MY POPULAR POSTS THIS MONTH

13 February 2014

POPLOOK

2 hari lepas tetiba teringat nak beli baju.. Dah lama x beli baju.. Kalu dulu sebelum pregnant,memang i pelanggan setia The Poplook. So tergerak hati nak bukak laman web Poplook.. View sana sini..hemm.. ada la yg ok tp xde la sampai rasa mcm nak beli sesgt design tu.. Since i ada akaun poplook, i login, tgk kat history order.. Ternampak sesuatu yg buat i lebih teruja gitu..


Baru tahu..rupanya selama ni i dok beli baju poplook,, ada dpt loyalti point..Then bole tukar kepada Cash Voucher..!!

Yeah... RM146.60 beb.. saper x teruja kan.. So apa lagi..cepat2 i bukak facebook fanpage poplook view item baru yang akan di launch hari ni.. Poplook biasa akan buat new launch setiap hari Khamis 11pagi setiap minggu. Kekadang ada jugak hari Selasa 11pagi.. Jarang2 la..

Jom tgk apa yang i nak hunting jap lagi..

Our classic Erica Blouse now in print! Crafted from soft breathable viscose, you know you'll wear her again and again. Launching tomorrow in 6 prints. (copied from poplook facebook fanpage)

Cantek kan..? tak pasti free size or ada sampai Curve size (Biq Size).


Avery Lace Sleeve Blouse to launch tomorrow at 11am. Featuring beautiful corded lace on shoulder and sleeves. Will come in sizes S - 4XL. Get excited! (copied from poplook facebook fanpage)

Yang ni serious cantek... must grab ok..!

Ada lagi design lain.. Dress, Hijab...Dress i xbrp pakai sgt since i breastfeed.. x kan nak selak dari bawah kan.. hahaha...


Salvia Dresses will launch tomorrow in 6 new colourways!
Crafted from soft crepe chiffon, fully lined and comes with optional matching sash.

  Meet Phyllis. Our latest jersey dress in cool neon shades! Perfect for lounging or a casual day out in town.

 Our popular Aida Viscose Headscarves back tomorrow at 11am. So many colours... don't miss them!

Oh... xsabar nyer nak pakai cash voucher tu..! lagi 2 jam...!

07 February 2014

Fall in Love with Bokitta..

Tudung oo tudung..
Dulu dok giler tudung Fareeda.. Sekarang byk sangat design fareeda sampai dah tak terbeli dah.. Tapi yang i beli dulu2 tu, ramai yg berkenan. limited edition punya..hee.. Sekarang dah habis bab tudung fareeda..Tinggal rolling pakai je la..

Sekarang i tgh try pakai Bokitta Hijab pulak.. Apa pulak Bokitta Hijab ni?


Bokitta comes from the word 'bouquet' means a bouquet of flowers that brings a patented ready to wear hijab style from Lebanon. We bring it here to introduce to our msian sisters the easiest day to day tudung wear ala lilit style. Not only that, it is also stylish to wear for dinners and events too..

Apa yang best dengan tudung ni? because of pin free hijab.. hati ni nak sgt lilit  shawl macam my sister pakai. Tapi x sempat la nak berlilit2 ni. Lagi2 ada anak kecik, hero pulak tu kan.. Tarik sana sini. Bokitta ni pin free.. so xyah risau muka anak terkena brooch besau kat bahu tu..hee.. Just sarung je.. taadaa...Siap sudah.. xyah abik byk masa oke..


Senangkan..? Just 4 step.. Design dia pon banyak yang cantek2.. Dia ada 2 size iaitu Voila plus labuh dia kira ngam2 chest la.. satu lagi Voila Maxi. Yang tu labuh sikit. tutup chest. Pastu kualiti kain pon ada macam2. Ada cotton Voile, cotton biasa, satin, gorget...macam2 la.. Pastu yang ada lapisan, ada yang tak xde lapisan.. Yang Voila Maxi biasanya rege dia rm1++. Kalu Voila Plus pulak rege dia dalam rm65-rm75 gitu.. tgk pada kain. Ok la kan..



So far i dah grab 2 design ni.. 1 Voila Plus, 1 Voila Maxi.. Rasanya utk breastfeed mom lebih sesuai abik Voila Maxi..  Gambar sendiri i blom letak ye.. Ipong Still rosak...!! Waa...!




U'olls bole tgk design yang latest di Facebook Bokitta Malaysia, Instagram Bokitta_pinfreehijab.

05 February 2014

Review : Tropica - Baby Herbal Cream

Minggu kedua abg Amsyar school, dia kene selsema..adoii...bawak balik virus pulak. Adik terjangkit  sekali. Sian adik.. abg xper la..bole makan ubat.. I still amalkan petua untuk hilangkan batuk selsema untuk abg Amsyar. Bole tgk entry i sebelum  ni SINI.


