MY POPULAR POSTS THIS MONTH

Showing posts with label Motherhood. Show all posts
Showing posts with label Motherhood. Show all posts

01 September 2015

Ayat-ayat ruqyah penawar bayi menangis malam akibat gangguan

Salam semua..
Masa dalam pantang Qisya akan sedar dalam kul 3 pagi tapi tak ada la nangis2 sakan. Just nangis nak susu, masa tu la poo poo banyak & nak orang tegur2 dia. Sampai kul 6.30pg biasanya.

Episod menangis malam bermula apabila balik kg kat kelantan. Masa tu baru je lepas 44 hari. Mula2 sampai anjung damai dalam kul 10.30mlm memang menangis kuat sangat. I ingatkan biasa la. Dah berjalan jauh dari Johor ke kelantan. Lalu plk jalan hutan kiri kanan. Qisya menangis sampai lepas subuh baru dia berhenti. Bengkak mata.

Bila i tanya orang2 tua, google semua, suggest bacakan ayat2 ruqyah. Since husband i dah balik jb, then i pulak tengah uzur, terpaksa la alternatif pasang aplikasi quran dari hp. Tapi dlm aplikasi tu kene cari manual satu2 ye ayat2 ruqyah. So utk rujukan i & u'ols, i listkan ayat2 ruqyah.

1) Surah Al-Fatihah (Ayat 1-7)

2) Surah Al-Baqarah (Ayat 1-5)


3) Surah Al-Baqarah (Ayat 102)--Ulang 7 kali

4) Surah Al-Baqarah (Ayat 163-164)


5) Surah Al-Baqarah (Ayat 255)

6) Surah Al-Baqarah (Ayat 285-286)


7) Surah Al-'Imran (Ayat 18-19)


8) Surah Al-A'raf(Ayat 54-56)

9) Surah Al-A'raf(Ayat 117-122)--ulang 7 kali

10) Surah Al-A'raf(Ayat 120)--ulang 30 kali secara bersendirian

11) Surah Yunus(Ayat 81-82)--ulang 7 kali

12) Kemudian baca ayat ini

13) Surah Ta-ha (Ayat 69)--ulang 7 kali

14) Surah Al-Mukminun (Ayat 115-118)

15) Surah As-Shaffat (Ayat 1-10)

16) Surah Al-Ahqaf (Ayat 29-32)

17) Kemudian baca ayat ini--ulang 7 kali

18) Surah Ar-Rahman (Ayat 33-36)

19) Surah Al-Hasyr (Ayat 21-24)

20) Surah Al-Jinn (Ayat 1-9)

21) Surah Al-Ikhlas (Ayat 1-4)

22) Surah Al-Falaq (Ayat 1-5)--ulangi 9 kali

23) Surah An-Nas (Ayat 1-6)

21 June 2015

Review : susu dugro4 fruit & veg

Qaiser Amsyar aka along memang tak makan nasi langsung. Mommy dia ni dah habis cara dah nak buat dia makan nasi. Sampai nangis2 & muntah bila paksa. Makanan yang selalu dia makan donut, roti, biskut2, jajan & susu. Pernah jugak sekali cuba x sediakan jajan, biskut, roti yg dia makan. Memang ada nasi je kat rumah. Sanggup dia tahan lapar. Hanya minum susu je. Dengan umur dia nak masuk 5 tahun, susu tu dikira sampingan sahaja. Makanan berat yang patut jadi makanan utama. Disebabkan i xkasi dia makan jajan biskut semua tu, dia kene gastrik. Haiyoo.. pening den. At last sedia jugak la semua tu kat rumah. Saper pernah dtg rumah i tau la camner. Biskut pelbagai jenis biskut i letak dalam 1 bakul utk dia pilih yang mana dia nak makan. Roti ada berpuluh roti kalu sekali gi borong. Jajan xyah cakap la. Siap sorok kuarkan 2 paket 1 hari.

