vitamin selepas bersalin | A Sweet Life To Remember


MY POPULAR POSTS THIS MONTH

15 May 2015

vitamin selepas bersalin

Salam semua..

Hari ni i nak share jenis-jenis vitamin yang i consume ketika dalam pantang. Kebanyakkan vitamin ni doktor Tokha yang kasi ye. Bukan i suka suki beli sendiri vitamin ni. Biasa lepas bersalin ubat yang selalu i dapat, ponstan, ubat sembelit & vitamin c kalu tak silap. Tapi kali ni satu plastik ubat sahaja doktor kasi.huhuhu... Siap pesan lagi sila & tolong habis kan semua ubat yang saya dah beri ni.

1) Acoxia

  • Lupa nak snap picture ubat Acoxia. Ianya sejenis ubat tahan sakit. Setahu i ia ubat tahan sakit yang paling kuat rasanya. Kira sakit teruk abik acoxia confirm ok. Bole makan sekali sehari sahaja. Doktor kasi pon tak banyak sebab under control ubat tu. I makan bila ada rasa sakit dlm perut atau rengat je.

2) Maltofer Fol Chewable Tablets


  • I tak pernah dapat ubat ni. Dari pembacaan i kat kotak tu, ubat ni gabungan iron & folic asid untuk mengelakkan berlakunya kekurangan iron dan folic asid sebelum, semasa dan selepas mengandung (ketika menyusu). Makan sekali sehari je.rasa dia manis.

3) Pharma Nord Bio-D3 800 IU Cholecalciferol
  • Ni pon sama. Dengan doktor Tokha ubat yg dapat semuanya belum pernah makan. Dari kotak jugak i baca ianya vitamin D. Biji dia kecik-kecik macam fish oil tapi kecik sangat. Anak i juandis dia tak tinggi sangat agaknya sebab i makan vitamin D ni kot. Ye la. Biasa kan orang tua suruh jemur baby kalu kene juandis sebab bila kene vitamin D, kuning akan turun. So ni i siap makan suplimen vitamin D lagi. Hahaha... Makan sebiji sehari je.

4) Proscal - Pil Kalsium
  • Pil kalsium ni memang i ambik dari pregnant lagi. Doktor memang dah kasi awal-awal. Sekali makan 3 biji, sekali sehari. Tapi masa i pregnant i makan 6 biji sekali sehari. Sebabnya i pernah kene sembelit ketika mengandung. So doktor Tokha cakap pil kalsium ni bole abik banyak. Selagi bole telan. Sebab doa dia kecik je dalam 1 pil. Sebab tu sehari 3 biji kene telan. Tapi lepas i makan 6 biji, terus tak ada sembelit.

5) Duphalac
  • Ni ubat biasa yang i abik selepas bersalin. Ubat ni untuk melembutkan najis. So bila nak poo poo tu tak ada la meneran sangat kan. S tak ada la fobia rasa nak poo poo. Takut tempat jahit tu terbuka ke apa. 

6) Sheep Placenta
  • Ni pulak ubat yang famous di kalangan patient doktor Tokha. Sampai ada yang ke klinik doktor hanya untuk beli sheep placenta ni.Makan sebiji sehari.

7) Virgin Coconut Oil (VCO)
  • VCO ni i consume bila dah start masuk 3rd trimester. Ianya untuk mengelakkan sembelit, untuk memudahkan proses bersalin (sebab minyak), bole kawal nafsu makan & kulit baby nanti jadi cantik. Ni pon i beli dengan doktor Tokha.

8) Susu kambing HiGoat
  • Memang dah sedia maklum susu kambing bagus untuk kurangkan juandis baby. Lagi bagus kasi pure susu kambing. Tapi i nak senang, abik yang segera jenama higoat ni je. Bukan kasi kat baby ye. No..no..no... i yang minum, then baby breastfeed.

9) Nano Centa
  • Nano centa i start consume start day 20. Later i buat review nano centa ni ye. Secara ringkasnya nano centa ni sejenis kolagen. Sangat elok untuk kulit. Lagi satu ianya boleh banyakkan susu ibu sebab kandungan dia ada habbatusauda & madu. Rasa dia sedap sangat.

10) Glucos Cut (GC Tea)
  • Yang ni i ada buat review. Klik Sini

2 comments:

Unknown said... Reply To This Comment

Kebanyakkn ubat tu dr tokha mmg ad jual kat klinik dia sndiri..lg 1 dr tokha rekemen mkn neuro gain masa mengandung

Unknown said... Reply To This Comment

Kebanyakkn ubat tu dr tokha mmg ad jual kat klinik dia sndiri..lg 1 dr tokha rekemen mkn neuro gain masa mengandung

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...