MY POPULAR POSTS THIS MONTH

31 October 2013

Petua hilangkan batuk dan selsema

Sekarang ni memang tengah musim demam, batuk selsema. Sorang kene, mula la berjankit. Nasib baik Amsyar jenis senang makan ubat. Tapi dia suka makan ubat yang paed dia kasi je..beli kat farmasi jenis lain memang dia tak nak. Ubat tu pulak memang tak ada dijual di farmasi. Haish... Tapi ubat tu memang berkesan la nak dibanding dgn ubat lain.

 Ubat ni i dapat dari Puteri specialist Johor dengan doktor Ismail. Salah seorang doktor pakar kanak-kanak  di situ. Yang belah kanan tu ubat batuk, Durotuss & yang belah kiri tu ubat selsema, Zyrtec.

Selain ubat ni, i memang kasi Amsyar makan Vit C secara konsisten. Amsyar makan Vit C chewable yang shaklee.. (mommy dia kan jual shaklee, so of course la mkn shaklee..hee..) Tapi memang best Vit C chewable ni.. Amsyar suka sangat mkn. Sampaikan i trpaksa sorokkn botol ni dari dia..huhuhu... Sesaper nak beli Chewable Vita-C ni, sms/whatsupp/wechat/viber i for the best price..


Kalau macam Amsyar tak ada masalah sebab bole kasi ubat. Tapi macam mana kalau baby? Mesti ada sesetengah ibu tak senang duduk kalau baby yang kene selsema.  Baby yang masih kecil memang kadangkala sukar untuk bernafas. Tambahan pulak baby tak bole makan sebarang ubat. Sama la macam i. Baby i yang masih dalam hari dah selsema ni. Pantang pon blom habis dah kene selsema ni.. So, ni apa yang i buat pada baby i skrg ni..Even masa Amsyar below 2yrs pon i buat macam ni..

1) Mandi
Orang tua mesti tak kasi mandi kalau baby selsema.. Same goes to my mom. Tapi i tetap cuba bagitau yang mandi sangat penting kalau time selsema. Baby i pagi mesti i mandikan, cuma petang je lap2 badan je. Mandi pon dengan air suam shj. Nanti hingus akan keluar sekali ketika mandi. 

2) Sapu Minyak Telon
Dah siap mandi tu cepat-cepat sapukan minyak telon supaya baby tak sejuk. Sapu di perut, dada depan dan belakang, betis, tapak kaki, tapak tangan, ubun-ubun & belakang telinga. I tak guna minyak yuyi. Salah satu sebab ada kes tak halal tu (xtau la betul ke x, tapi i memang elakkn terus la). Lagi satu minyak yuyi ni agak panas sikit. lepas sapu dia rasa panas & berangin. kalu sapu satu badan maunya baby kepanasan sangat. Even i sendiri pon terasa panas kalu terlebih letak minyak yuyi. Anak 1st pon tak pakai minyak yuyi. I pakai minyak herba TYT. Dari anak 1st sampai skrg masih pakai. Kalau selsema cepat je elok sebab dia jenis herba kan.. Jenis roll on senang sikit nak sapu. Setiap kali baby fair i memang borong terus sebab rege lagi murah dari pasaran. Sentiasa ada stok la kat rumah. Bila yang roll on tu dah nak habis, i refill je la..Jimat..


3) Pakaikan Topi
Pemakaian topi boleh mengelakkan ubun-ubun bayi menjadi sejuk dan menyebabkan selsema makin teruk.

4)  Buat put-put (bibik i kata dipanggil put-put)
Tumbuk dua biji bawang merah dan sedikit lengkuas. Letakkan dengan sedikit minyak masak. Kemudian sapukan di ubun-ubun bayi secara membulat.


Tu semua kalau anak yang selsema. Macam mana kalau si ibu pulak.. I pon selsema ni..waa... Apa boleh buat.. I tak boleh makan ubat jugak sebab breastfeed. Tapi i makan Shaklee Sustained release Vita-c. 2 biji sehari kalau i or anak i selsema..

Kalau dah selsema, batuk pon pasti datang menjengah. Apa yang i buat, biasanya i makan madu asli yang dah dicampur dengan limau nipis. Caranya sesudu madu asli + sebiji limau nipis. Tapi since i masih dalam pantang, mana bole makan air limau nipis tu kan.. Alternatifnya, i campurkan sesudu madu asli dengan segelas air panas. Minum panas-panas.. Sedap je rasa. Terus kurang batuk i. Air mesti minum dengan banyak. Susu pon melimpah ruah.. Alhamdulillah batuk i beransur kurang..

30 October 2013

Pengalaman bersalin Part 1

Hari ni 31 hari berpantang. My baby Azfar dah 1 month..13 days to go for confinement.. Alhamdulillah..Sekejap je rasa. Masih terasa sakit bersalin. Macam baru je bersalin.. Hari ni baru ada kesempatan buat entry pengalaman bersalin.

Deliver kali ni memang berbeza dengan anak 1st. Kalau yg anak 1st, i tak pernah rasa sakit main2 org kata.. Tak de sakit cuma sakit badan tu normal la kan.. Contraction memang tak pernah rasa sebelum nak deliver anak 1st. Tapi kali ni, kerap rasa contraction. 

18 September 2013 (Rabu)
Check up setiap 2 minggu sekali jadi rutin since i tak de masalah ketika pregnant. Kebanyakkan kawan2 i masuk je 36 weeks dah start check up seminggu sekali. Tapi i tidak. Alhamdulillah.. diberi kesihatan yang baik cuma alahan je still ada.