Berlainan dengan Qamar Azfar aka angah. Makan apa sahaja. Batu kayu pon dia x tolak tau. Kalu dok jejalan kat luar kene sentiasa perhati je. Takut dia kutip batu2 pastu gigit. 

Berbalik pada tujuan entry ni. Banyak pulak tazkirah sebelum review ye. Hihihi.. Anak2 i memang both minum susu similac. Yang along similac step 4, angah semilac step 3. Yang si adik Qisya memang breastfeed je. So since dah dapat adik baru, budget pon kene la share2 oke.. so kami decide tukar susu along. Downgrade sikit tapi tetap pilih yang berkualiti. Bukan downgrade sebarangan ye. Cari yang murah sikit la.

Memang dah pasang niat nak kasi try susu baru, tetiba dia cirit birit pulak. So tunggu la sampai ok sikit cirit baru start beli susu baru. Masa tu memang dah servey2 susu yang sesuai dengan along yang kurang makan & of course tak berkhasiat. Google punya google, banyak review yang i baca suggest dugro4 with fruit & veg. Yang baru punya.


Gambar ni i snap masa nak beli di Econsave Taman Daya Johor Bahru. Harga dia rm29.65 untuk 900g. Dia memang xde dalam tin macam similac. Dalam pack je & yang paling besar pon pack 900g ni la. Lagi satu kecik sikit iaitu 600g. Pasaraya lain i xpasti pulak harganya..

Seperti yang kita dah sedia maklum, susu brand dumex ni memang dah lama wujud. Dari zaman i kecik lagi dah ada susu dumex ni. Tapi yang ni dumex dugro4 fruit & veg ni yang baharu dan sudah dipertingkatkan. Kebaikan susu ni ialah ianya membekalkan 75% nurtien seharian yang diperlukan oleh anak dengan gabungan khasiat dari 13 jenis ektrak buah-buahan dan sayur-sayuran. Ianya terdapat dalam 1-3 tahun, 3-6 tahun dan 6 tahun ke atas dengan 0% sukrosa. Along minum yang untul 3-6 tahun. Susu ni dirumus berdasarkan rujukan Saranan Pengambilan Nutrien Malaysia (RNI). Rasa dia pulak manis2 buah gitu. I tau sebab i try minum sikit sebelum kasi along. Hee..


Gambar diatas adalah maklumat khasiat bagi setiap pack. Manakala gambar bawah ni cara penyediaan &  amalan penyimpanan.


Kalu tengok dalam gambar cara penyediaan tu, utk yang along punya kene bancuh 5 sudu atau scoop dengan 7.5 oz lebih kurang. Kalu 8 oz 240ml. Tapi i x ikut sukatan tu. Along x berapa suka rasa manis buah dia tu. Selalu minum tak habis. So i kurangkan sikit. I bancuh 7 oz dengam 4 scoop. Since dalam pack ni dia xkasi scoop, so i guna scoop yang similac dulu.

Setakat ni alhamdulillah along suka minum susu dumex dugro4 fruit & veg ni. Dari segi poo poo, kalu dulu selalu dia poo poo butir2 macam taik kambing. Hahaha.. sejak consume susu ni nampak poo poo dia biasa. Tak de keras sgt sampai biji2 macam sebelum & x cair sangat. Lagi satu selera makan dia pon makin bertambah. Alhamdulillah..

20 June 2015

Penawar baby sakit mata

11 June 2015 genap 62 hari umur Qisya. Hari tu juga la injection untuk 2 bulan. Macam biasa semua injection abik dengan doktor Ismail di Hospital Pakar Puteri Johor Bahru. Abik injection wajib 6 serangkai, pneumokokal & rotavirus. Tapi injection wajib 6 serangkai blom bole abik. Habis katanya. Buka  situ je. 1 malaysia habis injection ni dari bulan 5 lagi. Tengah bln 7 pulak insyaallah baru ada.

