MY POPULAR POSTS THIS MONTH

Showing posts with label Amsyar. Show all posts
Showing posts with label Amsyar. Show all posts

21 June 2015

Review : susu dugro4 fruit & veg

Qaiser Amsyar aka along memang tak makan nasi langsung. Mommy dia ni dah habis cara dah nak buat dia makan nasi. Sampai nangis2 & muntah bila paksa. Makanan yang selalu dia makan donut, roti, biskut2, jajan & susu. Pernah jugak sekali cuba x sediakan jajan, biskut, roti yg dia makan. Memang ada nasi je kat rumah. Sanggup dia tahan lapar. Hanya minum susu je. Dengan umur dia nak masuk 5 tahun, susu tu dikira sampingan sahaja. Makanan berat yang patut jadi makanan utama. Disebabkan i xkasi dia makan jajan biskut semua tu, dia kene gastrik. Haiyoo.. pening den. At last sedia jugak la semua tu kat rumah. Saper pernah dtg rumah i tau la camner. Biskut pelbagai jenis biskut i letak dalam 1 bakul utk dia pilih yang mana dia nak makan. Roti ada berpuluh roti kalu sekali gi borong. Jajan xyah cakap la. Siap sorok kuarkan 2 paket 1 hari.

Berlainan dengan Qamar Azfar aka angah. Makan apa sahaja. Batu kayu pon dia x tolak tau. Kalu dok jejalan kat luar kene sentiasa perhati je. Takut dia kutip batu2 pastu gigit. 

Berbalik pada tujuan entry ni. Banyak pulak tazkirah sebelum review ye. Hihihi.. Anak2 i memang both minum susu similac. Yang along similac step 4, angah semilac step 3. Yang si adik Qisya memang breastfeed je. So since dah dapat adik baru, budget pon kene la share2 oke.. so kami decide tukar susu along. Downgrade sikit tapi tetap pilih yang berkualiti. Bukan downgrade sebarangan ye. Cari yang murah sikit la.

Memang dah pasang niat nak kasi try susu baru, tetiba dia cirit birit pulak. So tunggu la sampai ok sikit cirit baru start beli susu baru. Masa tu memang dah servey2 susu yang sesuai dengan along yang kurang makan & of course tak berkhasiat. Google punya google, banyak review yang i baca suggest dugro4 with fruit & veg. Yang baru punya.


Gambar ni i snap masa nak beli di Econsave Taman Daya Johor Bahru. Harga dia rm29.65 untuk 900g. Dia memang xde dalam tin macam similac. Dalam pack je & yang paling besar pon pack 900g ni la. Lagi satu kecik sikit iaitu 600g. Pasaraya lain i xpasti pulak harganya..

Seperti yang kita dah sedia maklum, susu brand dumex ni memang dah lama wujud. Dari zaman i kecik lagi dah ada susu dumex ni. Tapi yang ni dumex dugro4 fruit & veg ni yang baharu dan sudah dipertingkatkan. Kebaikan susu ni ialah ianya membekalkan 75% nurtien seharian yang diperlukan oleh anak dengan gabungan khasiat dari 13 jenis ektrak buah-buahan dan sayur-sayuran. Ianya terdapat dalam 1-3 tahun, 3-6 tahun dan 6 tahun ke atas dengan 0% sukrosa. Along minum yang untul 3-6 tahun. Susu ni dirumus berdasarkan rujukan Saranan Pengambilan Nutrien Malaysia (RNI). Rasa dia pulak manis2 buah gitu. I tau sebab i try minum sikit sebelum kasi along. Hee..


Gambar diatas adalah maklumat khasiat bagi setiap pack. Manakala gambar bawah ni cara penyediaan &  amalan penyimpanan.


Kalu tengok dalam gambar cara penyediaan tu, utk yang along punya kene bancuh 5 sudu atau scoop dengan 7.5 oz lebih kurang. Kalu 8 oz 240ml. Tapi i x ikut sukatan tu. Along x berapa suka rasa manis buah dia tu. Selalu minum tak habis. So i kurangkan sikit. I bancuh 7 oz dengam 4 scoop. Since dalam pack ni dia xkasi scoop, so i guna scoop yang similac dulu.

