MY POPULAR POSTS THIS MONTH

Showing posts with label Review. Show all posts
Showing posts with label Review. Show all posts

22 August 2015

sabun pencuci baju untuk mesin basuh front loading

Tengok tajuk macam xde benda lain je nak share kan.  Huhuhu.. Sebenarnya mng dok search lama dah sabun basuh baju yang memang kurang buih, khas untuk mesin basuh front loading.

Yang pakai mesin basuh front loading perlu alert ye. Mesin jenis bukak pintu dpn ni bukan sebarangan sabun boleh pakai. Kalau yang jenis sekali dgn dryer tu lagi la tak boleh pakai sabun biasa yang buih banyak sangat tu. Jawapnya rosak itu ini la.

Pengalaman i sendiri. Dulu pakai mesin basuh biasa je. Since mesin basuh tu rosak, nak baiki pon mcm dpt beli baru, so beli je la kan. Nak jadi cerita i memang dah lama target nak beli yang front loading ni. Memandangkan harganya boleh tahan sangat & mesin basuh lama masih elok, sabar je tahan nafsu.  Kuang kuang kuang.. Bila rosak je apa lagi. Memang beli yang idaman kalbu la kan.

Cari punya cari abik la jenis samsung. Abik yang ada dryer sekali since nak beli asing2 dryer mana nak letak ooii... Tempat sempit giler kat belakang bahagian laundry. I abik yang 8kg, tapi dryer dia boleh 5kg. Nak beli yang muat toto sekali terpaksa lupakan ye sebab space xde. Lagi 1 harga dia mak aii.. bole buat bayar loan rumah.. huhuhu..

samsung dryer

So i memang xde pengalaman la kan pakai front loading. So bantai la pakai sabun yang sebelum ni pakai. Lagi suka nampak buih2 tu. Anak2 sampai dok tgk je. Tp sebenarnya buih2 tu la penyebab rosak heater tau. Buih2 tu perangkap debu2 then masuk ke kawasan heater. Jadi tersumbat la. So bila heater tu xleh pakai, i call customer service, sia dtg tukar 1 brg terus. Dia siap tunjuk lagi segumpal debu2 yang dah kering jadi mcm bola gitu. Pergh.. Nasib baik la masih under warranty. Kalu x terbang rm500 lbh. Mahal giler spare part dia. So i pon dinasihatkan kurangkan penggunaan sabun tu. Tapi mana tahan beb. Rasa mcm x bersih je baju. 2 bulan pastu rosak balik. Haiya.. nasib masih under warranty. Rosak sikit je tp samsung malas nak panjang cerita tukar semua terus.. huhuhu.. lab u la samsung..

So hubby kata beli la sabun khas dia tu. Yang kurang buih or low sud orang puteh panggil. Huhuhu.. mahal nak mampus sabun dia. So cari la kat tesco tebrau yang seangkatan dengannya tapi murah. At last jupe jugak sabun yang murah. Win low Suds Fabricare. Harga dia rm16 lebih je utk 3kg.

win low suds

win low suds

win low suds

win low suds

Guna sampai sekarang belum habis. Kalu ikutkan dah nak masuk 2 bulan guna sabun ni. Tiap2 hari cuci baju. Ok la kan. Tapi pada i sabun ni bau tak berapa best. Will try out another brand nt. Tunggu habis dulu yang ni. Dari wegi bersih tu memang bersih la. Kurang buih. Kalu dulu pakai yang biasa buih dia byk sampai xnampak kain dlm tu. Tapi ni masih under control buih dia. Xlebih setengah dari cermin mesin basuh tu. Ok la kan. Si dia xnaik ke heater.

