MY POPULAR POSTS THIS MONTH

Showing posts with label baby stuff. Show all posts
Showing posts with label baby stuff. Show all posts

06 March 2015

applecrumby and fish giveaway - baby's first musical teddy

Dear.. Applecrumby And Fish ada buat giveaway for baby's first musical teddy worth RM221. Meh join..mana tau ada rezeki kan dpt teddy ni..

Klik sini utk join

OR

http://blog.applecrumbyandfish.com/giveaways/babys-first-musical-teddy-giveaway-worth-rm221-00/?lucky=7410


Trudi is a premier European toy brand for over fifty years. The Sweet Symphony Teddybear is:

✔Designed in Italy
✔Has two different play modes available
✔Roll open the teddy bear’s tummy to play piano
✔Suitable for child 6+ months
✔Machine washable

Applecrumby & Fish is giving away this super soft and cuddly Sweet Symphony Teddybear to one lucky child!

Entry is FREE. No Purchase Required.

Get more entries when your friends and families join as well. The more entries you have, the higher your chances of winning!

09 February 2015

I'm the winner..!

Alhamdulillah.. Hari ni dapat berita gembira lagi. Pukul 11 pagi tadi dok scrol kat home facebook. Sekali ternampak ni kat page Illy Ariffin Blog.

Baby hamper Pigeon Rm100

Congrats!! to all 3 winners and thank you do so much for everyone that have participated. The winners were picked randomly using the Raflecopter system and I will ger in touch with the winners soon. Arigato!

Giveaway Entry : http://www.illyariffin.com/2015/01/mandi-time-with-pigeonreview-and.html

 Terkejut sangat. petang tu i terima email dari Illy Ariffin. I join giveaway ni pada 28 January hari tu. Asalnya google pasal set bersalin. then terjumpa blog Illy Ariffin.  So i blogwalking then ternampak la giveaway ni. So saje la suka2 join. Tak sangka betul dapat 1st winner. Rezeki baby dalam perot ni. Hari tu dapat cabutan bertuah stroller contours. Alhamdulillah.. Kali ni dapat baby hamper from Pigeon RM100.

08 February 2015

Baby headband

 

Cantik kan..? Ni baby headband yang i baru sahaja terima. Seminggu lebih order tapni tersangat puas hati. Meriah lor baby girl ambo nanti. hee... i beli 1 set denga barefoot sekali. u'ols bole tengok kat instagram cottonandlacestyle. Rambang mata nanti nak pilih..

02 February 2015

Produk Sweet & Cozy memang superb..!

Welcome February.. tik tok tik tok.. dah x lama dah nak masuk bln 4. Due hujung bln 4. Sekarang ni tgh giat siapkan baby stuff. Cuma add up yang mana x cukup je.

Hari ni agak happy sebab barang baby yang i order baru je sampai. Hee..semua comel2. Kalau sebelum ni i cari cotton flannel cari utk buat bedung baby. Settle sudah yang tu. Bole tgk entrynya kat SINI. Tapi bab baby binder memang i suka order dengan akk Sweet & Cozy ni. Dia punya printed semua cantek2. Masa dlm pantang anak ke 2 i beli cloth wipes, baby binder, cloth breast pad & large receiving blanket. Meh jamu mata dengan barang yg i dah terima ni.

Ni baby binder. Harga dia 1 set (2pcs) rm16. Beli 3 set rm45. I beli 3 set semuanya velcro. Memudahkan keje i nanti if baby aktif mcm abg Azfar dia nanti. Huhuhu.. Yang bertali pon dia ada jual.

Ni pulak cloth wipes. Harga dia rm6 per pcs, beli 6 rm30. I suka cloth wipes ni sebab lembut sangat. Memang sesuai utk kulit baby. Belah belakang ti mcm kain minky gitu.

Ni pulak cloth breast pad. Kulit i jenis sensitif. So memang xleh nak pakai yang disposable breastpad. Jadi gatal2 pulak. Tapi yang sweet cozy ni memang best sgt. Ni i beli 2 pasang. Yang lama punya dah ada 2 pasang. Kira ok la. Cukup la tu..

01 February 2015

Softlan comfort ultra pure di JB


Saper tau mana nak dapatkan softlan comfort ultra pure ni? Yang banyak kat pasaraya botol pink & biru. Erny memang pakai softlan ni untuk anak-anak. Sekali beli borong buat stok. So ni dah lama x beli, stok pon dah habis. Puas pusing cari kat Jusco Tebrau, Econsave Taman Daya, Maslie Setia Indah. Tesco je blom pergi lagi. Mak yong dah x larat jalan dah ni. Saper yang tau tu tlg la bagitau kat mana memang ada stok softlan ni. Kira pergi je kompom ada. Jgn pergi tgk2 tak ada. Menangis den penat berjalan.

