pilihan botol susu anak-anak | A Sweet Life To Remember


MY POPULAR POSTS THIS MONTH

13 May 2015

pilihan botol susu anak-anak

Salam semua..

Dah lama i nak buat entry ni. Asyik tertangguh je. Sebelum ni i pernah buat entry pilihan pilihan botol susu untuk newborn. Masa tu i tengah pening nak beli botol susu untuk anak no 2. Sekarang ni dah ada newborn no 3 pulak. Hee... Baru nak update new entry pasal botol susu mintak ampun ye pada readers yg bertanya kat entry sebelum.

I story dari anak 1st ye. Dulu dia pakai botol brand 1st year breastflow. Since susah nak dapatkan stok botol ni, asyik kene kirim kat mak cik yang kat putrajaya beli, so i try tukar pada avent. Bukan avent yang baru ye. Ni yg jenis lama punya. Botol avent biasa. Alhamdulilah dia terima. Yeay.! Kalu sebelum ni avent dia reject. So senang la sikit dapatkan stok botol susu ni nanti.

newborn breastflow 1st year
1st year breastflow bottle

Anak 2nd pulak, dari entry sebelum ni, i ada survey 3-4 jenis botol, i pilih mimi jumi. I beli online masa pregnant. Tapi bila i kasi kat baby, asyik tersedak je. Rupanya dekat nipple dia tu hanya ada 1 lubang, yg memang akan buat susu terpancut keluar. Kira kalu terbalikkan botol susu tu pon still kuar. Laju pulak tu. Dari segi lembut nipple, memang terbaik. Lembut je. Tapi pada i x sesuai dgn newborn.

mimijumi
Mimijumi bottle

So i try PIGEON peristaltic PLUS PPSU bottle. Sekali cuba je terus anak 2nd i masa tu masih dalam pantang hisap dengan jayanya.. hahaha...

Pigeon peristaltic Plus bottle

Botol ni BPA FREE pastu warna botol pon kekuningan sikit sebab material botol ni PPSU (Polyphenylsulfone). Bukan macam botol plastik biasa ye. Kelebihan PPSU ni boleh mencapai tahan kepanasan sampai 180 darjah celcius dalam proses sterilizer & tahan lasak !

pigeon nipples

Yang lagi specialnya bentuk nipple dia tu yang buat anak i accept botol ni. Kalau tak hisap, susu takkan keluar. So tak kan terjadi tersedak susu la kan macam masa anak i minum pakai botol mimijumi. Keselamatan anak tu penting tau.

newborn pergerakkan mulut
Pergerakkan mulut bayi ketika menghisap susu.

Kira nipples botol ni ikut konsep pergerakkan mulut baby seperti breastfeed. Nipples dia pulak ada 4 saiz dari SS sampai la L mengikut umur.


Now my 3rd baby is a girl..! Yeay.. haih.. macam nak lari topik pulak ye erny. Later i citer pasal newborn baby girl ye.

Untuk newborn ni i memang seriously xbeli langsung botol susu. Sebabnya i dah dapat free botol susu MAM masa i beli Contour Double Stroller. So malas nak pk, try dl botol MAM tu kat newborn baru la try & error kalu dia reject botol MAM.

Since i memang tak nak botol susu brand sama untuk setiap anak, kira ok la dapat free botol MAM. Bukan apa. Nak mengelakkan berlakunya pertukaran puting.huhuhu.. setiap puting lain saiz untuk setiap umur. Kang ada jugak abg guna puting adik, adik guna puting abg. Salah satu sebab lagi jenia susu pon lain. So kalu botol brand lain, so boleh bezakan yg mana 1 susu diorang lepas bancuh.

newborn MAM

Setakat ni my newborn baby bole terima puting botol susu MAM ni. Keistimewaan botol MAM of course la design dia comel..hee... Pastu botol ni BPA FREE. Anti colic sebab rongga-rongga di bawah botol susu yang membolehkan udara keluar dan masuk ke dalam botol susu tanpa mengganggu pengaliran susu keluar dari puting botol. NO nipple confusion ni memang betul sebab baby i tak confuse pon bila dia lepas minum susu dengan botol then i continue dengan direct feeding, dia hisap elok. Tak de la reject kejap nipple i ke apa.

newborn MAM

Lagi satu setiap part boleh dibuka & dicuci. Yang ni i tak berapa gemar sikit. Bukan sebab boleh buka cuci tapi kekadang pasang tak betul dah susunya keluar dari bawah. So wait & see je la berapa lama baby newborn i dapat bertahan dengan botol susu MAM ni.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...