21 June 2015

Review : susu dugro4 fruit & veg

Qaiser Amsyar aka along memang tak makan nasi langsung. Mommy dia ni dah habis cara dah nak buat dia makan nasi. Sampai nangis2 & muntah bila paksa. Makanan yang selalu dia makan donut, roti, biskut2, jajan & susu. Pernah jugak sekali cuba x sediakan jajan, biskut, roti yg dia makan. Memang ada nasi je kat rumah. Sanggup dia tahan lapar. Hanya minum susu je. Dengan umur dia nak masuk 5 tahun, susu tu dikira sampingan sahaja. Makanan berat yang patut jadi makanan utama. Disebabkan i xkasi dia makan jajan biskut semua tu, dia kene gastrik. Haiyoo.. pening den. At last sedia jugak la semua tu kat rumah. Saper pernah dtg rumah i tau la camner. Biskut pelbagai jenis biskut i letak dalam 1 bakul utk dia pilih yang mana dia nak makan. Roti ada berpuluh roti kalu sekali gi borong. Jajan xyah cakap la. Siap sorok kuarkan 2 paket 1 hari.

Berlainan dengan Qamar Azfar aka angah. Makan apa sahaja. Batu kayu pon dia x tolak tau. Kalu dok jejalan kat luar kene sentiasa perhati je. Takut dia kutip batu2 pastu gigit. 

Berbalik pada tujuan entry ni. Banyak pulak tazkirah sebelum review ye. Hihihi.. Anak2 i memang both minum susu similac. Yang along similac step 4, angah semilac step 3. Yang si adik Qisya memang breastfeed je. So since dah dapat adik baru, budget pon kene la share2 oke.. so kami decide tukar susu along. Downgrade sikit tapi tetap pilih yang berkualiti. Bukan downgrade sebarangan ye. Cari yang murah sikit la.

Memang dah pasang niat nak kasi try susu baru, tetiba dia cirit birit pulak. So tunggu la sampai ok sikit cirit baru start beli susu baru. Masa tu memang dah servey2 susu yang sesuai dengan along yang kurang makan & of course tak berkhasiat. Google punya google, banyak review yang i baca suggest dugro4 with fruit & veg. Yang baru punya.


Gambar ni i snap masa nak beli di Econsave Taman Daya Johor Bahru. Harga dia rm29.65 untuk 900g. Dia memang xde dalam tin macam similac. Dalam pack je & yang paling besar pon pack 900g ni la. Lagi satu kecik sikit iaitu 600g. Pasaraya lain i xpasti pulak harganya..

Seperti yang kita dah sedia maklum, susu brand dumex ni memang dah lama wujud. Dari zaman i kecik lagi dah ada susu dumex ni. Tapi yang ni dumex dugro4 fruit & veg ni yang baharu dan sudah dipertingkatkan. Kebaikan susu ni ialah ianya membekalkan 75% nurtien seharian yang diperlukan oleh anak dengan gabungan khasiat dari 13 jenis ektrak buah-buahan dan sayur-sayuran. Ianya terdapat dalam 1-3 tahun, 3-6 tahun dan 6 tahun ke atas dengan 0% sukrosa. Along minum yang untul 3-6 tahun. Susu ni dirumus berdasarkan rujukan Saranan Pengambilan Nutrien Malaysia (RNI). Rasa dia pulak manis2 buah gitu. I tau sebab i try minum sikit sebelum kasi along. Hee..


Gambar diatas adalah maklumat khasiat bagi setiap pack. Manakala gambar bawah ni cara penyediaan &  amalan penyimpanan.


Kalu tengok dalam gambar cara penyediaan tu, utk yang along punya kene bancuh 5 sudu atau scoop dengan 7.5 oz lebih kurang. Kalu 8 oz 240ml. Tapi i x ikut sukatan tu. Along x berapa suka rasa manis buah dia tu. Selalu minum tak habis. So i kurangkan sikit. I bancuh 7 oz dengam 4 scoop. Since dalam pack ni dia xkasi scoop, so i guna scoop yang similac dulu.

Setakat ni alhamdulillah along suka minum susu dumex dugro4 fruit & veg ni. Dari segi poo poo, kalu dulu selalu dia poo poo butir2 macam taik kambing. Hahaha.. sejak consume susu ni nampak poo poo dia biasa. Tak de keras sgt sampai biji2 macam sebelum & x cair sangat. Lagi satu selera makan dia pon makin bertambah. Alhamdulillah..