I suka pakai softlan comfort ni. Bau wangi sangat & sangat lembut untuk baju baby i. Baju budak2 ni tak de la berkedut sgt bila msk mesin basuh. Yang penting tak jadi kejung baju or kain baby bila dah kering jemur tengah panas. Kalau la ada dia jual online kan senang. Adess la. Mula2 try softlan ni masa dapat sample dia kat baby fair mana dah tak ingat. Tapi lepas pada tu memang pakai softlan ni je dari anak 1st. Ni tgh cari nak basuh baju baby utk anak no 3. Kulit anak2 i memang sensitif dari awal lahir. Tapi bila dah lepas 2 thn, macam abg amsyar tu, pakai apa pon dah tak kisah. Masa kecik je sensitif.

Sekali lagi.. saper tau mana nak dapatkan softlan ni? Online seller ada jual ke?

28 January 2015

Dapat cabutan bertuah stroller contours

Ini cerita lama.. hihihi.. Tapi cerita lama ni masih menjadi bualan kami sampai sekarang. Huhuhu... Blom pernah dpt cabutan bertuah sebesar tu. Mana la x terkejutkan. Masa beli stroller budak2 ni xpk pon pasal cabutan bertuah tu. Malah kami xtau pon. Memang dah lama aim nak beli double stroller since adik & abg asyik berebut stroller je. Daddy dia pon dah xlarat nak dukung salah sorg kalu diorg tido. Huhuhu.. memang ketaq2 bayar stroller ni masa tu.huhuhu... 


 Stroller ni la yang kami beli. Memang dadi tahun 2013 sblm bersalin Azfar lagi tengok stroller ni masa baby fair kat Danga City Mall. Tapi x beli lagi sebab masa tu budget xbrp ada. Dah nak bersalin masa tu. Pastu owner dari singapore yang dtg sorg2 dok cerita kat kami kelebihan stroller ni.


Masa Mom & Baby Expo di Persada Johor, kami pergi la 26hb september tu. Saje la jejalan sambil tgk apa yg perlu dibeli. Biasa i beli borong minyak tyt & baby organic punya sabun utk cuci cloth diapers time baby fair or mom & baby fair ni la. Masa 26hb tu kami tgk la lagi sekali stroller tu. Kali ni dia join dengan MOM Product.


 Dia bole attach dengan seat utk baby sekali. Yg tu kene beli lain la. Gambar atas tu i dpt dari contours fb fan page. Bersungguh abg Amsyar dengar penerangan salesman tu. Kali ni salesman dia 4 org. 26hb tu just tgk dl. Then balik je hisband ckp mcm nak beli sbb dah xtahan nak kejar budak2 ni kalu tempat ramai. Esoknya 27hb september kami beli. Harga dia rm1688 full set. Kami abik warna hitam.

Tetiba bln November husband dpt email. Dia terkejut giler. Siap forward kat i suruh sahkan samada betul atau x. Zaman skrg ni byk je yg tipu. I siap check laman web & fb fan page dia.hihihi..


Ptg 19hb tu jugak kami ke Jusco Tebrau konon nak photoshoot sendiri la. Hihihi.. 


Lepas submit, 2 hari pastu masuk dlm fb fanpage dia. Rupanya kami pemenang kedua untuk cabutan bertuah tu. Setiap 20 stroller tu habis dijual, akan ada cabutan bertuah utk refund full amount. Baru tau rupanya.. Alahamdulillah.. Rezeki anak2 & baby. Seminggu lepas tu dapat cek yg pihak contours pos. Alhamdulillah..Syukur sangat. Save rm1688..hee.. Setakat ni pakai double stroller ni ok sgt. Sangat worthy sebab budak2 xlari sana sini. Senang nak manage. Bukak tutup senang. Xperlu bukak tayar mcm sesetgh double stroller. Sampai skrg kalu kami ke Jusco or Tesco or mana2 la.. mesti ada yg tegur tanya beli mana stroller ni. 

27 January 2015

Applecrumby and fish giveaway-baby essentials

Dear.. Applecrumby And Fish ada buat giveaway for baby essentials worth rm248.90. Meh join..mana tau ada rezeki kan dpt baby essentials ni..

Klik sini utk join
OR
http://blog.applecrumbyandfish.com/giveaways/baby-essentials/?lucky=5246

baby essentials

Give away ni ends 9 february 2015. Dah x lama tau.. jom klik2..

http://blog.applecrumbyandfish.com/giveaways/baby-essentials/?lucky=5246

Entry is FREE. No Purchase Required. Senang sangat..