Setakat ni alhamdulillah along suka minum susu dumex dugro4 fruit & veg ni. Dari segi poo poo, kalu dulu selalu dia poo poo butir2 macam taik kambing. Hahaha.. sejak consume susu ni nampak poo poo dia biasa. Tak de keras sgt sampai biji2 macam sebelum & x cair sangat. Lagi satu selera makan dia pon makin bertambah. Alhamdulillah..

10 February 2015

Abang long rajin

Sejak Qaiser Amsyar jadi abg ni.. dia tersgt la rajin. Mcm biasa la lps cuci cloth diapers, bertimbun la dpn tv tunggu mommy dia ni free, duduk mskkn insert ke dlm CD. Agaknya dia tengok berselerak je. Dia lipatkan. Mommy naik tgk dah tersusun cantik.hee.. video ni daddy yg send WhatsApp kat mommy. Masa ni mommy tgh busy masak lunch..


22 May 2014

Amsyar's School Trip

Waa.... budak2 zaman sekarang ni, tadika pon dah ada educational school trip. Ingat zaman i kecik dl pegi school trip yg 1st lps upsr.masa tu tgh tgu result upsr. So sekolah buat school trip ke kl..



Sekolah Amsyar, Genius Aulad cawangan Adda Heights buat educational school trip ke The Little Big Club at Nusajaya, Johor. Tema school trip tahun ni ialah digital trip. Kene bayar Rm70 termasuk snak, lunch & transportation. Ada complimentary 1 photo lagi.. Ok la kan.. Waktu pulak dari kul 9pagi sampai 3ptg.. waa.. xpernah lps abg amsyar gi mana2 dengan org lain selama 6 jam..! Semua student dari sesi pagi & petang pergi. Kira sekali bawak je semua. Dengan teachers 8 org je. Bole ke handle semua for both session? Yang tu awal2 lagi i dah tya dgn principal dia, teacher Ain. Akan ada volunteer dari keluarga teachers sendiri.. ok.. lega kejap..

So pagi tu macam biasa amsyar siap2 mcm nak ke school. Mlm sebelum tu i dah siapkan bag dia. I kasi dia bawak kecik yg dulu dia pakai masa gi jalan. Bag tu kecik & ringan. Yela.. sepanjang trip tu amsyar kene pikul bag tu kan. Teacher awal2 dah pesan cuma mskkn dalam bag dia baju standby 1 set & pampers je. Botol air pon x kasi bawak. Takut nt berat bag dia. Lagi pun kat sana nt teacher dia sediakan air mineral. Pakai kasut..no sandals.. tu rules i sendiri..ihik...



Sampai je kat sekolah, dah ada 3 buah bas persiaran. Satu bas tu jenis double decker. Parents pulak ada la beberapa org yang tunggu kat situ. Sama mcm i la.. nak tgk anak 1st time naik bas.. hihihi... All students naik dulu. Kene line up, diberi taq nama. Sempat lg i tya2 teacher kat situ brp org volunteer. 3 org katanya..

Dalam kul 9pg gitu students turun part by part & also by class. Yg paling i suka mmg teratur, x kelam kabut. Student beratur, ada teacher dpn & belakang iring. Sekali turun dlm 8 org gitu la. Diorg terus dibawa naik bas. Then sorg teacher tunggu dlm bas dgn student. Yg lagi sorg dok ulang alik abik student lain lagi. Parents masing2 teruja giler.. snap gambar sana sini.. me too.. hee..









Amsyar blur kejap.. td rasa mcm baru sampai school. Turun tgk ramai parents. He's looking for me. Maybe ingat nak balik sekolah kot. Hee..





Ni mak budak nak interprem sekali..hee...





Orang lain dok berebut nak naik tingkat atas tapi dia sorg2 g pilih seat bawah..hahahaha...