Masa check up ni i dah 37 weeks 5 days. Berat i masa ni 92kg (mak ooiii.... lepas ni mmg diet giler2 la..). Since my husband keje di Johor. I nak dia ada masa i deliver nanti. So bila kami kira2, kalu i tetiba sakit or turun tanda seperti pecah ketuban, memang husband i tak sempat sampai sebelum i deliver. ye la..Mau jugak 8 jam baru sampai sini. Tu naik motor. flight pulak blom tentu ada sebab Firefly hanya buat pada hari2 tertentu shj utk penerbangan dari JB-KB. I pulak jenis senang bersalin kalau lepas pecah ketuban. pengalaman anak 1st dl, pecah ketuban kul 2pm, doktor jangka bersalin tengah malam, tapi kul 6.40pm i dah bersalin. So we decide i bincang dgn doktor dulu utk arrange masa. Tengok condition baby i, agak2 bila bersalin semua tu. Lepas cek jalan, bukak hanya 0.5cm. Tak sampai 1cm & masih keras kata doktor Awang. So dia suggest i tunggu turun tanda jugak. Tapi kalau tak ada turun tanda, doktor dah tetapkan tarikh 29 september utk induce. Kira 29 sept tu i dah 39 weeks 2 days. So doktor mintak my husband minta cuti time tu.

But..ada different condition my husband kene terus balik. Doktor Awang siap sketch kat kertas & lekatkan kat buku check up i lagi.. thumbs up for this doktor. That's why i choose him for my genea. 1 more thing, if ada apa2, just give him a text. So xperlu ulang alik ke hospital selagi dia blom kasi green light. Tak de la dok keje ulang alik ke hospital tapi blom nak bersalin kan..

1st, kalu ada turun tanda seperti lendir berdarah, doktor kata i bole terus tel husband suruh balik tapi husband tak perlu tergesa2. I pulak tak perlu terus ke hospital. Tunggu sehingga rasa sakit secara tetap or consistent. Mula2 akan sakit 1 jam sekali, menjadi lagi kerap 30 minit sekali, 20 minit sekali, 15 minit sekali dan seterusnya. If i dah tak tahan dah sakit masa 30 minit sekali, now bole ke hospital.

2nd condition, kalau i ada keluar air means pecah ketuban. Mcam mana nak kesan itu adalah air ketuban, air ketuban akan keluar terus banyak. Kalau pakai pad, akan boleh perah pad tu. Kalau berada atas tilam, akan basah lencun tilam tu. Air yang keluar tu tak berwarna, tak berbau seperti air kencing. Apabila pecah ketuban, perlu segera ke hospital walaupun tidak sakit sebab kemungkinan untuk mendapat jangkitan kuman dari vagina amatlah tinggi. Ini boleh membahayakan baby selain baby bole jadi lemas.

Since i tak pernah rasa sakit contraction, doktor bagitau macam mana rasa sakit tu. Contraction akan mula sakit dari bawah pusat sampai ke bawah (ari-ari), lepas tu tulang belakang jadi sakit. Perut pulak memulas2 & nyucuk2.. Itu tanda contraction. Ok.. i akan berwaspada dok..

Ok.. Since doktor dah bagitau i secara details, tugas i pulak utk inform my husband. 29hb dipilih kerana jatuh pada hari ahad, so menyenangkan my hubby ambil cuti & balik kelantan.

22 September 2013 (Ahad)
Seperti hari2 biasa, dari 18hb i dah start minum air rendaman akar kacip fatimah. Ada yang panggil bunga kacip fatimah. Air kelapa jugak tiap2 hari i minum. Tiap2 hari jugak i aktif ke sana sini dengan mama i..Biasa la. kalu balik kb memang ada je aktiviti dgn mama i ni. KBMall kekdang pergi tiap2 hari, Pasar TEMAN memang selang sehari pergi. Teman mama beli sayur2. I pulak, sementara tunggu mama beli barang tu, dah tak larat nak ikut dia sebab dia jalan laju..hee... so i lepak kat gerai minum. Memang famous Teh o Beng Kaw & Meehoon celup. I sampai je tuan gerai dah tau apa yang i nak. hee.. Dah selang sehari pergi mana org tak kenal kan.. Dah la tgh sarat giler..huhuhu...

Petang masa i nak mandi, I noticed ada keluar lendir coklat bercampur putih macam nak habis period. Perut pulak memang seharian dok rasa nyucuk2 dari bawah pusat ke bawah.. Baby banyak mengeras sampai i rasa susah nak bergerak. Tapi baby tak banyak bergerak macam selalu. Maybe sebab dia mengeras dia jadi kurang bergerak..Apa lagi..kaget la sikit i.. terus text dr Awang samada itu tanda nak bersalin ke x.. Sebab kalu betul, i nak tel husband mintak dia balik.. Dia tya sakit belakang ke tak.? I bagitau dia dari belakang sampai bawah rasa lenguh2, kekadang rasa nak buang air besar tapi tak keluar. Terus doktor reply balik text i..OK-boleh suruh suami balik-- Tak perlu gadoh2..hee.. (tak perlu nak tergesa-gesa)


---To be continued in Pengalaman bersalin Part 2--- Anak i nangis...

29 October 2013

Introducing.. Muhammad Qamar Azfar

Dear my lovely readers..

I would like to introduce to you, our latest addition in the family,

Muhammad Qamar Azfar Bin Shamsul Tuah


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...