15 May 2015

vitamin selepas bersalin

Salam semua..

Hari ni i nak share jenis-jenis vitamin yang i consume ketika dalam pantang. Kebanyakkan vitamin ni doktor Tokha yang kasi ye. Bukan i suka suki beli sendiri vitamin ni. Biasa lepas bersalin ubat yang selalu i dapat, ponstan, ubat sembelit & vitamin c kalu tak silap. Tapi kali ni satu plastik ubat sahaja doktor kasi.huhuhu... Siap pesan lagi sila & tolong habis kan semua ubat yang saya dah beri ni.

1) Acoxia

  • Lupa nak snap picture ubat Acoxia. Ianya sejenis ubat tahan sakit. Setahu i ia ubat tahan sakit yang paling kuat rasanya. Kira sakit teruk abik acoxia confirm ok. Bole makan sekali sehari sahaja. Doktor kasi pon tak banyak sebab under control ubat tu. I makan bila ada rasa sakit dlm perut atau rengat je.

2) Maltofer Fol Chewable Tablets


  • I tak pernah dapat ubat ni. Dari pembacaan i kat kotak tu, ubat ni gabungan iron & folic asid untuk mengelakkan berlakunya kekurangan iron dan folic asid sebelum, semasa dan selepas mengandung (ketika menyusu). Makan sekali sehari je.rasa dia manis.

3) Pharma Nord Bio-D3 800 IU Cholecalciferol
  • Ni pon sama. Dengan doktor Tokha ubat yg dapat semuanya belum pernah makan. Dari kotak jugak i baca ianya vitamin D. Biji dia kecik-kecik macam fish oil tapi kecik sangat. Anak i juandis dia tak tinggi sangat agaknya sebab i makan vitamin D ni kot. Ye la. Biasa kan orang tua suruh jemur baby kalu kene juandis sebab bila kene vitamin D, kuning akan turun. So ni i siap makan suplimen vitamin D lagi. Hahaha... Makan sebiji sehari je.

4) Proscal - Pil Kalsium
  • Pil kalsium ni memang i ambik dari pregnant lagi. Doktor memang dah kasi awal-awal. Sekali makan 3 biji, sekali sehari. Tapi masa i pregnant i makan 6 biji sekali sehari. Sebabnya i pernah kene sembelit ketika mengandung. So doktor Tokha cakap pil kalsium ni bole abik banyak. Selagi bole telan. Sebab doa dia kecik je dalam 1 pil. Sebab tu sehari 3 biji kene telan. Tapi lepas i makan 6 biji, terus tak ada sembelit.

5) Duphalac
  • Ni ubat biasa yang i abik selepas bersalin. Ubat ni untuk melembutkan najis. So bila nak poo poo tu tak ada la meneran sangat kan. S tak ada la fobia rasa nak poo poo. Takut tempat jahit tu terbuka ke apa. 

6) Sheep Placenta
  • Ni pulak ubat yang famous di kalangan patient doktor Tokha. Sampai ada yang ke klinik doktor hanya untuk beli sheep placenta ni.Makan sebiji sehari.

7) Virgin Coconut Oil (VCO)
  • VCO ni i consume bila dah start masuk 3rd trimester. Ianya untuk mengelakkan sembelit, untuk memudahkan proses bersalin (sebab minyak), bole kawal nafsu makan & kulit baby nanti jadi cantik. Ni pon i beli dengan doktor Tokha.

8) Susu kambing HiGoat
  • Memang dah sedia maklum susu kambing bagus untuk kurangkan juandis baby. Lagi bagus kasi pure susu kambing. Tapi i nak senang, abik yang segera jenama higoat ni je. Bukan kasi kat baby ye. No..no..no... i yang minum, then baby breastfeed.