Lepas ketiga2 bas dah jalan, parents pon semua balik. So datang pick up kul 3ptg nt.. 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
At 3.15pm... bas amsyar (4y) yang sampai dulu. Tengok macam xde orang je. Teacher dia cakap 4y semua tido except Amsyar.. dia sorg je xnak tido.. huhuhu..


So jadi org 1st yurun dari bas.. masa ni teacher tgh sibuk kejutkan budak2 lain.. penat sgt agaknya. Amsyar memang x tido siang. Even dia penat mcm mana sekali pon, dia xkan tido siang. Tp akan tido mlm awal.. so mlm tu kul 7.30 dah pengsan... hahahaha..

Bila tya beat x? Dia jawap pjg sgt.. Beeeeesssssttttt....

05 February 2014

Review : Tropica - Baby Herbal Cream

Minggu kedua abg Amsyar school, dia kene selsema..adoii...bawak balik virus pulak. Adik terjangkit  sekali. Sian adik.. abg xper la..bole makan ubat.. I still amalkan petua untuk hilangkan batuk selsema untuk abg Amsyar. Bole tgk entry i sebelum  ni SINI.


Tapi untuk baby Azfar yang baru 4 months, tak bole kasi ubat selsema tu.. Baby bawah 2thn tidak bole kasi sebarang ubat sebab perut baby blom bole proses chemical ubat tu.Kesan dia takut nanti buah pinggang rosak sebab xleh nak proses. So 4 petua yang macam i cerita SINI semua i buat kat baby Azfar. Tapi i ada try 1 lagi krim iaitu brand Tropica, Baby Herbal Cream.



BABY HERBAL CREAM TROPIKA – krim telon herba atau viks herba krim ini dirumus sebagai rawatan 2 dalam 1.

1. Sebagai krim telon untuk mencegah dan merawat perut kembung, perut berangin, colics dan permasalahan lain yang biasa dihadapi oleh bayi.

2. Sebagai viks untuk merawat batuk, selsema dan wheezing – nafas berbunyi.

Krim ini dirumus menggunakan minyak kelapa dara, halia, minyak kayu putih serta beberapa lagi herba tropika. Ia tidak mengandungi sebarang bahan sintetik atau steroid atau parabens yang boleh menyebabkan masalah sampingan samada jangka pendek atau panjang. Krim telon herba / viks herba TROPIKA dijamin HALAL kerana ia dikilangkan sendiri oleh pengilang bumiputra Muslim tanpa melibatkan sebarang unsur atau bahan yang haram.

Kita pernah dikejutkan dengan berita minyak telon yang banyak digunakan oleh orang Islam di negara kita yang mengandungi bahan yang haram. Oleh itu beralihlah daripada mengguna produk-produk yang kita was-was kepada produk keluaran orang Islam yang pastinya selamat dan HALAL.

CARA PENGGUNAAN
Cara penggunaan krim telon herba / viks herba TROPIKA, rawatan 2 dalam 1.

1. Sebagai krim telon - setiap kali selepas mandi sapukan krim pada telapak kaki bayi, perut dan sendi-sendi. Sapu dan gosok perlahan-lahan sehingga krim meresap ke dalam kulit. Krim ini apabila dipakai pada bayi ia tidak panas dan tidak mendatangkan radang kepada kulit bayi.

Amalkan penggunaan krim telon herba ini samada sebagai mencegah atau merawat perut kembung, peru tberangin dan colics. Bagi bayi yang belum gugur pusat, ketika menyapu krim pada perut elakkan menyapu krim di pusat tersebut. Bukanlah bahaya, cuma tidak mahu menyentuh bahagian yang masih sensitif.

