Ikut Orang Yang Berjaya | A Sweet Life To Remember


MY POPULAR POSTS THIS MONTH

13 June 2012

Ikut Orang Yang Berjaya

Himpunan Mutiara Kata Yang Menjadi Kunci Kejayaan

Orang yg berjaya ialah orang yg melakukan tindakan
yg tidak mampu diimaginasikan oleh orang lain,
malah tidak mampu dilakukan oleh orang besar sekalipun.

Orang yg berjaya juga mampu menimbulkan perasaan kagum
serta takjub orang lain kerana kejayaan dan kehebatannya.

Orang yg berjaya tidak hidup di pinggir peristiwa, bukan
orang yg kosong tanpa nilai dan bukan orang yg hanya
menjadi pelengkap.

Antara akhlak orang yg berjaya adalah optimis dan
tidak berputus asa, mampu memperbaiki kesalahannya
dan keluar daripada krisis serta mengubah kerugian
menjadi keuntungan


Kelmarin sudah berlalu, hari ini sedang berjalan,
esok belum tiba. Maka gunalah kesempatan hari ini
kerana kesempatan itu ialah harta yg terpendam.

Tindakan orang mukmin itu
Tidak lepas dari akal yg sentiasa berfikir
Pandangan yg sentiasa membina
Lisan yg sentiasa berzikir
Hati yg sentiasa bersyukur
Bersungguh-sungguh untuk bersabar dalam bekerja


Orang yg berjaya, waktu rehatnya adalah seperti kerja
dan waktu kerja pula seakan2 istirehat baginya(kerana
terlalu seronok dengan apa yg dilakukannya).

Orang yg berjaya diredai Allah kerana keimanannya,
Disayangi keluarga kerana kelembutannya
Dicintai manusia kerana akhlaknya,
Dicintai masyarakat kerana manfaat yg diberikannya.


Orang yg berjaya, akalnya tidak tergugat dengan nafsunya,
Kesabarannya tidak tergugat oleh kelemahan dirinya
Dan tidak terpedaya oleh hasutan serta tidak disibukkan oleh
sesuatu yg tidak bermanfaat.

Orang yg berjaya sentiasa memelihara potensi dirinya dan
potensi diri orang di sekelilingnya. Mereka tidak akan
mensia-siakan dan merosakkanya.


Kesimpulan
Orang yg berjaya datangnya daripada minda yg cekap
dan cergas, ditimbang oleh hati nurani yg penuh berhikmah
dan sentiasa didokong oleh jasad dan jasmani yg sihat.


Dipetik daripada buku Kunci Kejayaan Minda Oleh Dr 'Aidh Abdullah Al-Qarni


For details:
Call / sms / viber / whatsupp
017-3300036
or
email
babyalanis2800@yahoo.com

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...