Settle bab injection, esoknya tengok mata Qisya belah kanan bertaik kuning & berair. Sakit mata la pulak. Kene pulak lepas check up. Kali masa check up bole la abik ubat sekali kan. Kesian sangat tengok Qisya dok kelip2 mata dia sebab banyak taik mata.


Dulu masa Amsyar dalam pantang pon ada berair mata sebab terkene infection kat mata semasa bersalin. Masa tu pernah dengar hanya guna susu ibu je. So i titik kat mata amsyar, 2 kali titik terus baik. Kali ni try kat Qisya pulak. Alhamdulillah makin kurang bertaik & berair. Kekadang tu ada lagi berair tapi tak teruk sangat mcm sebelum la.

Kalu tak ok jugak baru gi abik ubat titik kat klinik. So far nampak makin elok. Ktr tunggu dulu la. Try titik lagi untuk beberapa hari.

Semoga mata anak mommy ni cepat sembuh. 

19 June 2015

My newborn is a princess

Alhamdulillah.. hari ni genap 70 hari umur baby Qisya. Mommy baru da masa nak perkenalkan princess mommy ni.. ihik.. Busy uruskan kanak-kanak ribena yang sedang membesar ni.


NUHA QISYA AFRINA BINTI SHAMSUL TUAH

Dilahirkan pada 11 April 2015 pada jam 1.29pg so Regency Specialist Masai, Johor. Berat 3.7kg. Later i update pengalaman bersalinkan Qisya. Sekarang dah 5.3kg.





13 May 2015

pilihan botol susu anak-anak

Salam semua..

Dah lama i nak buat entry ni. Asyik tertangguh je. Sebelum ni i pernah buat entry pilihan pilihan botol susu untuk newborn. Masa tu i tengah pening nak beli botol susu untuk anak no 2. Sekarang ni dah ada newborn no 3 pulak. Hee... Baru nak update new entry pasal botol susu mintak ampun ye pada readers yg bertanya kat entry sebelum.

I story dari anak 1st ye. Dulu dia pakai botol brand 1st year breastflow. Since susah nak dapatkan stok botol ni, asyik kene kirim kat mak cik yang kat putrajaya beli, so i try tukar pada avent. Bukan avent yang baru ye. Ni yg jenis lama punya. Botol avent biasa. Alhamdulilah dia terima. Yeay.! Kalu sebelum ni avent dia reject. So senang la sikit dapatkan stok botol susu ni nanti.

newborn breastflow 1st year
1st year breastflow bottle

Anak 2nd pulak, dari entry sebelum ni, i ada survey 3-4 jenis botol, i pilih mimi jumi. I beli online masa pregnant. Tapi bila i kasi kat baby, asyik tersedak je. Rupanya dekat nipple dia tu hanya ada 1 lubang, yg memang akan buat susu terpancut keluar. Kira kalu terbalikkan botol susu tu pon still kuar. Laju pulak tu. Dari segi lembut nipple, memang terbaik. Lembut je. Tapi pada i x sesuai dgn newborn.

mimijumi
Mimijumi bottle

So i try PIGEON peristaltic PLUS PPSU bottle. Sekali cuba je terus anak 2nd i masa tu masih dalam pantang hisap dengan jayanya.. hahaha...

Pigeon peristaltic Plus bottle

Botol ni BPA FREE pastu warna botol pon kekuningan sikit sebab material botol ni PPSU (Polyphenylsulfone). Bukan macam botol plastik biasa ye. Kelebihan PPSU ni boleh mencapai tahan kepanasan sampai 180 darjah celcius dalam proses sterilizer & tahan lasak !

pigeon nipples

Yang lagi specialnya bentuk nipple dia tu yang buat anak i accept botol ni. Kalau tak hisap, susu takkan keluar. So tak kan terjadi tersedak susu la kan macam masa anak i minum pakai botol mimijumi. Keselamatan anak tu penting tau.

newborn pergerakkan mulut
Pergerakkan mulut bayi ketika menghisap susu.