2. Sebagai krim viks – apabila ada tanda-tanda selsema atau berhingus atau kahak yang boleh menyebabkan pernafasan berbunyi dan terganggu, sapu krim pada dada dan belakang bayi, buat seperti viks. Gosok-gosokkan krim pada dada bayi dan bahagian atas belakang, terutama ketika tidur malam, supaya wap krim disedut / hidu oleh bayi. InsyaAllah, selsema dan hingus akan berkurangan dan kahak akan keluar dan nafas berbunyi / wheezing akan berhenti. Ulangkan sapuan setiap 2 – 3 jam sekali sehingga masalah diatasi. Elakkan menyapu krim pada muka, pipi atau hidung. Bahagian-bahagian ini kulit lebih sensitif dan boleh berlaku radang kulit. Kami sarankan kepada ibu-ibu, kalau nak sapu di hidung, cubalah sedikit-sedikit dan perhatikan reaksi kulit bayi.

Kita juga tidak menggalakan menyapu krim pada muka, pipi atau hidung atau di tempat-tempat yang terdedah kepada sentuhan tangan bayi, kalau-kalau bayi menyentuh tempat-tempat tersebut kemudian dibawanya ke mata. Sebab itu kita sarankan disapu di dada dan di bahagian atas belakang dan dipakaikan baju untuk bayi tersebut.

Semua produk-produk TROPIKA boleh disimpan lama, tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk, cukup ditutup rapat dan disimpan di tempat yang udara boleh berputar, jauh dari sinaran matahari dan juga suhu yang tinggi.
 

Isi Kandungan

1. minyak kelapa dara
2. ekstrak halia
3. minyak kayu putih

Details ni semua i copy dari laman web Tropika . U'olls bole tgk kat situ & bole beli online jugak..Memandangkan i nak ASAP krim ni. Pastu dah nak dekat Chinese New Year. Kami pon nak balik kg nak beraya. So i usaha jugak cari kat area JB. Kebanyakkan stokis yg listed kat laman web tu xde stok krim ni. Haish..baik xyah letak no fon stokis tu.. Selidik dari member2, ada yang pernah beli brand ni kat BBU. Apa dah nama kedai dia.. lupa dah.. kedai jual barangan baby sebelah chamek kopitiam. Tu pun tinggal 1 je.. 

Lepas beli je terus i sapu kat baby Azfar & abg Amsyar. Kalau sebelum ni, malam batuk teruk sampai abg Amsyar muntah 3 malam brturut2. Batuk kuat sangat sampai muntah Tapi lepas sapu krim ni, dia bole tido lena sikit. Adik pon xde la sesak nafas je. Malam tu adik xperlukan spray sterimar..


I teruskan jugak pakai krim ni. I sapu dengan kerap. Overall i suka krim ni. memang berkesan pada anak i. Tapi yang tak best nyer susah dapat stok. so bln ni i beli siap2 via online. standby kot2 habis yang tengah pakai sekarang ni.

Sekarang both anak i dah recover dari flu.. Batuk pon dah xde. Adik pon dah makin cergas... I LIKE.. Memang akan sentiasa buat stok nanti..


20 January 2014

Sibuknyer...

Salam semua..

Lamanya tak menjengah belog kesayangan ni.. Memang busy sgt. After confinement, i balik JB semula. Paham sendiri la kalu dah 4 bulan tinggal rumah.. Debunya tebal berinci..huhuhu.. Nasib baik mama kasi bwk bibik2 dia. Bole la bersihkan rumah sebersihnya, sampaikan grill luar pon dilap..hee.... Berkilat gitu..

Bila dah settle rumah, urusan bisnes pulak. Alhamdulillah murah rezeki.. Order coklat tak henti2. Ni baru bole relax sikit. Hot item of course la Almond Square. Sampaikan tak cukup bekas, terpaksa i keluarkan bekas lain & kuantiti lain. Harga pon of course la lain kan..
 
 RM 12

 RM 10


Siang memang  pulun buat Almdn Square utk agen Kota Bharu & Putrajaya. Mlm melayan anak plk. Penat memang tak terkata..Ada jugak order untuk birthday, hantaran tunang pon byk... Cuti sekolah ni ramai yang tunang & kawen.. 

Tq Bad coz order Chocolate Bar ni utk birthday anak buahnya..

