MY POPULAR POSTS THIS MONTH

01 November 2013

Pengalaman bersalin Part 2

Sambungan dari Pengalaman bersalin Part 1...

23 September 2013 (Isnin)
Lepas i inform my husband dalam kul 7.30pm, masa tu dia kat rumah JB, dipikir2 bahaya kalu dia bawak motorbike dia balik mlm2 ni. So i mintak dia naik train je. Train dari kempas kul 8 lebih kalu xsilap. So dia kata tak sempat nak mintak tlg kwn2 hantar dia ke stesen keretapi kempas. Tel stesen Segamat, train gerak dari sana kul 12 tgh mlm. So hubby terus gerak ke Segamat dulu. Sampai Segamat dalam kul 10 mlm gitu, alhamdulillah masih ada tiket seat tidur bawah. Sempat la dia balik rumah mak dia dulu mandi & makan.

Kalau naik train dari JB ke wakaf bharu memang lambat giler sampai. kalu dari Wakaf Bharu ke JB cepat pulak sampai. Husband i sampai di wakaf bharu kul 12.30 tghari!..pergh..kebulur dlm train tu katanya. I pulak, dari semalam dok sakit kejap2. I sempat lagi pergi abik husband dulu kat stesen wakaf bharu. Tapi my mum la yg drive. Kami decide tunggu sakit makin kerap baru ke hospital. So balik rumah, standby je bila sakit kerap baru bergegas pergi.

Petang still lagi sakit biasa2.. Siap minum air kelapa.. so decide nak ke Perdana Specialist lepas maghrib. Sanggup ku tahan sakit sebab nak tengok CINTA JANNAH di TV3. huhuhu...Tak nak terlepas episod tu sebab dah minggu terakhir. Memang lepas bersalin tak sempat la nak bukak laman web tonton nak tgk balik. hee....

Kul 8 mlm my husband, my mum & i terus ke Perdana Specialist. On d way ke sana tu dapat text dari doktor tanya ada sakit x..? I just reply dah on d way. Terus ke emergency inform yg dah sakit & doktor suruh datang utk buat ctg. So masuk labour room.

Al kisahnya.. masa dok buat ctg tu, sambil tunggu doktor datang, i guna bilik yg kecik sikit sebab bilik yang besar ada orang nak bersalin jugak. Orang tu bole la menjerit2 bila sakit..Ya allah.. takut giler.. tak terkata perasaan.. rasa tak nak bersalin sekarang. Nak lari balik je rasa..huhuhu.. Dah la pintu bilik nurse x tutup sebab standby takut ada apa2 kan.. Memang dengar habis dia menjerit, mintak epidural la.. pastu doktor dia (doktor Zana) datang. Mula la dengar proses push2.. adess la.. naik bulu roma..! I dengar sampai dia siap bersalin tau. Sampai bunyi baby nangis. I pulak bole menitik air mata dengar baby nangis..huhuhu...

Dalam kul 10 mlm gitu doktor Awang sampai, cek jalan dulu lepas tu tgk graf ctg. Baru bukak 1 cm..what? ohoho... doktor kata better balik dulu la. sebab graf pon tunjuk sakit tak konsisten. I kan xtau sangat sakit kontraksi tu camner. Rupanya dlm sejam tu ada 1 je contraction.. Doktor suruh balik rehat kat rumah, makan apa yg nak dimakan.(yang ni i suka..doktor kasi green light je.hee). Tapi dalam masa sama kene pantau gerakan baby. Lega den.. Mana x nya..tadi dah dengar orang tgh bertarung nyawa nak bersalin. Dah mula rasa takut. Lepas doktor kata boleh balik, terus bangun nak turun.hahaha....

24 September 2013
Pepagi lagi my husband dah ke stesen Wakaf Bharu cari tiket balik Segamat. Ye la..dah keje makan gaji, terpaksa la balik. Ikutkan hati nak hubby sentiasa ada di sisi je sementara tgu 29hb tu. Tapi apa bole buat. Nasib baik tiket ada. So mlm tu dia naik train balik sana.. bye-bye sayang.. see u again in 4 days..

25 September 2013
Aktiviti harian seperti biasa.. Tetap berjalan ke sana sini dengan my mum..banyok projek weh...hee... ke pasar Teman semestinya.. KBMall jugak..huhuhu... Sakit tetap sakit tapi tak konsisten & tak kerap.

26 September 2013
Hari ni seharian i rasa loya2.. Pagi muntah banyak.. Dari pagi sampai tengahari perut rasa tak sedap je.. Rasa macam gastrik gitu. Dah makan macam2 pon still rasa macam gastrik. Pastu belah petang pulak kepala ni sakit sangat. Dok terbaring je. Dari kul 5 ptg sampai mlm perut & baby dok megeras je sampai sakit dari pusat ke bawah. Pinggang pon rasa lenguh2. Tapi tak ada rasa sakit belakang. Cuma kat ari2 je rasa sakit. Adakah itu tanda nak bersalin. I text doktor tapi tak ada reply.. maybe blom lagi kot. selagi boleh tahan, akan ku tahan. Nak tunggu hubby sampai jugak dulu.

27 September 2013
My hubby dah sampai..yeay..naik motor. konvoi katanya dari Segamat-Penang. Pastu gerak sendirian ke Kelantan.

28 September 2013
Dari pagi i kira gerakan baby macam tak berapa bergerak lak rasa. Kul 10pg blom rasa apa2 gerakan..! Biasa time ni dah cukup 5 kali. Terus i text doktor samada normal ke dah nak dekat bersalin ni? Sambil tu tanya doktor esok nak induce, so kul brp kene pegi hospital? Doktor reply "Baby tak gerak TAK NORMAL".. aduss.. Siap huruf besar tu. Tak sampai 10 minit dia call. Dia mintak i makan. Cakap dah breaksfast tadi tapi dia kata makan lagi. sampai tul2 kenyang katanya. Makan makanan manis. Pastu tunggu dalam setengah jam, tengok dia gerak ke tak. Kalau still tak gerak, i kene terus ke hospital. Tapi kalu ada gerakan, mula kira gerakan tu. Tak nak gerakan sikit2. Kene gerakan kuat. 

Lepas makan lunch, i tunggu setengah jam. Alhamdulillah baby dah gerak. Cuma tak brp aktif lagi la. Doktor call lagi. Dia kata teruskan mengira sampai 10. Lepas habis 10 kene keep track dia still gerak. Kalu rasa tak sedap hati, bole terus ke hospital. Tapi kalu rasa ok, esok pepagi, jupe di labour room kul 7 pagi. 

Alhamdulillah baby gerak sikit2. Tunggu esok je la.. Malas stay kat hospital lama2..huhuhu..


---To be continued in Pengalaman Bersalin Part 3---

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...