Dapat cabutan bertuah stroller contours | A Sweet Life To Remember


MY POPULAR POSTS THIS MONTH

28 January 2015

Dapat cabutan bertuah stroller contours

Ini cerita lama.. hihihi.. Tapi cerita lama ni masih menjadi bualan kami sampai sekarang. Huhuhu... Blom pernah dpt cabutan bertuah sebesar tu. Mana la x terkejutkan. Masa beli stroller budak2 ni xpk pon pasal cabutan bertuah tu. Malah kami xtau pon. Memang dah lama aim nak beli double stroller since adik & abg asyik berebut stroller je. Daddy dia pon dah xlarat nak dukung salah sorg kalu diorg tido. Huhuhu.. memang ketaq2 bayar stroller ni masa tu.huhuhu... 


 Stroller ni la yang kami beli. Memang dadi tahun 2013 sblm bersalin Azfar lagi tengok stroller ni masa baby fair kat Danga City Mall. Tapi x beli lagi sebab masa tu budget xbrp ada. Dah nak bersalin masa tu. Pastu owner dari singapore yang dtg sorg2 dok cerita kat kami kelebihan stroller ni.


Masa Mom & Baby Expo di Persada Johor, kami pergi la 26hb september tu. Saje la jejalan sambil tgk apa yg perlu dibeli. Biasa i beli borong minyak tyt & baby organic punya sabun utk cuci cloth diapers time baby fair or mom & baby fair ni la. Masa 26hb tu kami tgk la lagi sekali stroller tu. Kali ni dia join dengan MOM Product.


 Dia bole attach dengan seat utk baby sekali. Yg tu kene beli lain la. Gambar atas tu i dpt dari contours fb fan page. Bersungguh abg Amsyar dengar penerangan salesman tu. Kali ni salesman dia 4 org. 26hb tu just tgk dl. Then balik je hisband ckp mcm nak beli sbb dah xtahan nak kejar budak2 ni kalu tempat ramai. Esoknya 27hb september kami beli. Harga dia rm1688 full set. Kami abik warna hitam.

Tetiba bln November husband dpt email. Dia terkejut giler. Siap forward kat i suruh sahkan samada betul atau x. Zaman skrg ni byk je yg tipu. I siap check laman web & fb fan page dia.hihihi..


Ptg 19hb tu jugak kami ke Jusco Tebrau konon nak photoshoot sendiri la. Hihihi.. 


Lepas submit, 2 hari pastu masuk dlm fb fanpage dia. Rupanya kami pemenang kedua untuk cabutan bertuah tu. Setiap 20 stroller tu habis dijual, akan ada cabutan bertuah utk refund full amount. Baru tau rupanya.. Alahamdulillah.. Rezeki anak2 & baby. Seminggu lepas tu dapat cek yg pihak contours pos. Alhamdulillah..Syukur sangat. Save rm1688..hee.. Setakat ni pakai double stroller ni ok sgt. Sangat worthy sebab budak2 xlari sana sini. Senang nak manage. Bukak tutup senang. Xperlu bukak tayar mcm sesetgh double stroller. Sampai skrg kalu kami ke Jusco or Tesco or mana2 la.. mesti ada yg tegur tanya beli mana stroller ni. 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...