Kira nipples botol ni ikut konsep pergerakkan mulut baby seperti breastfeed. Nipples dia pulak ada 4 saiz dari SS sampai la L mengikut umur.


Now my 3rd baby is a girl..! Yeay.. haih.. macam nak lari topik pulak ye erny. Later i citer pasal newborn baby girl ye.

Untuk newborn ni i memang seriously xbeli langsung botol susu. Sebabnya i dah dapat free botol susu MAM masa i beli Contour Double Stroller. So malas nak pk, try dl botol MAM tu kat newborn baru la try & error kalu dia reject botol MAM.

Since i memang tak nak botol susu brand sama untuk setiap anak, kira ok la dapat free botol MAM. Bukan apa. Nak mengelakkan berlakunya pertukaran puting.huhuhu.. setiap puting lain saiz untuk setiap umur. Kang ada jugak abg guna puting adik, adik guna puting abg. Salah satu sebab lagi jenia susu pon lain. So kalu botol brand lain, so boleh bezakan yg mana 1 susu diorang lepas bancuh.

newborn MAM

Setakat ni my newborn baby bole terima puting botol susu MAM ni. Keistimewaan botol MAM of course la design dia comel..hee... Pastu botol ni BPA FREE. Anti colic sebab rongga-rongga di bawah botol susu yang membolehkan udara keluar dan masuk ke dalam botol susu tanpa mengganggu pengaliran susu keluar dari puting botol. NO nipple confusion ni memang betul sebab baby i tak confuse pon bila dia lepas minum susu dengan botol then i continue dengan direct feeding, dia hisap elok. Tak de la reject kejap nipple i ke apa.

newborn MAM

Lagi satu setiap part boleh dibuka & dicuci. Yang ni i tak berapa gemar sikit. Bukan sebab boleh buka cuci tapi kekadang pasang tak betul dah susunya keluar dari bawah. So wait & see je la berapa lama baby newborn i dapat bertahan dengan botol susu MAM ni.

17 April 2014

Solid Food for 6 months ++

Ni sambungan untuk entry solid food untuk azfar yang sebelum  ni i dah buat. Ramai yang tanya balik. kenapa sikit je.. ayam xbole mkn ke? bukan xbole ye mommies..bole.. tapi saya mulakan apabila baby dah masuk 6 bulan lebih. kalau baru msk 6 bulan memang itu je la mknn yang i kasi dia. sebab perut baby ni kan kosong lagi. hanya susu je. xkan tetiba ktr nak kasi bubur ayam kan.. saya kasi bubur kosong je pon dah x berak 3 hari. Tapi nasib baik breastfeed. So xde la risau sgt. Sekarang poo poo dia dah ok. Hari2 poopoo..

Ok.. Jom ktr tgk makanan apa ye yang 6 mths lebih bole makan... kalau dah masuk 6 bulan 2 minggu baru saya kasi baby makanan ni.. yang kaler merah tu kira new food la..

Cereals & Grains : Rice - Barley - Oat
Fruits : Avocado - Apples - Bananas - Pears - Apricots - Mangos - Nectarines - Peaches - Plums - Prunes - Pumpkin - Papaya
Vegetables : Sweet Potatoes - Green Beans - Carrots - Peas - Parsnips (Lobak putih)
Protein : Chicken - Turkey - Tofu
Dairy : Plain Whole Milk Yogurt


Untuk Combination pulak, makin banyak la menu combination.. Time ni dah bole la buat bubur ayam, campur carrot, pastu blend.. Sebut pasal blender.. sgt excited oke..hee.. Sebelum ni i pakai blende Seiketsu je utk buat puree. Memang senang.. seminit dah jadi puree.. tapi semalam pergi SenQ kat jusco tebrau. Mr hubby ada point senQ lor.. apa lagi.. redeem la.. i abik hand blender. So kalu nak buat puree sikit je. xyah la masukkan dlm blender seiketsu tu.. pastu i redeem sabun byk giler.. hahaha...Bole tahan 3-4 bulan oke..

