Sakit dada ketika hamil | A Sweet Life To Remember


MY POPULAR POSTS THIS MONTH

23 January 2015

Sakit dada ketika hamil


Dari hari isnin lepas, i ada rasa sakit di dada bhgn bawah. Mcm sakit kat blkg tulang dpn tu. Kat area paru-paru. Bila nafas dalam je sakit. Mula2 assume pedih hulu hati. Sebab memang menjadi kebiasaan ibu mengandung akan pedih hulu hati. Tapi kali macam pelaik sikit sebab sakit belah kiri. Bukan kat tengah hati, Then bila gerak mengiring ke kiri masa tidur rasa sakit sgt. Kene tido mengiring belah kanan baru ok. Bila tekan pon sakit. Macam risau pulak. Tp ni dah hari ke-2 (entry ni dibuat pada hati rabu), sakit dah kurang sikit, nafas pon dah tak sakit tapi still xleh tido mengiring belah kiri.

Ni i share sedikit info mengenai pedih hulu hari.
Puncanya ialah asid dalam perut yang naik (reflux) ke saluran pemakanan (esofagus) disebabkan ‘kebocoran’ otot sfinkter esofagus bawah (LES) yang terletak di antara perut dan esofagus bagi mengelak makanan naik semula. Kesan daripada peningkatan hormon estrogen dan progesteron menjadikannya lembut dan mengendur. Antara simptom termasuk pedih bahagian dada, perut tidak selesa, sukar menelan, makanan tertolak dan rasa pahit atau berasid dalam mulut. 

Ketidakselesaan ini biasanya terjadi selepas makan atau minum, menyebabkan tidur ibu-ibu terganggu dan kurang selera makan.

Rawatan semulajadi
Kebiasaannya, pedih ulu hati boleh dikawal dan dipulihkan dengan menukar pengambilan makanan, terutama jika simptomnya agak ringan. Senarai rawatan semulajadi di bawah juga berupaya mencegah.

Elakkan pencetus
Sangat munasabah mengelakkan terus pencetus pedih ulu hati, termasuk:
• Jus buah-buahan – mengandungi asid semulajadi
• Coklat – melemahkan LES
• Membongkok ke hadapan – memberi tekanan kepada perut
• Makanan pedas dan berminyak – melemahkan LES
• Minuman berkafein dan berkarbonat – melemahkan LES

Tukar tabiat makan
Amalkan tabiat pemakanan yang baik, termasuk:
• Makan sedikit, tetapi kerap. Tidak perlu makan untuk ‘dua orang’.
• Kunyah makanan dengan perlahan.
• Hindari makan berat 3 jam sebelum tidur
• Duduk tegak, terutama semasa makan, bagi mengalihkan tekanan dari perut.
• Elakkan berbaring 1 – 2 jam selepas makan. Jika terpaksa, baring di sisi sebelah kiri bagi membantu asid turun ke usus dengan lebih cepat dan mengelakkan reflux.
• Elakkan minum ketika makan.
• Berjalan-jalan selepas makan dapat membantu penghadaman.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...