Poor Amsyar | A Sweet Life To Remember


MY POPULAR POSTS THIS MONTH

11 July 2013

Poor Amsyar


Kesian anak teruna mommy ni.. Last friday dia kene cirit birit.. Mula-mula tak perasan. Ingat kan poo poo macam biasa. Pagi jumaat tu dia dah ter poo poo masa tido. satu bilik bau.huhuhu.. pastu kerap pulak dia poo poo. Khamis pagi tengok dah melecet punggung dia sebab lambat cuci. Dia ter poo poo masa tido. mana nak perasan kan kalu kul 3 pagi poo poo. Pastu sikit je pon. Pagi tu nak mandikan dia, tengok dah melecet.

Masa tu ok lagi la.. Terus cakap dengan maid stop buat air manis dulu. Mana tau sebab teh ais ke buat dia cirit tu. Hari sabtu, tengok still sama. tapi dia still aktif. So mommy & daddy xde la risau sgt. Cuma bila tiba time cuci tu dia nangis2 sebab sakit tempat melecet. So decide just siram dengan air kuat je. Tak pakai sabun & tak guna tangan masa cuci. lap buntut dia pon pakai kain bedung dia dulu. Kain tu jenis kain panas, lembut so dia tak sakit bila ktr lap. Tak per la. Untuk baby mommy buatkan yang baru k..

Malam tu tengok dia macam tak berapa aktif. Asyik nyorok je. Ajak makan tak nak, Minum tak nak. Susu je nak. Kasi 100 plus pon tak nak. Kami dah mula risau. Kesian kat dia bila nagis time nak cuci & sapu krim tu. Guna sudocream pon tak berkesan.

Malam tu i & husband pon bergilir-gilir bangun 2 jam sekali check pampers dia. Tido tak pakaikan seluar sebab nak kasi senang nak intai kat tepi pampers tu. Kejap2 dia bangun namgis. Sakit perot agaknya. Tapi nak urut perot dia tak kasi. Dalam hati, ni memang macam cacing je.. Nanti balik kelantan ktr gi rumah pok cik Samad deh.. Kasi pangkah itu perot.. hee...

Isnin still tak sempat nak bawak dia gi hospital. Hubby i ada keje kat kl. Nak harapkan  gi sorg memang tak la kan dengan keadaan alahan lagi (walaupun dah 7 bulan). Hubby pon tak kasi drive. So tunggu dia balik mlm tu jgk. Malam, still operasi 2 jam sekali check pampers. Tak de perubahan. Asyik terkicit je.

Hari selasa, lepas hubby habis meting dgn bos dia, bawak amsyar ke Puteri Specialist Hospital. Sebelum tu singgah dulu Pizza hut kat larkin. Makan-makan dulu sebab masa tu kul 1 lebih, klinik Dr Ismail tutup lunch hour. Gambar kat atas tu taken at Pizza hut la.. Nampak ceria je kan.. Macam tak de cirit. Akirnya kat pizza hut tu dia makan jugak sikit. Alhamdulillah..

Jumpa je doktor, doktor tengok punggung dia, terus cakap 'Amsyar kene admit ye'. Admit je la Amsyar... Mommy dah kesian tengok amsyar. 

Baru tahu. Rupanya budak kalu cirit birit, tak bole kasi minum susu. Tap kalu susu Ibu tak per.. SEEE...!! Terbukti Susu Ibu tiada tandingan dengan susu formula. So selasa tghari tu bermula la episod drama dengan amsyar.. Dia asyik mintak susu je.. i terpaksa tahan je bagi pelbagai alasan. Kesian tengok dia merengek. 


Time ni nangis sebab nak susu. Sampai selsema dia sebab nangis je.. Ramainya yg sakit.. Sampai tak de katil kosong. Since masa register tu dah kul 4, pastu katil pulak tak de kosong, kami dibenarkan balik rumah dulu. Ambik barang yang mana perlu. Kul 7.30 mlm baru pihak hospital call cakap ada katil kosong. Tu pon bilik 2 katil. single bed semua dah full..


Sebarang makanan berasaskan susu, semua kene stop.. Tak kira la susu pekat ke..susu soya ke..semua kene stop. Dia hanya dibenarkan minum air garam yang nurse kasi tu (perisa oren) & ribena je.. Kesian tengok dia. Sanggup dia tahan haus sebab tak nak minum air garam tu. Pastu ubat smecta nurse kasi 3 kali sehari. 

Kat wad tu i rasa macam azabnya... Dengan pregnant 7 months, kongsi katil dengan Amsyar. Tu pon merayu mintak single bed. Kalu ikut umur Amsyar dia nak kasi baby kot..Badan sakit2.. Tido pon tak cukup. Amsyar asyik sedar sebab mintak susu.

Alhamdulillah.. 1 malam je admit, dah boleh discaj ptg tadi. sebab amsyar dah mula makan. Tapi susu still tak bole minum sekurg2nya 3 hari lagi. So kami buat stok ribena banyak2..huhuhu..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...