Prize Includes:
  • Buds Everyday Organics Head To Toe Cleanser x 2
  • Buds Everyday Organics Nappy Time Change Cream x 2
  • Buds Everyday Organics Baby Cream (75ml) x 1
  • Buds Soothing Organics Super Soothing Rescue Lotion (50ml) x 1
  • Pampers Baby Dry (Size L) x 30pieces
  • Putto Sample x 4


Bestkan giveaway dia.. apa lagi.. jom join.. klik dibawah ni..

http://blog.applecrumbyandfish.com/giveaways/baby-essentials/?lucky=5246

26 January 2015

Receiving blanket cotton flannel

Salam.. ingat x hari tu u ada buat entry pasal cotton flannel. Nak buat receiving blanket or bedung baby. Bole tgk SINI.

Last week i balik segamat & akhirnya jupe jugak printed cotton flannel yang cantik2. Mula2 i cari kat jakel segamat. Ada la 2 jenis printed yang i suka. Harga pon ok. Rm6.50 semeter. Bidang 45. So i beli 1 meter suku utk setiap printed. Sbb i nak buat bedung yang besar since baby i mmg jenis big baby. Kira lipat 3 segi jadi la 45x45. Yang biasa org jual tu 27x27. Ada jgk 30x30. Yang paling besar pon 36x36.

Pastu esoknya i pusing2 bandar segamat jupe 1 kedai cina. X ingat dah nama kedai tu. Kira macam kedai lama la.  Kat situ lagi byk printed cotton flannel. Situ dpt rm6.80 semeter. Apa lagi.. rambang mata la.. grab lagi 6 jenis printed. 5 jenis abik 1 meter suku sebab bidang dia 45. 1 jenis lagi abik 1 meter je sbb bidang di kecik  dlm 36 kot. Ntah le.

Balik rumah ukur sendiri then gunting kasi lurus jadi 4 segi tepat. Pastu kat hantar kat kedai cina area paya pulai utk jahit tepi. Ala.. jahit tepi biasa je. Upah pon rm1 je sehelai. Ok la kan. Siap minta dia tlg gunting buat shape sikit kat hujung.

Settle sudah bab bedung baby. Overall total sehelai kain bedung tu baru rm7.50-rm7.80 sehelai. Sangat berbaloi. Kalu beli yang dah siap ada yang sampai rm30 sehelai. Huhuhu.. Nak beli pon pk dua tiga kali. Kalu beli pon 2 helai je. Ni abik kau.. 8 helai semua.. hahaha...

19 January 2015

Searching for cotton flannel

Sejak dah tau jantina baby smlm, i asyik dok search brg baby girl je..hihihi.. al maklum la.. dah 2 hero. Mmg dah lama tgu baby girl. Tp xde la byk brg baby yg perlu tambah. Yg abg2 dia ada yg masih elok, bole pakai lagi. Sekarang ni cuba lengkapkan step by step. Sikit2 lama2 complete la kan..

Dari list brg baby, now i'm looking for cotton flannel. Utk buat bedung baby. I mmg xpakai yg mcm bumble bee semua tu. Sebab saiz dia kecik. Anak2 i ni jenis big baby. Pakai brand 2 gitu jwpnya blom habis pantang dah xmuat bedung tu. Biasa i beli cotton flannel dlm 2 meter stgh, then potong 4 segi tepat. Kalu lebar kain tu 45, so 45x45 la bedung i. Bole pakai sampai baby 3 bln.

Skrg ni susah nak cari printed cotton flannel yg cantik2. Kalu ke kamdar pon byk patern yg xbrp menarik. Mana la seller2 online yg buat bedung baby & baby binder dptkan kain cotton flannel ni. Comel2 plk tu..


Ni contoh2 baby binder yg diperbuat drpd cotton flannel. I dah tempah jenis velcro mcm dlm gambar ni dgn sweet & cozy. Picture taken from Sweet & Cozy facebook. I memang beli dgn dia baby binder dari anak 2nd lagi. Baby binder dia  besar sikit saiz dia. Pastu tali pon panjang kalu yang bertali. I dah ada 1 yg bertali & 5 velcro. Memandangkan kali ni i pantang sendiri kat jb, i tambah jenis velcro lagi 3 set iaitu 6pcs. Harga pon affordable. Kualiti tip top nak dibanding dgn baby binder yg beli dah siap kat pasaraya. Dia ada jgk buat bedung baby. Tp skrg owner dia tgh holiday. So i tgu dia blk holiday nt nak tya new print for bedung.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...