pantang selepas bersalin | A Sweet Life To Remember


MY POPULAR POSTS THIS MONTH

14 May 2015

pantang selepas bersalin

Alhamdulillah.. hari ni dah 34 hari berpantang. Lagi 10 hari dah nak habis pantang 44 hari.  Cerita pasal pantang selepas bersalin, ada 4 jenis pantang tau. Ramai yang tau pantang 44 hari je kan. Meh i listkan jenis-jenis pantang.

Pantang memang banyak hari tapi tak de la selama tempoh mengandung. Time pantang ni la nak pulihkan balik badan yg 9 bulan dok bwk baby, sakit memgandung & sakit bersalin lagi. So fair la kan untuk badan kita untuk kembali pulih.

Pantang 44 hari
πŸ‘‰Pantang keluar rumah.

**Pantang 44 hari yang betul-betul tak keluar rumah masa pantang anak 1st je. Kalu keluar pon keluar gi hospital je untuk check up, check kuning baby. Anak 2nd masa 20 hari berpantang dah keluar gi exam insuran. Nak buat camner. Dah tu je tarikh exam yang ada. Tu pon dah booking sebelum bersalin lagi. Sekarang pantang anak no 3, hari ke 22 dah keluar gi Jusco Tebrau. Tapi keluar dengan husband je. Baby tinggal kat maid. Reason keluar sebab husband asyik salah beli barang je. Huhuhu.. i pilih Jusco Tebrau sebab kat Jusco tu bole sewa wheelchair. So sepanjang kat Jusco tu i just dok atas wheelchair & tunjuk arah nak ke mana & mintak husband abik barang masuk troli. Nak buat camner. Pantang sendiri ni la jadinya. Nak tak nak kene gi jugak beli barang. Kalu dulu main kirim je kat mama i beli barang apa.


Pantang 100 hari.
   πŸ‘‰Pantang suami
   πŸ‘‰ Pantang mandi air sejuk
    πŸ‘‰Pantang ber aircond
   πŸ‘‰ Pantang angkat benda berat2 hatta dukung anak yg selain newborn
    πŸ‘‰ Pantang kena hujan

** Yang pantang 100 hari memang i ikut dari anak 1st lagi. Cuma bab pantang ber aircond tu je kekadang skip. kalau dah tido sebilik dengan husband & anak-anak, takkan diorg berpeluh-peluh kepanasan kan. Ikut je ler. Cuma make sure pakai baju tebal.


Pantang 6 bulan
    πŸ‘‰ Pantang makan selagi baby yg fully bf tak start solid food. Kalau tak fully bf pun elok pantang makan 6 bulan supaya badan benar-benar sihat.
    πŸ‘‰ Pantang excercise yg hardcore...

** Pantang 6 bulan ni pon i ikut. Bab pantang makan tu kekadanga ada la jugak abik sikit buat rasa. tak de la sampai tahap melahap kan. Sekadar buat lepas gian & rasa je. Kalu tak, maunye sakit badan sebab makanan yang berangin tu kalu makan, memang sakit-sakit la badan. Exercise hardcore memang i tak buat selagi tak sampai bulan. Lepas 6 bulan baru i start gi gym.


Pantang setahun
    πŸ‘‰ Minuman berais
   πŸ‘‰ Pantang laksa dan pulut

** Bab pantang laksa dan pulut tu macam i cakap sebelum ni la. just jamah buat rasa je. Minuman berais memang seboleh-bolehnya i elak tapi air sejuk tak ada ais tu i minum la. musim panas mana tahan beb.

Rawatan yg boleh diteruskan even dah habis tempoh 44 hari
   πŸ‘‰Bengkung. Pakai diwaktu malam dgn campuran ubat barut supaya dapat mengempiskan perut dan menganjalkan kembali kulit perut. Pakai sampai perut kempis.
    πŸ‘‰ Tangas. Buat seminggu 2-3 kali dan berhenti masa period.
   πŸ‘‰ Mandi Serum. Amalkan masa haid.
   πŸ‘‰ Urut. Sebulan sekali utk kesegaran.
   πŸ‘‰ Mandi bunga. Setiap kali lepas habis haid.
   πŸ‘‰ Makan ubatan herba. Setiap hari sepanjang 100 hari pertama. Lepas tu utk maintenance, 2-3 kali seminggu....

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...