MY POPULAR POSTS THIS MONTH

22 August 2015

sabun pencuci baju untuk mesin basuh front loading

Tengok tajuk macam xde benda lain je nak share kan.  Huhuhu.. Sebenarnya mng dok search lama dah sabun basuh baju yang memang kurang buih, khas untuk mesin basuh front loading.

Yang pakai mesin basuh front loading perlu alert ye. Mesin jenis bukak pintu dpn ni bukan sebarangan sabun boleh pakai. Kalau yang jenis sekali dgn dryer tu lagi la tak boleh pakai sabun biasa yang buih banyak sangat tu. Jawapnya rosak itu ini la.

Pengalaman i sendiri. Dulu pakai mesin basuh biasa je. Since mesin basuh tu rosak, nak baiki pon mcm dpt beli baru, so beli je la kan. Nak jadi cerita i memang dah lama target nak beli yang front loading ni. Memandangkan harganya boleh tahan sangat & mesin basuh lama masih elok, sabar je tahan nafsu.  Kuang kuang kuang.. Bila rosak je apa lagi. Memang beli yang idaman kalbu la kan.

Cari punya cari abik la jenis samsung. Abik yang ada dryer sekali since nak beli asing2 dryer mana nak letak ooii... Tempat sempit giler kat belakang bahagian laundry. I abik yang 8kg, tapi dryer dia boleh 5kg. Nak beli yang muat toto sekali terpaksa lupakan ye sebab space xde. Lagi 1 harga dia mak aii.. bole buat bayar loan rumah.. huhuhu..

samsung dryer

So i memang xde pengalaman la kan pakai front loading. So bantai la pakai sabun yang sebelum ni pakai. Lagi suka nampak buih2 tu. Anak2 sampai dok tgk je. Tp sebenarnya buih2 tu la penyebab rosak heater tau. Buih2 tu perangkap debu2 then masuk ke kawasan heater. Jadi tersumbat la. So bila heater tu xleh pakai, i call customer service, sia dtg tukar 1 brg terus. Dia siap tunjuk lagi segumpal debu2 yang dah kering jadi mcm bola gitu. Pergh.. Nasib baik la masih under warranty. Kalu x terbang rm500 lbh. Mahal giler spare part dia. So i pon dinasihatkan kurangkan penggunaan sabun tu. Tapi mana tahan beb. Rasa mcm x bersih je baju. 2 bulan pastu rosak balik. Haiya.. nasib masih under warranty. Rosak sikit je tp samsung malas nak panjang cerita tukar semua terus.. huhuhu.. lab u la samsung..

So hubby kata beli la sabun khas dia tu. Yang kurang buih or low sud orang puteh panggil. Huhuhu.. mahal nak mampus sabun dia. So cari la kat tesco tebrau yang seangkatan dengannya tapi murah. At last jupe jugak sabun yang murah. Win low Suds Fabricare. Harga dia rm16 lebih je utk 3kg.

win low suds

win low suds

win low suds

win low suds

Guna sampai sekarang belum habis. Kalu ikutkan dah nak masuk 2 bulan guna sabun ni. Tiap2 hari cuci baju. Ok la kan. Tapi pada i sabun ni bau tak berapa best. Will try out another brand nt. Tunggu habis dulu yang ni. Dari wegi bersih tu memang bersih la. Kurang buih. Kalu dulu pakai yang biasa buih dia byk sampai xnampak kain dlm tu. Tapi ni masih under control buih dia. Xlebih setengah dari cermin mesin basuh tu. Ok la kan. Si dia xnaik ke heater.

21 June 2015

Review : susu dugro4 fruit & veg

Qaiser Amsyar aka along memang tak makan nasi langsung. Mommy dia ni dah habis cara dah nak buat dia makan nasi. Sampai nangis2 & muntah bila paksa. Makanan yang selalu dia makan donut, roti, biskut2, jajan & susu. Pernah jugak sekali cuba x sediakan jajan, biskut, roti yg dia makan. Memang ada nasi je kat rumah. Sanggup dia tahan lapar. Hanya minum susu je. Dengan umur dia nak masuk 5 tahun, susu tu dikira sampingan sahaja. Makanan berat yang patut jadi makanan utama. Disebabkan i xkasi dia makan jajan biskut semua tu, dia kene gastrik. Haiyoo.. pening den. At last sedia jugak la semua tu kat rumah. Saper pernah dtg rumah i tau la camner. Biskut pelbagai jenis biskut i letak dalam 1 bakul utk dia pilih yang mana dia nak makan. Roti ada berpuluh roti kalu sekali gi borong. Jajan xyah cakap la. Siap sorok kuarkan 2 paket 1 hari.

