggu baru keluar air mata. Tu setahu aku la..Mungkin baby tu sudah tahu nasibnya.. Sedey rasa.. Sabar la sayang.. Mungkin ini yg trbaik buat mu.. Semoga kamu bahagia bersama keluarga angkatmu. Yang pasti, dia akan didik & disayangi penuh kasih sayang. Bukan calang2 orang keluarga angkat dia. Esok2, kalu baby ni berjaya, jgn yg kata baby ni pembawa bala tu dok terhegeh2 mengaku ada pertalian pulak..! Ye.. Memang kamu ada pertalian dgn dia, bak kata orang terlanjak perahu bole diundur..terlajak kata, binasa. (Betul ke.. Main hentam je aku ni.. Hee) insaf lah wahai manusia.. Jgn trlalu bongkak dgn darjat.. Kuli batak pon manusia jugak.. Masuk kubur nt, sama je taraf kamu dgn si ibu bayi itu..


Menangis macam mana sekali pon, trpaksa redha... Sabar la kepada si ibu. Suatu hari nt, si anak tetap akan mencari ibu kandungnya. Masa tu dia dah boleh menilai dengan apa yang terjadi apabila dia tahu kisah sebenar.. Hanya perlu sabar. Semoga si anak itu berjaya seperti keluarga angkatnya..


Kepada yang menabur fitnah, gelak lah.. Ketawa lah sekuat2nya.. Kelak, kamu semua akan ternganga jugak nanti.. Kalu Allah nak tunjuk, sekejap je tau..

Statement ini hanya luahan hati aku.. Tak suka apa yang diluahkan, sila close..jgn baca.. Ini blog aku, hak aku.. Saper yang makan cili akan terasa pedasnya.. Tak perlu nak stalk status ambo la..

#mood : sedey+marah+bengang..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...