9) Nano Centa
  • Nano centa i start consume start day 20. Later i buat review nano centa ni ye. Secara ringkasnya nano centa ni sejenis kolagen. Sangat elok untuk kulit. Lagi satu ianya boleh banyakkan susu ibu sebab kandungan dia ada habbatusauda & madu. Rasa dia sedap sangat.

10) Glucos Cut (GC Tea)
  • Yang ni i ada buat review. Klik Sini

13 May 2015

pilihan botol susu anak-anak

Salam semua..

Dah lama i nak buat entry ni. Asyik tertangguh je. Sebelum ni i pernah buat entry pilihan pilihan botol susu untuk newborn. Masa tu i tengah pening nak beli botol susu untuk anak no 2. Sekarang ni dah ada newborn no 3 pulak. Hee... Baru nak update new entry pasal botol susu mintak ampun ye pada readers yg bertanya kat entry sebelum.

I story dari anak 1st ye. Dulu dia pakai botol brand 1st year breastflow. Since susah nak dapatkan stok botol ni, asyik kene kirim kat mak cik yang kat putrajaya beli, so i try tukar pada avent. Bukan avent yang baru ye. Ni yg jenis lama punya. Botol avent biasa. Alhamdulilah dia terima. Yeay.! Kalu sebelum ni avent dia reject. So senang la sikit dapatkan stok botol susu ni nanti.

newborn breastflow 1st year
1st year breastflow bottle

Anak 2nd pulak, dari entry sebelum ni, i ada survey 3-4 jenis botol, i pilih mimi jumi. I beli online masa pregnant. Tapi bila i kasi kat baby, asyik tersedak je. Rupanya dekat nipple dia tu hanya ada 1 lubang, yg memang akan buat susu terpancut keluar. Kira kalu terbalikkan botol susu tu pon still kuar. Laju pulak tu. Dari segi lembut nipple, memang terbaik. Lembut je. Tapi pada i x sesuai dgn newborn.

mimijumi
Mimijumi bottle

So i try PIGEON peristaltic PLUS PPSU bottle. Sekali cuba je terus anak 2nd i masa tu masih dalam pantang hisap dengan jayanya.. hahaha...

Pigeon peristaltic Plus bottle

Botol ni BPA FREE pastu warna botol pon kekuningan sikit sebab material botol ni PPSU (Polyphenylsulfone). Bukan macam botol plastik biasa ye. Kelebihan PPSU ni boleh mencapai tahan kepanasan sampai 180 darjah celcius dalam proses sterilizer & tahan lasak !

pigeon nipples

Yang lagi specialnya bentuk nipple dia tu yang buat anak i accept botol ni. Kalau tak hisap, susu takkan keluar. So tak kan terjadi tersedak susu la kan macam masa anak i minum pakai botol mimijumi. Keselamatan anak tu penting tau.

newborn pergerakkan mulut
Pergerakkan mulut bayi ketika menghisap susu.

Kira nipples botol ni ikut konsep pergerakkan mulut baby seperti breastfeed. Nipples dia pulak ada 4 saiz dari SS sampai la L mengikut umur.


Now my 3rd baby is a girl..! Yeay.. haih.. macam nak lari topik pulak ye erny. Later i citer pasal newborn baby girl ye.

Untuk newborn ni i memang seriously xbeli langsung botol susu. Sebabnya i dah dapat free botol susu MAM masa i beli Contour Double Stroller. So malas nak pk, try dl botol MAM tu kat newborn baru la try & error kalu dia reject botol MAM.

Since i memang tak nak botol susu brand sama untuk setiap anak, kira ok la dapat free botol MAM. Bukan apa. Nak mengelakkan berlakunya pertukaran puting.huhuhu.. setiap puting lain saiz untuk setiap umur. Kang ada jugak abg guna puting adik, adik guna puting abg. Salah satu sebab lagi jenia susu pon lain. So kalu botol brand lain, so boleh bezakan yg mana 1 susu diorang lepas bancuh.