 

Sempat jugak pergi bukak booth di Souqa Souqa di Space U8. Done setup agen di putrajaya. So sesaper yang nak merasa Almond Square, bole la contact agen i ye..bole klik sini utk senarai agen The Handmade Chocolate. Yang nak menjadi agen, bole la contact i ye.

Sekarang anak sulong i, Amsyar dah mula sekolah tadika. Pilih punya pilih, kami decide sekolahkan dia di Genius Aulad kat Adda Heights, Johor Bahru. Nanti insyaallah i buat post utk sekolah ni. ada cerita best..hee.. gelagat anak mula sekolah...

31 October 2013

Petua hilangkan batuk dan selsema

Sekarang ni memang tengah musim demam, batuk selsema. Sorang kene, mula la berjankit. Nasib baik Amsyar jenis senang makan ubat. Tapi dia suka makan ubat yang paed dia kasi je..beli kat farmasi jenis lain memang dia tak nak. Ubat tu pulak memang tak ada dijual di farmasi. Haish... Tapi ubat tu memang berkesan la nak dibanding dgn ubat lain.

 Ubat ni i dapat dari Puteri specialist Johor dengan doktor Ismail. Salah seorang doktor pakar kanak-kanak  di situ. Yang belah kanan tu ubat batuk, Durotuss & yang belah kiri tu ubat selsema, Zyrtec.

Selain ubat ni, i memang kasi Amsyar makan Vit C secara konsisten. Amsyar makan Vit C chewable yang shaklee.. (mommy dia kan jual shaklee, so of course la mkn shaklee..hee..) Tapi memang best Vit C chewable ni.. Amsyar suka sangat mkn. Sampaikan i trpaksa sorokkn botol ni dari dia..huhuhu... Sesaper nak beli Chewable Vita-C ni, sms/whatsupp/wechat/viber i for the best price..


Kalau macam Amsyar tak ada masalah sebab bole kasi ubat. Tapi macam mana kalau baby? Mesti ada sesetengah ibu tak senang duduk kalau baby yang kene selsema.  Baby yang masih kecil memang kadangkala sukar untuk bernafas. Tambahan pulak baby tak bole makan sebarang ubat. Sama la macam i. Baby i yang masih dalam hari dah selsema ni. Pantang pon blom habis dah kene selsema ni.. So, ni apa yang i buat pada baby i skrg ni..Even masa Amsyar below 2yrs pon i buat macam ni..

1) Mandi
Orang tua mesti tak kasi mandi kalau baby selsema.. Same goes to my mom. Tapi i tetap cuba bagitau yang mandi sangat penting kalau time selsema. Baby i pagi mesti i mandikan, cuma petang je lap2 badan je. Mandi pon dengan air suam shj. Nanti hingus akan keluar sekali ketika mandi. 

2) Sapu Minyak Telon
Dah siap mandi tu cepat-cepat sapukan minyak telon supaya baby tak sejuk. Sapu di perut, dada depan dan belakang, betis, tapak kaki, tapak tangan, ubun-ubun & belakang telinga. I tak guna minyak yuyi. Salah satu sebab ada kes tak halal tu (xtau la betul ke x, tapi i memang elakkn terus la). Lagi satu minyak yuyi ni agak panas sikit. lepas sapu dia rasa panas & berangin. kalu sapu satu badan maunya baby kepanasan sangat. Even i sendiri pon terasa panas kalu terlebih letak minyak yuyi. Anak 1st pon tak pakai minyak yuyi. I pakai minyak herba TYT. Dari anak 1st sampai skrg masih pakai. Kalau selsema cepat je elok sebab dia jenis herba kan.. Jenis roll on senang sikit nak sapu. Setiap kali baby fair i memang borong terus sebab rege lagi murah dari pasaran. Sentiasa ada stok la kat rumah. Bila yang roll on tu dah nak habis, i refill je la..Jimat..


3) Pakaikan Topi
Pemakaian topi boleh mengelakkan ubun-ubun bayi menjadi sejuk dan menyebabkan selsema makin teruk.

