Pilihan Botol Susu Untuk Newborn | A Sweet Life To Remember


MY POPULAR POSTS THIS MONTH

07 July 2013

Pilihan Botol Susu Untuk Newborn

Salam semua..

i tengah pening pk nak pilih jenis botol susu yang nak beli utk newborn. Sekarang macam2 pilihan ada. Tapi kene fikir samada ianya keperluan & kehendak sendiri. huhuhu.. Maksud i, nak beli sebotol or nak beli starter pack. memang la murah yang starter pack tapi dari pengalaman i, dah takut nak beli starter pack.

Masa 1st baby, i beli Avent starter pack. memang lengkap dengan botol kecik, botol besar, puting, semua la.. Tapi lepas bersalin, macam puting i tak pakai. Memang tak nak ajar anak hisap puting. Pastu anak i reject teats avent.. huhuhu.. sedey tgk. My hubby jeling je.. Macam2 brand i tukar. At last i direct feed je.. tapi since i nak 2nd baby, i ajar jgk dia guna bottle. I pernah buat entry pasal pilih botol susu untuk anak i.. bole baca kat SINI. NUK, Pureen, Dr Brown, semua tak jalan. Yang brand 1st year je dia terima.. Sampai la sekarang, pakai brand 1st year je..

So untuk 2nd baby memang dah berkira-kira nak belikan 1st year punya brand. Sebab dia breastflow. Since anak 1st i tak terima teats Avent, so 2nd baby maybe akan susah nak terima teat mcm avent & lain2 tu. Tapi 1 je i tak berapa suka dengan 1st year breast flow ni. kat teats tu dia ada 3 parts. Teats luar, Teats dalam & ring dia. Yang menjadi masalah, susu akan bertakung antara teats luar & dalam. Memang bole tekan2 supaya susu masuk balik dalam botol. tapi agak leceh & kekadang tak turun pon.


Macam kat gambar ni. Susu dia bertakung. Dengan kata lain akan berlaku permbaziran. Anak i memang takkan hisap or minum susu yang kat bertakung tu. Walaupun selepas i dah tekan2 & masukkan balik susu yang bertakung tu dalam botol dia.

Tu yang tengah cari brand lain. So far i dah survey avent natural flow, Mimijumi, Yoomi, Comotomo, & Mii. 

Avent Natural Flow - i reject awal2 la sebab teats dia lembut sikit je dari teats yang lama. beza tu je. SO tak nak abik risiko lagi try botol ni kat newborn i nanti.


Mii Product - Yang ni pon i tak berita confident. reject.


Comotomo ni i ada tanya jugak la seller2. semua cakap teats lagi lembut dari Mimijumi. tapi bole picit kat bawah tu (botol). nanti kalu tersalah picit, tak tersedak ke baby? hemm.. reject la dulu.

So far i tengah consider 2 brand ni.. Mimijumi & Yoomi. 


Dia ada 2 jenis iaitu Not So Hungry Bottle (120ml/4fl oz) & Very Hungry Bottle (240ml/8fl oz). Dia ada Replacement NIpples (flow rates 1 & 2). Mimijumi ni memang direka untuk baby tolak botol susu sebab dah biasa dengan mum breast. Baby confius nipple la dengan kata lain. 

Sedikit Info :

1- Puting Mimijumi
Dengan menggunakan teknologi terkini puting ini lembut seakan-akan puting ibu. Puting dibuat dari silikon yang selamat untuk bayi - mengikut piawaan yang telah ditetapkan dan tidak mengandungi latex. Bentuk dan warnanya juga dicipta khas untuk menyerupai payudara ibu. Jadi si manja anda tidak akan keliru puting!


2- Material
Botolnya diperibuat daripada plastik EMS Grilamid XE-3997 dari Switzerland dan memang terbukti selamat dan mendapat kelulusan antrabangsa. Lebih baik daripada plastik jenis PC, PP dan PES.
Biarpun botol ini diperbuat daripada plastik namun ianya jernih dan tebal seakan kaca. Namun ianya ringan dan mudah dipegang oleh bayi anda. Dan ianya juga tergolong dalam Eco-Friendly Bottle

3- "Wide Neck style" (Leher Botol Yang Luas)
Memudahkan proses pembersihan di bahagian dalam botol. Sekiranya anda ingin mensteril botol ini, sila buka plastik di bawah botol ini ya. Sebab botol nih boleh bukak dari bahagian bawah dan atas.


4- BPA Free, Lead, Phthalates, Latex.

5- Tidak Perlu Kerap Membeli Botol
Walaupun harganya agak mahal namun botol ini boleh digunakan sehingga 3 tahun dan boleh disteril sehingga 10ribu kali! Manakala putingnya tahan sehingga 6-8 bulan. Bermaksud? Anda cuma perlu beli sekali sahaja dan anda boleh menggunakan botol yang sama untuk anak² yang seterusnya. Jimat kan? (* Puting perlu tukar setahun 2 kali di bawah penggunaan normal)

6- Harga Di Malaysia
Harga kat Malaysia paling murah pernah aku jumpa dekat One Baby World or azasbabymate RM68 & RM87, untuk sparepart mimijumi nipple pulak 1 pack dalam RM43. Macam mahal jugak tapi kalau untuk anak kita sanggup je pun berhabisan kan?

Details i cerita pasal mimijumi ni.. hee... Hati dah berkenan oke.. sebelum tu kita tengok pulak yoomi self warming bottle. Ni pon macam ok jugak..


Dia ada 2 jenis saiz botol iaitu 5 oz & 8 oz. Dia ada 3 jenis teats iaitu slow, medium & fast flow teats. 

Sedikit Info :

1- Yoomi memudah proses penyusuan, sesuai untuk penyusuan pada waktu malam (waktu tidur). Yoomi warmer akan meyediakan susu ibu dengan suhu susu ibu sebenar dalam masa 60 saat sahaja.

2- Bole dibawa ke mana tanpa perlu menyediakan or mancari air panas ketika outing with ur baby.

3- Yoomi tak akan overheat susu. Kalau overheat kan nutrient or zat dalam susu ibu akan rosak.

4- Harga amat berpatutan. Yoomi warmer boleh caj sehingga 100 kali caj (boil in hot water for 25 minutes) with no plugs, batteries & etc.

5- Puting botol susu ni breast like teat shape. Ada 6 anti colic vents. BPA free.




Hemm.. yg mana 1 ye.. ada x mommies yang pakai yoomi bottles ni? kali review sikit. kalu mimijumi tu memang dah ramai yang pakai.

6 comments:

Anonymous said... Reply To This Comment

3rd bby saya pun reject Avent,MAM, Nuk.nak guna yoomi jer sbb teat mmg lembut.warmer pun mmg senang nk guna klu outing.pilih yoomi sbb senang nk handle ebm klu hubby yg bw anak ke klinik..kelebihan yoomi sbb bole self heating compare to mimijumi

Ernyfaznie said... Reply To This Comment

ye ke..ok eh yoomi? ada baca dia punya self heating tu mudah rosak.

Anonymous said... Reply To This Comment

Ada update tak pasal botol tu? I tgh tengok botol untuk my first baby born jugak. Yoomi tu mcm menarik. My sis baru guna jk.. so far dia ckp ok. Dia beli kat sini http://cilixstore.weebly.com siap free shipping lagi.

Ernyfaznie said... Reply To This Comment

nt i buat entry baru ye.. skrg ni baby i pakai pegion.

Unknown said... Reply To This Comment

Dkt mne nk cri

Ernyfaznie said... Reply To This Comment

@Nor Amira Amira botol pegion kat tesco, jusco ada jual.. online pon ada..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...