MY POPULAR POSTS THIS MONTH

01 November 2015

Resepi gulai lemak telur masin

Pepagi lagi buka fridge sambil dok fikir nak masak apa untuk hari ni. Mata ternampak telur masin yang mama kasi. Elok lagi ni. Tapi ada 4 biji je. Boleh la buat gulai lemak telur masin. Cincai-cincai je la. Janji ada lauk hari ni.. hee..

♨ Gulai Lemak Telur Masin ♨

Bahan bahan:
✏ 4 biji telur masin
✏ 4 ulas bawang merah
✏ 2-3 ulas bawang putih
✏ 1 inci Kunyit hidup
✏ Beberapa hiris Lengkuas
✏ Sedikit cili kisar (tak mahu letak pun, tak apa..erny tak letak sebab tak nak pedas. Nak suap anak-anak..)
✏ Cili hidup (ni pon tak letak. Betul-betul cincai kali ni..)
✏ Garam
✏ Sedikit gula/ajino moto (erny tak letak ajinomoto. Stok ajinomoto pon tak ada kat rumah.)
✏ Asam keping
✏ Santan

Cara-cara:

Kisar bawang merah, putih, kunyit dan lengkuas.
Erny guna pengisar jenama Seiketsu. Nampak tak bawang tu erny letak sebiji sebiji. Tak potong pon. Yang bestnya pengisar ni bubuh la carrot sebatang pon tetap lumat. Air sikit je pon lumat.. tak ada masalah. Promot sikit. Pada yang nak tgk demo or nak beli pengisar ni boleh la contact erny ye.

Erny guna fungsi seminit. So dia akan kissr ikut irama gitu selama seminit, then stop sendiri.

Ni hasil kisar. Halus sangat. Masukkan bahan kisar ke kuali dengan sedikit air. Kalau nak masukkan cili kisar, boleh masukkan sekali dengan bahan kisar ni. Masak hingga mendidih, baru dimasukkan telur satu persatu. Setelah telur mengeras, baru dimasukkan santan.

Masak atas api perlahan sambil terus dikacau masak. Masukkan asam keping, garam dan serbuk perasa. Boleh letak cili kalau nak.

Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat. Hidangkan dengan nasi putih.

Nyum nyum. Sorry. Dalam gambar tak nampak telur. Hee. Telur 4 biji je. Kuah banyak. Hee..

01 September 2015

Ayat-ayat ruqyah penawar bayi menangis malam akibat gangguan

Salam semua..
Masa dalam pantang Qisya akan sedar dalam kul 3 pagi tapi tak ada la nangis2 sakan. Just nangis nak susu, masa tu la poo poo banyak & nak orang tegur2 dia. Sampai kul 6.30pg biasanya.

Episod menangis malam bermula apabila balik kg kat kelantan. Masa tu baru je lepas 44 hari. Mula2 sampai anjung damai dalam kul 10.30mlm memang menangis kuat sangat. I ingatkan biasa la. Dah berjalan jauh dari Johor ke kelantan. Lalu plk jalan hutan kiri kanan. Qisya menangis sampai lepas subuh baru dia berhenti. Bengkak mata.

Bila i tanya orang2 tua, google semua, suggest bacakan ayat2 ruqyah. Since husband i dah balik jb, then i pulak tengah uzur, terpaksa la alternatif pasang aplikasi quran dari hp. Tapi dlm aplikasi tu kene cari manual satu2 ye ayat2 ruqyah. So utk rujukan i & u'ols, i listkan ayat2 ruqyah.

1) Surah Al-Fatihah (Ayat 1-7)

2) Surah Al-Baqarah (Ayat 1-5)


3) Surah Al-Baqarah (Ayat 102)--Ulang 7 kali

4) Surah Al-Baqarah (Ayat 163-164)


5) Surah Al-Baqarah (Ayat 255)

6) Surah Al-Baqarah (Ayat 285-286)


7) Surah Al-'Imran (Ayat 18-19)


8) Surah Al-A'raf(Ayat 54-56)

9) Surah Al-A'raf(Ayat 117-122)--ulang 7 kali

10) Surah Al-A'raf(Ayat 120)--ulang 30 kali secara bersendirian

11) Surah Yunus(Ayat 81-82)--ulang 7 kali

12) Kemudian baca ayat ini

13) Surah Ta-ha (Ayat 69)--ulang 7 kali

14) Surah Al-Mukminun (Ayat 115-118)

15) Surah As-Shaffat (Ayat 1-10)

16) Surah Al-Ahqaf (Ayat 29-32)

17) Kemudian baca ayat ini--ulang 7 kali

18) Surah Ar-Rahman (Ayat 33-36)

19) Surah Al-Hasyr (Ayat 21-24)

20) Surah Al-Jinn (Ayat 1-9)

21) Surah Al-Ikhlas (Ayat 1-4)

22) Surah Al-Falaq (Ayat 1-5)--ulangi 9 kali

23) Surah An-Nas (Ayat 1-6)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...