4)  Buat put-put (bibik i kata dipanggil put-put)
Tumbuk dua biji bawang merah dan sedikit lengkuas. Letakkan dengan sedikit minyak masak. Kemudian sapukan di ubun-ubun bayi secara membulat.


Tu semua kalau anak yang selsema. Macam mana kalau si ibu pulak.. I pon selsema ni..waa... Apa boleh buat.. I tak boleh makan ubat jugak sebab breastfeed. Tapi i makan Shaklee Sustained release Vita-c. 2 biji sehari kalau i or anak i selsema..

Kalau dah selsema, batuk pon pasti datang menjengah. Apa yang i buat, biasanya i makan madu asli yang dah dicampur dengan limau nipis. Caranya sesudu madu asli + sebiji limau nipis. Tapi since i masih dalam pantang, mana bole makan air limau nipis tu kan.. Alternatifnya, i campurkan sesudu madu asli dengan segelas air panas. Minum panas-panas.. Sedap je rasa. Terus kurang batuk i. Air mesti minum dengan banyak. Susu pon melimpah ruah.. Alhamdulillah batuk i beransur kurang..

11 July 2013

Poor Amsyar


Kesian anak teruna mommy ni.. Last friday dia kene cirit birit.. Mula-mula tak perasan. Ingat kan poo poo macam biasa. Pagi jumaat tu dia dah ter poo poo masa tido. satu bilik bau.huhuhu.. pastu kerap pulak dia poo poo. Khamis pagi tengok dah melecet punggung dia sebab lambat cuci. Dia ter poo poo masa tido. mana nak perasan kan kalu kul 3 pagi poo poo. Pastu sikit je pon. Pagi tu nak mandikan dia, tengok dah melecet.

Masa tu ok lagi la.. Terus cakap dengan maid stop buat air manis dulu. Mana tau sebab teh ais ke buat dia cirit tu. Hari sabtu, tengok still sama. tapi dia still aktif. So mommy & daddy xde la risau sgt. Cuma bila tiba time cuci tu dia nangis2 sebab sakit tempat melecet. So decide just siram dengan air kuat je. Tak pakai sabun & tak guna tangan masa cuci. lap buntut dia pon pakai kain bedung dia dulu. Kain tu jenis kain panas, lembut so dia tak sakit bila ktr lap. Tak per la. Untuk baby mommy buatkan yang baru k..

Malam tu tengok dia macam tak berapa aktif. Asyik nyorok je. Ajak makan tak nak, Minum tak nak. Susu je nak. Kasi 100 plus pon tak nak. Kami dah mula risau. Kesian kat dia bila nagis time nak cuci & sapu krim tu. Guna sudocream pon tak berkesan.

Malam tu i & husband pon bergilir-gilir bangun 2 jam sekali check pampers dia. Tido tak pakaikan seluar sebab nak kasi senang nak intai kat tepi pampers tu. Kejap2 dia bangun namgis. Sakit perot agaknya. Tapi nak urut perot dia tak kasi. Dalam hati, ni memang macam cacing je.. Nanti balik kelantan ktr gi rumah pok cik Samad deh.. Kasi pangkah itu perot.. hee...

Isnin still tak sempat nak bawak dia gi hospital. Hubby i ada keje kat kl. Nak harapkan  gi sorg memang tak la kan dengan keadaan alahan lagi (walaupun dah 7 bulan). Hubby pon tak kasi drive. So tunggu dia balik mlm tu jgk. Malam, still operasi 2 jam sekali check pampers. Tak de perubahan. Asyik terkicit je.

Hari selasa, lepas hubby habis meting dgn bos dia, bawak amsyar ke Puteri Specialist Hospital. Sebelum tu singgah dulu Pizza hut kat larkin. Makan-makan dulu sebab masa tu kul 1 lebih, klinik Dr Ismail tutup lunch hour. Gambar kat atas tu taken at Pizza hut la.. Nampak ceria je kan.. Macam tak de cirit. Akirnya kat pizza hut tu dia makan jugak sikit. Alhamdulillah..

