Pengalaman bersalin Part 1 | A Sweet Life To Remember


MY POPULAR POSTS THIS MONTH

30 October 2013

Pengalaman bersalin Part 1

Hari ni 31 hari berpantang. My baby Azfar dah 1 month..13 days to go for confinement.. Alhamdulillah..Sekejap je rasa. Masih terasa sakit bersalin. Macam baru je bersalin.. Hari ni baru ada kesempatan buat entry pengalaman bersalin.

Deliver kali ni memang berbeza dengan anak 1st. Kalau yg anak 1st, i tak pernah rasa sakit main2 org kata.. Tak de sakit cuma sakit badan tu normal la kan.. Contraction memang tak pernah rasa sebelum nak deliver anak 1st. Tapi kali ni, kerap rasa contraction. 

18 September 2013 (Rabu)
Check up setiap 2 minggu sekali jadi rutin since i tak de masalah ketika pregnant. Kebanyakkan kawan2 i masuk je 36 weeks dah start check up seminggu sekali. Tapi i tidak. Alhamdulillah.. diberi kesihatan yang baik cuma alahan je still ada.

Masa check up ni i dah 37 weeks 5 days. Berat i masa ni 92kg (mak ooiii.... lepas ni mmg diet giler2 la..). Since my husband keje di Johor. I nak dia ada masa i deliver nanti. So bila kami kira2, kalu i tetiba sakit or turun tanda seperti pecah ketuban, memang husband i tak sempat sampai sebelum i deliver. ye la..Mau jugak 8 jam baru sampai sini. Tu naik motor. flight pulak blom tentu ada sebab Firefly hanya buat pada hari2 tertentu shj utk penerbangan dari JB-KB. I pulak jenis senang bersalin kalau lepas pecah ketuban. pengalaman anak 1st dl, pecah ketuban kul 2pm, doktor jangka bersalin tengah malam, tapi kul 6.40pm i dah bersalin. So we decide i bincang dgn doktor dulu utk arrange masa. Tengok condition baby i, agak2 bila bersalin semua tu. Lepas cek jalan, bukak hanya 0.5cm. Tak sampai 1cm & masih keras kata doktor Awang. So dia suggest i tunggu turun tanda jugak. Tapi kalau tak ada turun tanda, doktor dah tetapkan tarikh 29 september utk induce. Kira 29 sept tu i dah 39 weeks 2 days. So doktor mintak my husband minta cuti time tu.

But..ada different condition my husband kene terus balik. Doktor Awang siap sketch kat kertas & lekatkan kat buku check up i lagi.. thumbs up for this doktor. That's why i choose him for my genea. 1 more thing, if ada apa2, just give him a text. So xperlu ulang alik ke hospital selagi dia blom kasi green light. Tak de la dok keje ulang alik ke hospital tapi blom nak bersalin kan..

1st, kalu ada turun tanda seperti lendir berdarah, doktor kata i bole terus tel husband suruh balik tapi husband tak perlu tergesa2. I pulak tak perlu terus ke hospital. Tunggu sehingga rasa sakit secara tetap or consistent. Mula2 akan sakit 1 jam sekali, menjadi lagi kerap 30 minit sekali, 20 minit sekali, 15 minit sekali dan seterusnya. If i dah tak tahan dah sakit masa 30 minit sekali, now bole ke hospital.

2nd condition, kalau i ada keluar air means pecah ketuban. Mcam mana nak kesan itu adalah air ketuban, air ketuban akan keluar terus banyak. Kalau pakai pad, akan boleh perah pad tu. Kalau berada atas tilam, akan basah lencun tilam tu. Air yang keluar tu tak berwarna, tak berbau seperti air kencing. Apabila pecah ketuban, perlu segera ke hospital walaupun tidak sakit sebab kemungkinan untuk mendapat jangkitan kuman dari vagina amatlah tinggi. Ini boleh membahayakan baby selain baby bole jadi lemas.

Since i tak pernah rasa sakit contraction, doktor bagitau macam mana rasa sakit tu. Contraction akan mula sakit dari bawah pusat sampai ke bawah (ari-ari), lepas tu tulang belakang jadi sakit. Perut pulak memulas2 & nyucuk2.. Itu tanda contraction. Ok.. i akan berwaspada dok..

Ok.. Since doktor dah bagitau i secara details, tugas i pulak utk inform my husband. 29hb dipilih kerana jatuh pada hari ahad, so menyenangkan my hubby ambil cuti & balik kelantan.

22 September 2013 (Ahad)
Seperti hari2 biasa, dari 18hb i dah start minum air rendaman akar kacip fatimah. Ada yang panggil bunga kacip fatimah. Air kelapa jugak tiap2 hari i minum. Tiap2 hari jugak i aktif ke sana sini dengan mama i..Biasa la. kalu balik kb memang ada je aktiviti dgn mama i ni. KBMall kekdang pergi tiap2 hari, Pasar TEMAN memang selang sehari pergi. Teman mama beli sayur2. I pulak, sementara tunggu mama beli barang tu, dah tak larat nak ikut dia sebab dia jalan laju..hee... so i lepak kat gerai minum. Memang famous Teh o Beng Kaw & Meehoon celup. I sampai je tuan gerai dah tau apa yang i nak. hee.. Dah selang sehari pergi mana org tak kenal kan.. Dah la tgh sarat giler..huhuhu...

Petang masa i nak mandi, I noticed ada keluar lendir coklat bercampur putih macam nak habis period. Perut pulak memang seharian dok rasa nyucuk2 dari bawah pusat ke bawah.. Baby banyak mengeras sampai i rasa susah nak bergerak. Tapi baby tak banyak bergerak macam selalu. Maybe sebab dia mengeras dia jadi kurang bergerak..Apa lagi..kaget la sikit i.. terus text dr Awang samada itu tanda nak bersalin ke x.. Sebab kalu betul, i nak tel husband mintak dia balik.. Dia tya sakit belakang ke tak.? I bagitau dia dari belakang sampai bawah rasa lenguh2, kekadang rasa nak buang air besar tapi tak keluar. Terus doktor reply balik text i..OK-boleh suruh suami balik-- Tak perlu gadoh2..hee.. (tak perlu nak tergesa-gesa)


---To be continued in Pengalaman bersalin Part 2--- Anak i nangis...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...