newborn MAM

Setakat ni my newborn baby bole terima puting botol susu MAM ni. Keistimewaan botol MAM of course la design dia comel..hee... Pastu botol ni BPA FREE. Anti colic sebab rongga-rongga di bawah botol susu yang membolehkan udara keluar dan masuk ke dalam botol susu tanpa mengganggu pengaliran susu keluar dari puting botol. NO nipple confusion ni memang betul sebab baby i tak confuse pon bila dia lepas minum susu dengan botol then i continue dengan direct feeding, dia hisap elok. Tak de la reject kejap nipple i ke apa.

newborn MAM

Lagi satu setiap part boleh dibuka & dicuci. Yang ni i tak berapa gemar sikit. Bukan sebab boleh buka cuci tapi kekadang pasang tak betul dah susunya keluar dari bawah. So wait & see je la berapa lama baby newborn i dapat bertahan dengan botol susu MAM ni.

01 May 2015

Blogger Area Media Expert (Advertorial Murah)

Assalamualaikum.. Almost 2 month tak update blog kesayangan ni. Bukan malas tapi tak sempat nak update since pregnant in 3rd trimester. And now, i dah pon selamat bersalin baby girl. Later i buat entry perkenalkan my new baby. Hari ni dah masuk hari ke 22 berpantang. Alhamdulillah..

Kali ni i nak share sesuatu yang sangat berguna pada peniaga-peniaga terutamanya yang berniaga online secara fulltime or part time macam i ni. Bila dah masuk bab berniaga, berniaga la apa sahaja, marketing adalah yang paling penting. Even niaga nasi lemak sekali pon tetap perlukan marketing. Nowdays ramai peniaga yang buat marketing thru facebook, blog, instagram dan sebagainya. Setiap marketing of course la ada nilai or harganya, Sampaikan artis pon ada buat review untuk peniaga-peniaga online. Confirm la makin mencanak sales bila dah masuk blog or instagram artis kan, Tetapi... Ada tetapi ye.. Kalu tak ada minimum RM300, tak yah la berangan nak masuk yang artis punya.

Meh baca details kat bawah ni. Confirm sangat berbaloi untuk peniaga diluar sana termasuklah rakan niaga saya juga ye. Take note ye kawan-kawan..


blog business

 Blogger Area Media Expert(B.A.M.E) menyediakan sebuah  platform kepada peniaga online/offline untuk memperkenalkan produk mereka kepada pelanggan baru dan lama melalui konsep advertorial. Ini memudahkan peniaga kerana semua blogger di bawah pengurusan B.A.M.E mengenakan kadar bayaran yang berpatutan dan murah berbanding blogger blogger yang bukan di bawah pengurusan B.A.M.E . Sebarang maklumat lanjut,sila hubungi Tuan Blogger Area di facebook.

Harga murah

Apa itu konsep advertorial?contoh?
Advertorial = Advertising + Editorial (pengiklanan dalam bentuk editorial)
Kita dapat melihat syarikat syarikat besar menggunakan servis ini sebagai medium mendekati pelanggan dengan menganjurkan event dan pelbagai aktiviti disamping memberi bayaran kepada blogger berkenaan.

feedback

Kenapa anda perlu beriklan dengan B.A.M.E?
1: Murah Sangat, Bukan rm 300 , bukan RM 200... hanya RM XX
2:Mudah Sangat, Beri input dan tajuk.
3:Menarik : 10 ribu blogger sedia membantu perniagaan anda...

Cara hebahan

Tercetusnya idea Pay Per Post ini adalah kerana Tuan Blogger Area selalu mendapat aduan bahawa kos pengiklanan di sesetengah blog amatlah tinggi dan kadangkala tidak masuk akal. Maka Blogger Area yang memiliki lebih daripada 10 ribu orang blogger aktif menubuhkan B.A.M.E untuk menawarkan pengiklanan yang jauh lebih murah, berpatutan serta berkualiti. Mengikut kajian, sesebuah produk baru perlu mendapat pendedahan advertorial lebih kurang 5 hingga 10 untuk mendapat hebahan yang secukupnya.