Jumpa je doktor, doktor tengok punggung dia, terus cakap 'Amsyar kene admit ye'. Admit je la Amsyar... Mommy dah kesian tengok amsyar. 

Baru tahu. Rupanya budak kalu cirit birit, tak bole kasi minum susu. Tap kalu susu Ibu tak per.. SEEE...!! Terbukti Susu Ibu tiada tandingan dengan susu formula. So selasa tghari tu bermula la episod drama dengan amsyar.. Dia asyik mintak susu je.. i terpaksa tahan je bagi pelbagai alasan. Kesian tengok dia merengek. 


Time ni nangis sebab nak susu. Sampai selsema dia sebab nangis je.. Ramainya yg sakit.. Sampai tak de katil kosong. Since masa register tu dah kul 4, pastu katil pulak tak de kosong, kami dibenarkan balik rumah dulu. Ambik barang yang mana perlu. Kul 7.30 mlm baru pihak hospital call cakap ada katil kosong. Tu pon bilik 2 katil. single bed semua dah full..


Sebarang makanan berasaskan susu, semua kene stop.. Tak kira la susu pekat ke..susu soya ke..semua kene stop. Dia hanya dibenarkan minum air garam yang nurse kasi tu (perisa oren) & ribena je.. Kesian tengok dia. Sanggup dia tahan haus sebab tak nak minum air garam tu. Pastu ubat smecta nurse kasi 3 kali sehari. 

Kat wad tu i rasa macam azabnya... Dengan pregnant 7 months, kongsi katil dengan Amsyar. Tu pon merayu mintak single bed. Kalu ikut umur Amsyar dia nak kasi baby kot..Badan sakit2.. Tido pon tak cukup. Amsyar asyik sedar sebab mintak susu.

Alhamdulillah.. 1 malam je admit, dah boleh discaj ptg tadi. sebab amsyar dah mula makan. Tapi susu still tak bole minum sekurg2nya 3 hari lagi. So kami buat stok ribena banyak2..huhuhu..

12 February 2013

Amsyar's 2nd Birthday~~Part 3

Hee....Welcome..welcome....

Ni antara tetamu yg sampai awal...along & family..












Thanks to kak nisak & abg asrin (jiran sebelah rumah) kerana sudi datang..



Nur Erisya Maisara..

Borak sambil makan..tunggu 1 group from Segamat blom sampai..

Apa la anakku buat tu? rasanya time ni dia dah penat sgt dah main..kihkihkih...rest jap..letak kepala kat tangga gelongsor..huhuhu...







Kids...they play together...




Tak disangka member lama satu sekolah zainab 1 dulu datang..Thanks Aliffah...dah lama dah nak jupe dia since dpt tau dia jadi cikgu kat sekolah...(mana dah lupa)..ihik....rumah dia kat bukit mutiara je..taman sebelah Jland je..

hiaaah....Iris Arissa..my niece..




Family dari Segamat dah sampai..so..apa lagi...tiup lilin..!!


Phewitt....model kek kami..ihik..









Amsyar pening tengok ramai orang..hee...

Haa...baik punya tempat syam pilih..hee...

Amsyar's birthday cake...Rainbow cake..



Yang tengah tu mak budak lelaki 3 orang ni ye..hihihi...dah nampak macam adik beradik lak kak anne dengan anak-anak...












Aik...camner boleh masuk gambar ni??kuikuikui..



Bukan budak je tau boleh main..bapak budak pon boleh...hihihi...tengah ajar orang belakang tu..kihkihkih...














Kembar lain ibu lain bapak..ahaks...Poplook top..Diana masuk rumah je terus terkejut tgk i pakai top yg sama..hee...






Us...Mim, Siti & i..Thanks for coming Siti...Thanks mim..dari awal majlis datang teman awang shoot gambar..

Tetamu dah balik..posing jap dgn my mum & sis..

Masa ni Amsyar dah tido..so mommy & daddy la pulak..hee..awang kata nanti tak cukup gambar utk album..sudahnya kami yg kene posing..macam pengantin baru pulak...ahaks..









Sekeping je gambar hakim & bad..??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...