Tapi untuk baby Azfar yang baru 4 months, tak bole kasi ubat selsema tu.. Baby bawah 2thn tidak bole kasi sebarang ubat sebab perut baby blom bole proses chemical ubat tu.Kesan dia takut nanti buah pinggang rosak sebab xleh nak proses. So 4 petua yang macam i cerita SINI semua i buat kat baby Azfar. Tapi i ada try 1 lagi krim iaitu brand Tropica, Baby Herbal Cream.



BABY HERBAL CREAM TROPIKA – krim telon herba atau viks herba krim ini dirumus sebagai rawatan 2 dalam 1.

1. Sebagai krim telon untuk mencegah dan merawat perut kembung, perut berangin, colics dan permasalahan lain yang biasa dihadapi oleh bayi.

2. Sebagai viks untuk merawat batuk, selsema dan wheezing – nafas berbunyi.

Krim ini dirumus menggunakan minyak kelapa dara, halia, minyak kayu putih serta beberapa lagi herba tropika. Ia tidak mengandungi sebarang bahan sintetik atau steroid atau parabens yang boleh menyebabkan masalah sampingan samada jangka pendek atau panjang. Krim telon herba / viks herba TROPIKA dijamin HALAL kerana ia dikilangkan sendiri oleh pengilang bumiputra Muslim tanpa melibatkan sebarang unsur atau bahan yang haram.

Kita pernah dikejutkan dengan berita minyak telon yang banyak digunakan oleh orang Islam di negara kita yang mengandungi bahan yang haram. Oleh itu beralihlah daripada mengguna produk-produk yang kita was-was kepada produk keluaran orang Islam yang pastinya selamat dan HALAL.

CARA PENGGUNAAN
Cara penggunaan krim telon herba / viks herba TROPIKA, rawatan 2 dalam 1.

1. Sebagai krim telon - setiap kali selepas mandi sapukan krim pada telapak kaki bayi, perut dan sendi-sendi. Sapu dan gosok perlahan-lahan sehingga krim meresap ke dalam kulit. Krim ini apabila dipakai pada bayi ia tidak panas dan tidak mendatangkan radang kepada kulit bayi.

Amalkan penggunaan krim telon herba ini samada sebagai mencegah atau merawat perut kembung, peru tberangin dan colics. Bagi bayi yang belum gugur pusat, ketika menyapu krim pada perut elakkan menyapu krim di pusat tersebut. Bukanlah bahaya, cuma tidak mahu menyentuh bahagian yang masih sensitif.

2. Sebagai krim viks – apabila ada tanda-tanda selsema atau berhingus atau kahak yang boleh menyebabkan pernafasan berbunyi dan terganggu, sapu krim pada dada dan belakang bayi, buat seperti viks. Gosok-gosokkan krim pada dada bayi dan bahagian atas belakang, terutama ketika tidur malam, supaya wap krim disedut / hidu oleh bayi. InsyaAllah, selsema dan hingus akan berkurangan dan kahak akan keluar dan nafas berbunyi / wheezing akan berhenti. Ulangkan sapuan setiap 2 – 3 jam sekali sehingga masalah diatasi. Elakkan menyapu krim pada muka, pipi atau hidung. Bahagian-bahagian ini kulit lebih sensitif dan boleh berlaku radang kulit. Kami sarankan kepada ibu-ibu, kalau nak sapu di hidung, cubalah sedikit-sedikit dan perhatikan reaksi kulit bayi.

Kita juga tidak menggalakan menyapu krim pada muka, pipi atau hidung atau di tempat-tempat yang terdedah kepada sentuhan tangan bayi, kalau-kalau bayi menyentuh tempat-tempat tersebut kemudian dibawanya ke mata. Sebab itu kita sarankan disapu di dada dan di bahagian atas belakang dan dipakaikan baju untuk bayi tersebut.

Semua produk-produk TROPIKA boleh disimpan lama, tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk, cukup ditutup rapat dan disimpan di tempat yang udara boleh berputar, jauh dari sinaran matahari dan juga suhu yang tinggi.
 

Isi Kandungan

1. minyak kelapa dara
2. ekstrak halia
3. minyak kayu putih

Details ni semua i copy dari laman web Tropika . U'olls bole tgk kat situ & bole beli online jugak..Memandangkan i nak ASAP krim ni. Pastu dah nak dekat Chinese New Year. Kami pon nak balik kg nak beraya. So i usaha jugak cari kat area JB. Kebanyakkan stokis yg listed kat laman web tu xde stok krim ni. Haish..baik xyah letak no fon stokis tu.. Selidik dari member2, ada yang pernah beli brand ni kat BBU. Apa dah nama kedai dia.. lupa dah.. kedai jual barangan baby sebelah chamek kopitiam. Tu pun tinggal 1 je.. 