Berminat untuk beriklan dengan harga terendah?
Hubungi Tuan Blogger Area di Facebook

02 February 2015

Produk Sweet & Cozy memang superb..!

Welcome February.. tik tok tik tok.. dah x lama dah nak masuk bln 4. Due hujung bln 4. Sekarang ni tgh giat siapkan baby stuff. Cuma add up yang mana x cukup je.

Hari ni agak happy sebab barang baby yang i order baru je sampai. Hee..semua comel2. Kalau sebelum ni i cari cotton flannel cari utk buat bedung baby. Settle sudah yang tu. Bole tgk entrynya kat SINI. Tapi bab baby binder memang i suka order dengan akk Sweet & Cozy ni. Dia punya printed semua cantek2. Masa dlm pantang anak ke 2 i beli cloth wipes, baby binder, cloth breast pad & large receiving blanket. Meh jamu mata dengan barang yg i dah terima ni.

Ni baby binder. Harga dia 1 set (2pcs) rm16. Beli 3 set rm45. I beli 3 set semuanya velcro. Memudahkan keje i nanti if baby aktif mcm abg Azfar dia nanti. Huhuhu.. Yang bertali pon dia ada jual.

Ni pulak cloth wipes. Harga dia rm6 per pcs, beli 6 rm30. I suka cloth wipes ni sebab lembut sangat. Memang sesuai utk kulit baby. Belah belakang ti mcm kain minky gitu.

Ni pulak cloth breast pad. Kulit i jenis sensitif. So memang xleh nak pakai yang disposable breastpad. Jadi gatal2 pulak. Tapi yang sweet cozy ni memang best sgt. Ni i beli 2 pasang. Yang lama punya dah ada 2 pasang. Kira ok la. Cukup la tu..

20 January 2015

Software edit gambar

Salam..
Kali ni nak share sikit software yang i guna untuk edit gambar-gambar. nak letak watermark, combine picture semua tu. Dah lama i pakai software ni. So far yang ni je software yg agak friendly dengan i. I bukannya reti sgt edit2 gambar ni. So memang sangat perlu software yang memudahkan kerja & tak perlu nak belajar lama. Free Download yang paling penting.

PhotoScape. Dulu i pakai PhotoScape 3.0. Pastu dia sentiasa upgrade. sekarang ni PhotoScape 3.7 dah. u'ols boleh google software ni or TEKAN SINI utk free download. I dah link siap2 utk u'ols.

photo editor

Photoscape is a freeware photo editing utility that offers a lot of features. It has a reputation for being a very-high quality software package, rivaling even commercial image editing suites in terms of quality.


Photoscape offers many Key Features :
  • Viewer: View photos in your folder, create a slideshow
  • Editor: resizing, brightness and color adjustment, white balance, backlight correction, frames, balloons, mosaic mode, adding text, drawing pictures, cropping, filters, red eye removal, blooming
  • Batch editor: Batch edit multiple photos
  • Page: Merge multiple photos on the page frame to create one final photo
  • Combine: Attach multiple photos vertically or horizontally to create one final photo
  • Animated GIF: Use multiple photos to create a final animated photo
  • Print: Print portrait shots, carte de visites(CDV), passport photos
  • Splitter: Slice a photo into several pieces
  • Screen Capture: Capture your screenshot and save it
  • Color picker : Zoom in on images, search and pick a color
  • Rename: Change photo file names in batch mode
  • Raw Converter: Convert RAW to JPG
  • Paper Print: Print lined, graph, music and calendar paper
  • Face Search: Find similar faces on the Internet 

U'ols xperlukan kelas or toturial pon nak blaja guna sofware ni. Try je 1 by 1. Senang sangat function dia. Semalam i sempat edit gambar anak teruna sulong i. Dah umut 4y baru ada masa nak edit gambar dia. huhuhu... sorry syg.. mommy ni busy la sgt. Ni i edit gambar dia dari newborn sampai la 1y. Dah pon edit kat About Me. Nanti insyaallah ada masa nak edit yang adik dia pulak.