Later i update resipi or combination oke..

12 April 2014

Solid Food untuk Azfar..

Salam semua.. Dah lama x buat entry baru.. busy yang amat..!
Kali ni nak citer pasal solid food. My baby Azfar dah masuk 6 bulan. Yeay.. dah berjaya buat kali ke-2 utk exclusive breastfeeding.. Hanya breastfeed dari lahir sampai 6 month. 

Tapi kali ni dugaannya lagi banyak. Kalau dulu dugaannya dgn org lama2 yang sibuk suruh kasi campur nestum dalam susu bila dah 3 mth, kali ni dengan anak sendiri..! huhuhu... Si abg Amsyar ni pantang tgk adiknya nganga mulut. mula la dia nak suap apa yang dia mkn. Dah 2 kali dia sua adik. 1st masa tgh kemas rumah. Tgk abg jaga adik, senang hati rasa. tetiba senyap je. Macam pelik plk. Bila intai tgk abg tgh suap pringles kat mulut adik.. haish.. nasib xsempat makan. Tapi adik sempat merasa la masin2 pringles tu kot. huhuhu... Kali ke-2 plk, masuk bilik air kejap je. keluar bilik air  tgk2 mulut adik ada nutella..hhohoho... senyum je adik.. 

Ok.. Jom ktr tgk makanan apa ye yang 6 mths bole makan...

Cereals & Grains : Rice - Barley - Oat
Fruits : Avocado - Apples - Bananas - Pears
Vegetables : Sweet Potatoes - Green Beans
 
Itu shj oke... perut baby ni bukannya bole makan sebarangan.. 

Makanan apa yang perlu mula dulu? perut baby xpernah msk mknn selain susu kan. So, dari anak 1st, i memang mulakan dgn fruits dulu. Sebab, fruit akan kurang terjadinya alahan, kurang terjadi sembelit... 1st ktr cuba avocado dulu.. Mesti ingat, 4 days rules.. 4 hari berturut2 beri mknn yang sama utk tengok samada baby ada alahan ke x. utk fruits, avocado & banana x perlu masak or steam dulu. Lenyek je terus. Buat macam puree tau. tambah air sikit. Untuk Apples & Pears, i selalu buang kulit dia. potong kecik2, steam dulu or masuk dlm microwave. Pastu baru blend.

Bila dah try semua buah, bole tanda buah mana yang baby suka & x, pastu tgk ada x naik mcm alergik ke.. sembelit ke.. kalu sembelit, lebih kan air masa suap tu ye. Kuantiti biasanya 1-3 sudu besar, makan 2-3 kali sehari. Azfar skrg dah mula makan 3 sudu besar, 2 kali sehari. tghari & malam.

Next vegetables plk.. mula dgn sweet potatoes.. beli yg jepun punya tu.. ala.. yang warna purple tu.. dia kurang manis berbanding yang kuning tu. lagi sedap oke.. i buat utk baby i, mesti buat lebih utk kami mkn sekali. mcm yang kat jusco jual tu. Sweet potatoes.. kalau beli yang blom masak, basuh dulu kasi bersih, then bakar dlm oven sampai kulit dia berkedut or dah lembik. nanti ada bau wangi je. tu tandanya dah masak. Pastu lenyek or blend k. mesti masa kupas tu ada yang masuk mulut sendiri. hee... Kalau xde oven, bole jugak steam sampai lembik. Masa nak blend tu tambah la sikit air. tp jgn banyak sgt sampai jadi mcm sup pulakkan.. Green beans i skip dulu..