Lepas beli je terus i sapu kat baby Azfar & abg Amsyar. Kalau sebelum ni, malam batuk teruk sampai abg Amsyar muntah 3 malam brturut2. Batuk kuat sangat sampai muntah Tapi lepas sapu krim ni, dia bole tido lena sikit. Adik pon xde la sesak nafas je. Malam tu adik xperlukan spray sterimar..


I teruskan jugak pakai krim ni. I sapu dengan kerap. Overall i suka krim ni. memang berkesan pada anak i. Tapi yang tak best nyer susah dapat stok. so bln ni i beli siap2 via online. standby kot2 habis yang tengah pakai sekarang ni.

Sekarang both anak i dah recover dari flu.. Batuk pon dah xde. Adik pon dah makin cergas... I LIKE.. Memang akan sentiasa buat stok nanti..


04 February 2014

Update Nota EBM

Happy Tuesday..!
Hari ni memang dah niat nak rest je.. x nak buat coklat.. Nak tgk tv, update blog, goyang kaki..hee...
Sebenarnya blom sihat sepenuhnya.. Sejak Amsyar bawak balik virus selsema dari 2 minggu lepas, sorg2 kene selsema.. Adik pon kene jugak.. sian adik.. I pulak baru kene selsema last week. Skrg adik je yang dah sihat.. Abg masih ada selsema sikit, & batuk sikit2. 

Ok..Hari ni i nak update Psal EBM. yes..yes... i ada janji dengan beberapa org nak bua entry pasal travel EBM. Sorry to say.. Ipong i rosak lor.. Gambar semua kat situ... huhuhu...Later k..

Hari ni i just update nota EBM i je.. Cara i buat nota bole tgk sini k.. ni summary i utk every month..

27 Oct 2013 (Dalam Pantang)
Total EBM in pastic = 92 pcs
Total Oz = 359 Oz

 *** Masih dalam pantang, EBM memang xguna. Terus simpan beku. Fresh EBM je i kasi kat baby time tu.***

22 November 2013 (Nak Habis Pantang)
Total EBM in pastic : 144 pcs
  • October = 91 pcs
  • November =  53 pcs
Total Oz: 668 Oz
  • October = 356 Oz
  • November = 312 Oz
*** Total EBM yang october punya dah kurang 1 plastik. Dah mula start kasi EBM beku. November makin kurang sebab i dah banyak kuar rumah. Pergi exam la..itu ini.. macam2 la.. Production still sama tapi i byk kasi fresh EBM kat baby, so sikit je la yang masuk freezer.

29 Disember 2013
Total EBM in pastic : 161 pcs
  • October = 88 pcs
  • November =  53 pcs
  • Disember = 20 pcs
Total EBM in bottle : 9 bottle
  • Disember = 9 bottle
Total Oz: 756 Oz
  • October = 346 Oz
  • November = 312 Oz 
  • Disember = 98 Oz
***Makin kurang nampak EBM yang beku..hohoho.. time ni banyak order coklat.. Memang kurang pam.. Yang dalam botol tu, bila xcukup 6 oz, i x masukkan dalam plastik. membazir je plastik nanti. Nak campur tak bole sebab susu yang selepasnya dah lebih 24 jam. So xleh campur. Masuk je botol dlm freeze. Lagipun botol byk giler yang time amsyar dulu. Dulu pakai botol. tu yang jadi banyak.

26 January 2014
Total EBM in pastic : 152 pcs
  • October = 88 pcs
  • November =  53 pcs
  • Disember = 11 pcs
  • January = 0 pcs
Total Oz: 724 Oz
  • October = 346 Oz
  • November = 312 Oz 
  • Disember = 66 Oz 
  • January = 0 Oz
 *** Ohhoo.. dah makin kurang.. Bulan 1 punya memang xde yang bole simpan beku. Pam je terus masuk peti, Balik tgk dah habis anakku minum.huhuhu.. Dah jadi kais pagi makan pagi, kais petang makan petang nampak.. hahaha...Yang dalam botol pon dah habis stok.. Perlu kerapkan buat power pumping dah..

 Apa itu power pumping? power pumping salah satu cara nak kasi susu lagi byk. Susu hanya kuar on demand shj. kalu kerap pam & direct feed, lagi banyak la susu. so kalu kerap pam, lagi melimpah ruah la susu. Tak guna makan suplimen bagai kalu malas nak pam, malas nak direct feed, & malas nak minum air banyak. Cara-cara power pumping. Pam pada tgh mlm. Lagi ok dlm kul 3 pagi gitu. Time tu memang susu tgh banyak.. Perlukan masa 1 jam tanpa gangguan ok.. Make sure anak & bapak dah tido ye.. hihihi... Pam 12 minit, stop 12 minit. Pam lagi 12 minit, Stop 12 minit & Pam lagi sekali 12 minit. Konsep dia pam-stop-pam-stop-pam. Kalu kuar angin je & xde kuar susu pon xper.. teruskan je. Pastu bukannya esok pagi terus banyak susu k.. Makan masa jugak. Ynag penting mesti RAJIN..!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...