Searching for Bedframe king size | A Sweet Life To Remember


MY POPULAR POSTS THIS MONTH

02 November 2015

Searching for Bedframe king size

Sekarang Erny & husband tengah mencari bedframe yang jenis divan  saiz king. This month memang dah target nak beli bedframe. Last month dah beli tilam. Almaklum la. Sekarang 1 tilam kekadang berlima tido. Huhuhu.. Tapi along dengan angah memang share tilam super single yg letak sebelah katil kami. So since tilam lama dah terasa spring dia, cari la ganti. Hajatnya nak beli saiz queen je sama macam yang lama. Sebab nanti boleh pakai bedframe lama. Tup tup bila kat kedai order yg king. Hee..

Tilam yang kami beli tu direct dari kilang. So dikategori murah la. Biasa tilam sahaja yang cikai punya pon dah rm2500 untuk saiz king. Tak ada la cikai sangat jugak. Kira ok la kan. Kalu nak lagi selesa, tilam sahaja rm5+++.



Korang boleh refer map kat atas untuk lokasi gudang tu. Tapi sebelum pergi make sure buat appoinment dulu tau. Sebab salesman dia tak selalu ada di gudang. Diorang banyak buat sale kat luar seperti di booth karnival & showroom. So call dulu or sms or pm kat fb Italhouse untuk appoinment. So tak ada la frust pergi tapi tak leh tengok barang.


Macam tilam yang kami beli. Kalau saiz queen rm9++. Tapi king rm1080. So beza beberapa puluh ringgit je. Tu yang kami abik saiz king. Sekarang ni katil lama dah pindah msk bilik tamu. So kami guna tilam sahaja tanpa bedframe. Tak per la. Slow-slow..

Berbalik pada bedframe. Semestinya ada bedframe yg idaman kalbu. Tapi kami mesti pilih yang tepi kiri kanan tak ada lebih. Means, nanti katil anak boleh sambung sebelah. Kalau ada lebih kat tepi, katil anak tak boleh nak sambung rapat. Kanan katil super single, kiri baby cot. Khekhe...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...