19 August 2014

Mille Crepe Cakes

I just nak share dengan u'ols about Mille Crepe Cakes.. I memang dah lama cari mille crepe ni. X pernah rasa pon tapi famous giler. Orang kata sedap. So i decide nak beli utk celebrate birthday husband i. The thing is, mille crepe tu mesti best in town. I  memang nak rasa yang paling sedap. Kat JB ni memang susah sangat nak cari bakers yang buat mille crepe. Almaklum la mille crepe ni kan layer2 dekat 20 layer crepe. Bukan senang oke nak buat. So i google, terjumpa la 1 website ni. 


Humble Beginnings ada jual mille crepe, cheese cakes & sponge cakes. Yang paling penting ada sijil HALAL. Ada delivery servic also.. I LIKE..! bole delivery di mana2 area Johor Bahru, Kuala Lumpur/Petaling Jaya, Penang/Prai & Singapore. Kalau Jb delivery radius dia dlm 20km daripada Holiday Plaza. Tapi i try je sms tya ada sampai rumah x area Bandar Dato' Onn. Then she said OK..! Memandangkan Humble Beginnings Mille Crepes buat fresh based on order, so kena order at least 2 hari advance or 1 week advamce kalau musim perayaan.

Kalau nak try crepe ni by slice pon boleh. Tapi kene ke kedai Humble beginnings. Dia punya store hanya ada 5 iaitu di Bangsar, City Square, KLCC, Queensbay & Straits Quay. Kalau untuk delivery pulak, u'ols boleh contact:

JB                  0126358035
KL/PJ            0172458035
Penang/Prai    0124858035
Singapore       6564921695

**Sedikit info copy dari website dia..

What are Humble Beginnings Mille Crepes?

Humble Beginnings’ Creations are essentially Mille Crepes. A Mille Crepe is a French Cake with “mille” meaning “a thousand”.

In our Creations, there are 20 layers of crepes with a delightful combination of Fresh Cream and Vanilla Custard between each layer.

The topmost layer is caramelized to give it a nice smoky sugary flavour. Everything is hand-made and hand-layered; a true labour of love.

Prices start from only RM72.00. 

Jom kita tengok flavour. Dia ada 18 flavour. Semuanya nampak sangat yummy..!

 Cheesy Cheese

 Coffee Bliss

 French Vanilla

 Mango Cheese

 Oreos Cookies 'n' Cream

 Pandan Kaya

 Peach Passion

 Peanut Butter Blueberry

 Reese's Surprise

 Royal Milk Tea

 Strawberry Heaven

 Swiss Chocolate Velvet

 Rasberry Cheese Yogurt

Matcha Latte (Green Tea)

Chocolate Orange

Lemon Cream Cheese

Nutella Banana

Peanut Butter Chocolate.

Memandangkan ni 1st time i nak try Mille Crepe, so i choose French Vanilla. Then i pilih topping fresh strawberry. Of course la akan ada additional charge. tapi maximum 2 topping je for each cake. Diantara topping yang boleh dipilih:

  • Cheese Swirls
  • Chocolate Chips
  • Dark Chocolate Shavings
  • White Chocolate Shavings
  • Fresh Mangoes
  • Fresh Strawberry
  • Lemon Rind
  • M&M's
  • Peaches
  • Peanut Butter Blueberry
  • Roasted Almonds
  • Roasted Hazelnuts

Pastu i request untuk tulis "HAPPY BIRTHDAY DADDY'.. I lupa nak snap dulu mille crepe i before hantar ke kedai yang i nak buat surpride utk hubby i..huhuhu.. tapi the next entry i akan buat Husband Birthday Celeration, u'ols boleh tgk mille crepe yang i tempah tu. Tai gambarnya gelap.. so sad.. happy sgt sampai lupa nak on flash. dah la kedai tu ala2 romantik gitu... haa... nt akan ada entry kedai tu jgk sebab mmg i recommend sgt u'ols mkn kat situ. mmg best giler, big portion & yang penting MURAH..!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...