Resepi gulai lemak telur masin | A Sweet Life To Remember


MY POPULAR POSTS THIS MONTH

01 November 2015

Resepi gulai lemak telur masin

Pepagi lagi buka fridge sambil dok fikir nak masak apa untuk hari ni. Mata ternampak telur masin yang mama kasi. Elok lagi ni. Tapi ada 4 biji je. Boleh la buat gulai lemak telur masin. Cincai-cincai je la. Janji ada lauk hari ni.. hee..

♨ Gulai Lemak Telur Masin ♨

Bahan bahan:
✏ 4 biji telur masin
✏ 4 ulas bawang merah
✏ 2-3 ulas bawang putih
✏ 1 inci Kunyit hidup
✏ Beberapa hiris Lengkuas
✏ Sedikit cili kisar (tak mahu letak pun, tak apa..erny tak letak sebab tak nak pedas. Nak suap anak-anak..)
✏ Cili hidup (ni pon tak letak. Betul-betul cincai kali ni..)
✏ Garam
✏ Sedikit gula/ajino moto (erny tak letak ajinomoto. Stok ajinomoto pon tak ada kat rumah.)
✏ Asam keping
✏ Santan

Cara-cara:

Kisar bawang merah, putih, kunyit dan lengkuas.
Erny guna pengisar jenama Seiketsu. Nampak tak bawang tu erny letak sebiji sebiji. Tak potong pon. Yang bestnya pengisar ni bubuh la carrot sebatang pon tetap lumat. Air sikit je pon lumat.. tak ada masalah. Promot sikit. Pada yang nak tgk demo or nak beli pengisar ni boleh la contact erny ye.

Erny guna fungsi seminit. So dia akan kissr ikut irama gitu selama seminit, then stop sendiri.

Ni hasil kisar. Halus sangat. Masukkan bahan kisar ke kuali dengan sedikit air. Kalau nak masukkan cili kisar, boleh masukkan sekali dengan bahan kisar ni. Masak hingga mendidih, baru dimasukkan telur satu persatu. Setelah telur mengeras, baru dimasukkan santan.

Masak atas api perlahan sambil terus dikacau masak. Masukkan asam keping, garam dan serbuk perasa. Boleh letak cili kalau nak.

Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat. Hidangkan dengan nasi putih.

Nyum nyum. Sorry. Dalam gambar tak nampak telur. Hee. Telur 4 biji je. Kuah banyak. Hee..

4 comments:

ainniah said... Reply To This Comment

nmpk sedap walaupun telurnya tak kelihatan. hihihi...tq for sharing the recipe! ��

TUAN BLOGGER AREA said... Reply To This Comment

terbaikkk macam sedap jer

Ernyfaznie said... Reply To This Comment

@ainniah

welcome

Ernyfaznie said... Reply To This Comment

@TUAN BLOGGER AREA

tq..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...