MY POPULAR POSTS THIS MONTH

29 August 2013

Misi perkenal susu baru

Misi baru i ialah untuk perkenalkan susu baru kat amsyar.. Since susu pediasure makin naik je tiap2 bulan, my hubby pon dah suruh tukar susu kalu bole.

 Amsyar minum susu pediasure yang vanilla flavor. Seingat i dulu masa mula2 amsyar start minum susu ni, rege dia kat pasaraya RM129.90. Masa tu awal bulan januari 2013. Tapi i beli kat sensei dapat la rege RM109.90 yang 1.8kg. Tapi sekarang ni, kat pasaraya rege dia dah RM156.90. Kat sensei pon dapat rege RM146 kalu tak silap. Tiap2 bulan mesti naik harga susu ni.

So, masa untuk tukar susu ye sayang.. dah nak masuk 3y dah pon.. After google, i decide nak kasi amsyar susu jenama abbot jugak since i dah kumpul banyak sangat susu abbot untuk point yang bole tukar kepada barang. Since Amsyar baru 2y 8mths, so yang sesuai dengan umur dia ialah susu Gain Plus Eye Q.


Tapi i tak tukar sekali gus la susu dia.. Hari Ahad i start campur dalam bancuhan susu dia. Kalu sebelum ni sukatan sus dia 200ml air, 3 sudu susu pediasure. Kali ni i buat 200ml air, 2 sudu pediasure, 1 sudu gainplus. Setakat ni dia terima lagi. habis je susu dia minum. next week nanti baru start 1 sudu pediasure, 1 sudu gainplus. 

Hopefully kali ni berjaya la tukar susu amsyar ni..

28 August 2013

3rd pregnancy : 35 weeks

Alhamdulillah... hari ni genap 35 weeks. 5 weeks to go..!

Tapi kat bahagian bawah dah mula rasa sakit2.. baby dah turun bawah..

Masa 31 weeks, sebelum raya hari tu sempat buat scan 4d. Tapi tak berapa nampak lor.. Baby i malu2 gitu. tunjuk sipi muka je.. tak nampak full face. Tak per la.. tunggu baby keluar la ye..


 I buat 4d scan kat Johor Jaya Maternity Centre. Alamat dia 21, 21A & 23A, Jalan Dedap 6, Taman Johor Jaya, 81100, Johor Bahru, Johor. Doktor chinese, Dr Wong. Harga yang dicaj Rm160, lengkap dengan sekeping gambar 4d & CD. Gambar 4d tu pon print kat kertas gambar tu. Dalam CD tu ada video scan tu.. Overall i tak brp puas hati sebab baby i tak nak tunjuk muka. pergi pagi.. pastu since tak nampak, doktor suruh pergi makan dulu, jejalan, pukul 2 ptg baru datang scan balik. Tapi still tak nampak jugak.. huhuhuhu..

I tak nak la tunjuk video tu since tak nampak kan..nanti u'olls mesti tak tahu mana 1 hidung, mulut & lain2.. memang tak berapa nampak..huhuhuhu..

25 August 2013

Pregnancy week 34+.

Alhamdulillah..my 3rd pregnancy dah pon masuk 34 weeks ++. Baby pun asyik mengeras je.. dah rasa sakit2 kat area bawah tu. 

Pregnant kali ni ada sedikit perbezaan dari yg 2nd pregnancy (1st child). Alahan sama je.. sampai skrg still lagi ada alahan. Bezanya badan2 i jadi gatal2. habis 1 badan. Yang dulu xde pulak gatal2 gini. Bila dah masuk 32 weeks, makin menjadi2 gatal2 kat badan terutama sekali kat area leher tu.. adess la... tak tahan sangat..

At last, i pakai je krim untuk baby i.. iaitu Baby Bee Skin Cream..


Main cuba je krim ni.. bole tgk details pasal krim ni kat entry ni. Amazing sangat.. terus kurang rasa gatal kat badan. biasa tiap2 malam memang susah nak tidur sebab tak selesa badan gatal2. Lepas sapu krim ni, lega je rasa. kulit dah tak kering. Sangat worth it ok..

Pastu my mum ada kasi i sabun untuk gatal2 badan. Sabun tu pun ok sangat. Made in thailand. Maybe i akan masukkan dalam FB Tufaz Collection for sale. Bukan shj gatal2 hilang. yang lingkaran hitam kat leher pon dah kurang nampak.. Suka sangat..

Saper nak sabun tu bole contact i ye. Kalu ada yang berminat baru i abik stok.

Mood Raya..?

Masih blom terlambat nak wish Selamat Hari Raya to all.. I tak berkesempatan nak bukak blog. Tahun ni tak berapa nak raya la..

Sehari sebelum raya, i dapat berita mengejutkan. my father kene heart attack. Masa tu i kat rumah mentua di Segamat since tahun ni turn raya pertama di rumah mentua. Masa tu dah standby barang2, dah berkira2 nak balik kelantan. Tapi lepas my mum kata keadaan stabil, so kami teruskan je untuk beraya di segamat dulu.


Ikut perancangan, pagi raya ke-2 kami bertolak balik kelantan untuk sambut raya & i terus stay sana untuk deliver 2nd baby & confinement. Since dapat berita yang buat i xsedap duduk, so ptg raya pertama kami dah gerak balik kelantan. Kami gerak dari segamat kul 5 ptg gitu la.. sampai kelantan kul 3pg..! tu pon sebab my hubby ngantuk giler. so banyak stop tido..huhuhu...

Pagi raya ke-2, i bawak adik-beradik i melawat my father kat husm. Kesian my mum. Tido atas kerusi je jaga papa kat spital.. Itulah pengorbanan seorang isteri.. Raya kat spital je lor.. katanya kat rumah kelam kabut adik i uruskan rumah.. dah la adik i yg bawah i tu kene slip disc. Dugaan tul raya tahun ni..

Raya ke-4 baru boleh discaj. Tu pun mintak cuti dengan doktor. Nak balik beraya. Still kene pergi set appoinment untuk rawatan seterusnya..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...