Next.. Cereals & Grains.. Mulakan dgn rice. masak la bubur macam biasa. tp biar lebih air sikit. pastu blend, baru suap kat anak. bubur kosong ye. jgn campur dgn perasa or garam. pati ayam pon jgn.. biar kosong je dl. Kalau baby nampak macam kurang berak, lebih kan air masa suap tu. Cara i, beli straw yang getah. ala.. yang utk botol sir budak tu.. kasi air pakai straw tu. bole jugak pakai straw biasa. tapi hati2. takut luka lidah or mulut baby. Sebab plastik kan tajam.. Pastu i ada jugak standby nestum baby cereal. pilih yang rice or rice with milk. Tu standby kalau ada gi jejalan or balik kg je. so tinggal mix je dgn mknn lain..

Pastu baru la barley & oat. sama jugak. Mesti blend ye...

Bila dah kasi try semua mknn utk 4 hari bagi setiap mknn, baru la ktr mix & match ye. Mula2 tolak ke tepi makanan yang baby x suka or ada alahan.. Pastu baru la mix.. utk mix ni dah x perlu 4 day rules. Ni contoh combination yang i buat utk baby i..

1) Apple + Oatmeal / Rice / Baby cereals
2) Avocado + Banana + Rice /  Baby cereals
3) Apple + Pear
4) Apple + Sweet Potatoes
5) Green Beans + Apples
6) Green Beans  + Pears
7) Green Beans + Rice /  Baby Cereals.

Biasanya, menu anak i macam ni.. Dalam kul 12.30tghari -  2ptg i kasi mkn benda yang berat sikit. yang ada campur cereals & grains. Contoh :

1) Apple + Oatmeal / Rice / Baby cereals
2) Avocado + Banana + Rice /  Baby cereals
3) Green Beans + Rice /  Baby Cereals.

Pastu mlm dalm kul 7.30 mlm-8.30 mlm i kasi yang ada mx fruit. Supaya senang berak nt. Contoh:

1) Apple + Pear
2) Apple + Sweet Potatoes
3) Green Beans + Apples
4) Green Beans  + Pears

 Seronok sediakan mknnn baby & suap baby.. Selamat mencuba..!

05 February 2014

Review : Tropica - Baby Herbal Cream

Minggu kedua abg Amsyar school, dia kene selsema..adoii...bawak balik virus pulak. Adik terjangkit  sekali. Sian adik.. abg xper la..bole makan ubat.. I still amalkan petua untuk hilangkan batuk selsema untuk abg Amsyar. Bole tgk entry i sebelum  ni SINI.


Tapi untuk baby Azfar yang baru 4 months, tak bole kasi ubat selsema tu.. Baby bawah 2thn tidak bole kasi sebarang ubat sebab perut baby blom bole proses chemical ubat tu.Kesan dia takut nanti buah pinggang rosak sebab xleh nak proses. So 4 petua yang macam i cerita SINI semua i buat kat baby Azfar. Tapi i ada try 1 lagi krim iaitu brand Tropica, Baby Herbal Cream.



BABY HERBAL CREAM TROPIKA – krim telon herba atau viks herba krim ini dirumus sebagai rawatan 2 dalam 1.

1. Sebagai krim telon untuk mencegah dan merawat perut kembung, perut berangin, colics dan permasalahan lain yang biasa dihadapi oleh bayi.

2. Sebagai viks untuk merawat batuk, selsema dan wheezing – nafas berbunyi.

Krim ini dirumus menggunakan minyak kelapa dara, halia, minyak kayu putih serta beberapa lagi herba tropika. Ia tidak mengandungi sebarang bahan sintetik atau steroid atau parabens yang boleh menyebabkan masalah sampingan samada jangka pendek atau panjang. Krim telon herba / viks herba TROPIKA dijamin HALAL kerana ia dikilangkan sendiri oleh pengilang bumiputra Muslim tanpa melibatkan sebarang unsur atau bahan yang haram.

Kita pernah dikejutkan dengan berita minyak telon yang banyak digunakan oleh orang Islam di negara kita yang mengandungi bahan yang haram. Oleh itu beralihlah daripada mengguna produk-produk yang kita was-was kepada produk keluaran orang Islam yang pastinya selamat dan HALAL.

