Proses berpantang - bertangas | A Sweet Life To Remember


MY POPULAR POSTS THIS MONTH

25 January 2015

Proses berpantang - bertangas

Ni dah part 3 entry proses berpantang yang i buat  yg 1st bertungku, 2nd berurut & sekarang nak cerita pasal bertangas. I memang pernah dengar bertangas ni. Tapi i x pernah praktikkan or buat pon. Huhuhu.. cuma bila dah habis pantang i baut sauna samada buat kat rumah sendiri or kat spa. Kalu ikutkan function dia sama je. Tp pakai sauna yg biasa ye. Yang pakai periuk tu. Tu asap memang akan mula dari bawah kerusi ktr duduk. Meh ktr tgk sikit apa bertangas ni..
Bertangas dilakukan selepas mandi. Amalan ini penting supaya luka dan jahitan cepat sembuh. Bahagian sulit juga akan lebih cepat kering dan ketat, mengecutkan rahim serta otot-otot yang kembang dan akan mengelakkan daripada berlakunya proplase ( keluar tombong ). Pelbagai ramuan boleh digunakan untuk bertangas seperti kemiyan yaman, jintan hitam, halba dan lain-lain.
Ramuan tangas:
• • 9 keping asam gelugur
• • 2 camca besar garam jantan
• • 3 helai daun sirih ( Piper betel )
• • segenggam inai ( Lawsonia terma )
• • halia sebesar ibu jari ( Zingiber officinale )
• • 3 biji manjakani
Cara-caranya : 

Rebus semua bahan bersama air sehingga mendidih. Angkat dan tangas selama kira-kira 20 minit. Untuk mendapatkan hasil yang lebih baik, ia hendaklah dilakukan selama dua atau tiga kali sehari sehingga 44 hari. Air yang sudah sejuk tidak perlu dibuang, sebaik-baiknya dijadikan sebagai pencuci bahagian sulit. 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...