Berlainan dengan Qamar Azfar aka angah. Makan apa sahaja. Batu kayu pon dia x tolak tau. Kalu dok jejalan kat luar kene sentiasa perhati je. Takut dia kutip batu2 pastu gigit. 

Berbalik pada tujuan entry ni. Banyak pulak tazkirah sebelum review ye. Hihihi.. Anak2 i memang both minum susu similac. Yang along similac step 4, angah semilac step 3. Yang si adik Qisya memang breastfeed je. So since dah dapat adik baru, budget pon kene la share2 oke.. so kami decide tukar susu along. Downgrade sikit tapi tetap pilih yang berkualiti. Bukan downgrade sebarangan ye. Cari yang murah sikit la.

Memang dah pasang niat nak kasi try susu baru, tetiba dia cirit birit pulak. So tunggu la sampai ok sikit cirit baru start beli susu baru. Masa tu memang dah servey2 susu yang sesuai dengan along yang kurang makan & of course tak berkhasiat. Google punya google, banyak review yang i baca suggest dugro4 with fruit & veg. Yang baru punya.


Gambar ni i snap masa nak beli di Econsave Taman Daya Johor Bahru. Harga dia rm29.65 untuk 900g. Dia memang xde dalam tin macam similac. Dalam pack je & yang paling besar pon pack 900g ni la. Lagi satu kecik sikit iaitu 600g. Pasaraya lain i xpasti pulak harganya..

Seperti yang kita dah sedia maklum, susu brand dumex ni memang dah lama wujud. Dari zaman i kecik lagi dah ada susu dumex ni. Tapi yang ni dumex dugro4 fruit & veg ni yang baharu dan sudah dipertingkatkan. Kebaikan susu ni ialah ianya membekalkan 75% nurtien seharian yang diperlukan oleh anak dengan gabungan khasiat dari 13 jenis ektrak buah-buahan dan sayur-sayuran. Ianya terdapat dalam 1-3 tahun, 3-6 tahun dan 6 tahun ke atas dengan 0% sukrosa. Along minum yang untul 3-6 tahun. Susu ni dirumus berdasarkan rujukan Saranan Pengambilan Nutrien Malaysia (RNI). Rasa dia pulak manis2 buah gitu. I tau sebab i try minum sikit sebelum kasi along. Hee..


Gambar diatas adalah maklumat khasiat bagi setiap pack. Manakala gambar bawah ni cara penyediaan &  amalan penyimpanan.


Kalu tengok dalam gambar cara penyediaan tu, utk yang along punya kene bancuh 5 sudu atau scoop dengan 7.5 oz lebih kurang. Kalu 8 oz 240ml. Tapi i x ikut sukatan tu. Along x berapa suka rasa manis buah dia tu. Selalu minum tak habis. So i kurangkan sikit. I bancuh 7 oz dengam 4 scoop. Since dalam pack ni dia xkasi scoop, so i guna scoop yang similac dulu.

Setakat ni alhamdulillah along suka minum susu dumex dugro4 fruit & veg ni. Dari segi poo poo, kalu dulu selalu dia poo poo butir2 macam taik kambing. Hahaha.. sejak consume susu ni nampak poo poo dia biasa. Tak de keras sgt sampai biji2 macam sebelum & x cair sangat. Lagi satu selera makan dia pon makin bertambah. Alhamdulillah..

20 June 2015

Penawar baby sakit mata

11 June 2015 genap 62 hari umur Qisya. Hari tu juga la injection untuk 2 bulan. Macam biasa semua injection abik dengan doktor Ismail di Hospital Pakar Puteri Johor Bahru. Abik injection wajib 6 serangkai, pneumokokal & rotavirus. Tapi injection wajib 6 serangkai blom bole abik. Habis katanya. Buka  situ je. 1 malaysia habis injection ni dari bulan 5 lagi. Tengah bln 7 pulak insyaallah baru ada.

Settle bab injection, esoknya tengok mata Qisya belah kanan bertaik kuning & berair. Sakit mata la pulak. Kene pulak lepas check up. Kali masa check up bole la abik ubat sekali kan. Kesian sangat tengok Qisya dok kelip2 mata dia sebab banyak taik mata.


Dulu masa Amsyar dalam pantang pon ada berair mata sebab terkene infection kat mata semasa bersalin. Masa tu pernah dengar hanya guna susu ibu je. So i titik kat mata amsyar, 2 kali titik terus baik. Kali ni try kat Qisya pulak. Alhamdulillah makin kurang bertaik & berair. Kekadang tu ada lagi berair tapi tak teruk sangat mcm sebelum la.

Kalu tak ok jugak baru gi abik ubat titik kat klinik. So far nampak makin elok. Ktr tunggu dulu la. Try titik lagi untuk beberapa hari.

Semoga mata anak mommy ni cepat sembuh. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...