Minggu kedua abg Amsyar school, dia kene selsema..adoii...bawak balik
virus pulak. Adik terjangkit sekali. Sian adik.. abg xper la..bole makan
ubat.. I still amalkan petua untuk hilangkan batuk selsema untuk abg
Amsyar. Bole tgk entry i sebelum ni SINI.
Tapi untuk baby Azfar yang baru 4 months, tak bole kasi ubat selsema tu.. Baby bawah 2thn tidak bole kasi sebarang ubat sebab perut baby blom bole proses chemical ubat tu.Kesan dia takut nanti buah pinggang rosak sebab xleh nak proses. So 4 petua yang macam i cerita SINI semua i buat kat baby Azfar. Tapi i ada try 1 lagi krim iaitu brand Tropica, Baby Herbal Cream.
BABY HERBAL CREAM TROPIKA – krim telon herba atau viks herba krim ini dirumus sebagai rawatan 2 dalam 1.
1. Sebagai krim telon untuk mencegah dan merawat perut kembung, perut
berangin, colics dan permasalahan lain yang biasa dihadapi oleh bayi.
2. Sebagai viks untuk merawat batuk, selsema dan wheezing – nafas berbunyi.
Krim ini dirumus menggunakan minyak kelapa dara, halia, minyak kayu
putih serta beberapa lagi herba tropika. Ia tidak mengandungi sebarang
bahan sintetik atau steroid atau parabens yang boleh menyebabkan masalah
sampingan samada jangka pendek atau panjang. Krim telon herba / viks
herba TROPIKA dijamin HALAL kerana ia dikilangkan sendiri oleh pengilang bumiputra Muslim tanpa melibatkan sebarang unsur atau bahan yang haram.
Kita pernah dikejutkan dengan berita minyak telon yang banyak
digunakan oleh orang Islam di negara kita yang mengandungi bahan yang
haram. Oleh itu beralihlah daripada mengguna produk-produk yang kita
was-was kepada produk keluaran orang Islam yang pastinya selamat dan HALAL.
CARA PENGGUNAAN
Cara penggunaan krim telon herba / viks herba TROPIKA, rawatan 2 dalam 1.
1. Sebagai krim telon - setiap kali selepas mandi sapukan krim
pada telapak kaki bayi, perut dan sendi-sendi. Sapu dan gosok
perlahan-lahan sehingga krim meresap ke dalam kulit. Krim ini apabila
dipakai pada bayi ia tidak panas dan tidak mendatangkan radang kepada
kulit bayi.
Amalkan penggunaan krim telon herba ini samada sebagai mencegah
atau merawat perut kembung, peru tberangin dan colics. Bagi bayi yang
belum gugur pusat, ketika menyapu krim pada perut elakkan menyapu krim
di pusat tersebut. Bukanlah bahaya, cuma tidak mahu menyentuh bahagian
yang masih sensitif.
2. Sebagai krim viks – apabila ada tanda-tanda selsema atau
berhingus atau kahak yang boleh menyebabkan pernafasan berbunyi dan
terganggu, sapu krim pada dada dan belakang bayi, buat seperti viks.
Gosok-gosokkan krim pada dada bayi dan bahagian atas belakang, terutama
ketika tidur malam, supaya wap krim disedut / hidu oleh bayi.
InsyaAllah, selsema dan hingus akan berkurangan dan kahak akan keluar
dan nafas berbunyi / wheezing akan berhenti. Ulangkan sapuan setiap 2 – 3
jam sekali sehingga masalah diatasi. Elakkan menyapu krim pada muka,
pipi atau hidung. Bahagian-bahagian ini kulit lebih sensitif dan boleh
berlaku radang kulit. Kami sarankan kepada ibu-ibu, kalau nak sapu di
hidung, cubalah sedikit-sedikit dan perhatikan reaksi kulit bayi.
Kita juga tidak menggalakan menyapu krim pada muka, pipi atau
hidung atau di tempat-tempat yang terdedah kepada sentuhan tangan bayi,
kalau-kalau bayi menyentuh tempat-tempat tersebut kemudian dibawanya ke
mata. Sebab itu kita sarankan disapu di dada dan di bahagian atas
belakang dan dipakaikan baju untuk bayi tersebut.
Semua produk-produk TROPIKA boleh disimpan lama, tidak perlu
disimpan di dalam peti sejuk, cukup ditutup rapat dan disimpan di tempat
yang udara boleh berputar, jauh dari sinaran matahari dan juga suhu
yang tinggi.
Isi Kandungan
1. minyak kelapa dara
2. ekstrak halia
3. minyak kayu putih
Details ni semua i copy dari laman web Tropika . U'olls bole tgk kat situ & bole beli online jugak..Memandangkan i nak ASAP krim ni. Pastu dah nak dekat Chinese New Year. Kami pon nak balik kg nak beraya. So i usaha jugak cari kat area JB. Kebanyakkan stokis yg listed kat laman web tu xde stok krim ni. Haish..baik xyah letak no fon stokis tu.. Selidik dari member2, ada yang pernah beli brand ni kat BBU. Apa dah nama kedai dia.. lupa dah.. kedai jual barangan baby sebelah chamek kopitiam. Tu pun tinggal 1 je..
Lepas beli je terus i sapu kat baby Azfar & abg Amsyar. Kalau sebelum ni, malam batuk teruk sampai abg Amsyar muntah 3 malam brturut2. Batuk kuat sangat sampai muntah Tapi lepas sapu krim ni, dia bole tido lena sikit. Adik pon xde la sesak nafas je. Malam tu adik xperlukan spray sterimar..
I teruskan jugak pakai krim ni. I sapu dengan kerap. Overall i suka krim ni. memang berkesan pada anak i. Tapi yang tak best nyer susah dapat stok. so bln ni i beli siap2 via online. standby kot2 habis yang tengah pakai sekarang ni.
Sekarang both anak i dah recover dari flu.. Batuk pon dah xde. Adik pon dah makin cergas... I LIKE.. Memang akan sentiasa buat stok nanti..
0 comments:
Post a Comment