CARA PENGGUNAAN
Cara penggunaan krim telon herba / viks herba TROPIKA, rawatan 2 dalam 1.

1. Sebagai krim telon - setiap kali selepas mandi sapukan krim pada telapak kaki bayi, perut dan sendi-sendi. Sapu dan gosok perlahan-lahan sehingga krim meresap ke dalam kulit. Krim ini apabila dipakai pada bayi ia tidak panas dan tidak mendatangkan radang kepada kulit bayi.

Amalkan penggunaan krim telon herba ini samada sebagai mencegah atau merawat perut kembung, peru tberangin dan colics. Bagi bayi yang belum gugur pusat, ketika menyapu krim pada perut elakkan menyapu krim di pusat tersebut. Bukanlah bahaya, cuma tidak mahu menyentuh bahagian yang masih sensitif.

2. Sebagai krim viks – apabila ada tanda-tanda selsema atau berhingus atau kahak yang boleh menyebabkan pernafasan berbunyi dan terganggu, sapu krim pada dada dan belakang bayi, buat seperti viks. Gosok-gosokkan krim pada dada bayi dan bahagian atas belakang, terutama ketika tidur malam, supaya wap krim disedut / hidu oleh bayi. InsyaAllah, selsema dan hingus akan berkurangan dan kahak akan keluar dan nafas berbunyi / wheezing akan berhenti. Ulangkan sapuan setiap 2 – 3 jam sekali sehingga masalah diatasi. Elakkan menyapu krim pada muka, pipi atau hidung. Bahagian-bahagian ini kulit lebih sensitif dan boleh berlaku radang kulit. Kami sarankan kepada ibu-ibu, kalau nak sapu di hidung, cubalah sedikit-sedikit dan perhatikan reaksi kulit bayi.

Kita juga tidak menggalakan menyapu krim pada muka, pipi atau hidung atau di tempat-tempat yang terdedah kepada sentuhan tangan bayi, kalau-kalau bayi menyentuh tempat-tempat tersebut kemudian dibawanya ke mata. Sebab itu kita sarankan disapu di dada dan di bahagian atas belakang dan dipakaikan baju untuk bayi tersebut.

Semua produk-produk TROPIKA boleh disimpan lama, tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk, cukup ditutup rapat dan disimpan di tempat yang udara boleh berputar, jauh dari sinaran matahari dan juga suhu yang tinggi.
 

Isi Kandungan

1. minyak kelapa dara
2. ekstrak halia
3. minyak kayu putih

Details ni semua i copy dari laman web Tropika . U'olls bole tgk kat situ & bole beli online jugak..Memandangkan i nak ASAP krim ni. Pastu dah nak dekat Chinese New Year. Kami pon nak balik kg nak beraya. So i usaha jugak cari kat area JB. Kebanyakkan stokis yg listed kat laman web tu xde stok krim ni. Haish..baik xyah letak no fon stokis tu.. Selidik dari member2, ada yang pernah beli brand ni kat BBU. Apa dah nama kedai dia.. lupa dah.. kedai jual barangan baby sebelah chamek kopitiam. Tu pun tinggal 1 je.. 

Lepas beli je terus i sapu kat baby Azfar & abg Amsyar. Kalau sebelum ni, malam batuk teruk sampai abg Amsyar muntah 3 malam brturut2. Batuk kuat sangat sampai muntah Tapi lepas sapu krim ni, dia bole tido lena sikit. Adik pon xde la sesak nafas je. Malam tu adik xperlukan spray sterimar..


I teruskan jugak pakai krim ni. I sapu dengan kerap. Overall i suka krim ni. memang berkesan pada anak i. Tapi yang tak best nyer susah dapat stok. so bln ni i beli siap2 via online. standby kot2 habis yang tengah pakai sekarang ni.

Sekarang both anak i dah recover dari flu.. Batuk pon dah xde. Adik pon dah makin cergas... I LIKE.. Memang akan sentiasa buat stok nanti..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...