MY POPULAR POSTS THIS MONTH

Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

01 November 2015

Resepi gulai lemak telur masin

Pepagi lagi buka fridge sambil dok fikir nak masak apa untuk hari ni. Mata ternampak telur masin yang mama kasi. Elok lagi ni. Tapi ada 4 biji je. Boleh la buat gulai lemak telur masin. Cincai-cincai je la. Janji ada lauk hari ni.. hee..

♨ Gulai Lemak Telur Masin ♨

Bahan bahan:
✏ 4 biji telur masin
✏ 4 ulas bawang merah
✏ 2-3 ulas bawang putih
✏ 1 inci Kunyit hidup
✏ Beberapa hiris Lengkuas
✏ Sedikit cili kisar (tak mahu letak pun, tak apa..erny tak letak sebab tak nak pedas. Nak suap anak-anak..)
✏ Cili hidup (ni pon tak letak. Betul-betul cincai kali ni..)
✏ Garam
✏ Sedikit gula/ajino moto (erny tak letak ajinomoto. Stok ajinomoto pon tak ada kat rumah.)
✏ Asam keping
✏ Santan

Cara-cara:

Kisar bawang merah, putih, kunyit dan lengkuas.
Erny guna pengisar jenama Seiketsu. Nampak tak bawang tu erny letak sebiji sebiji. Tak potong pon. Yang bestnya pengisar ni bubuh la carrot sebatang pon tetap lumat. Air sikit je pon lumat.. tak ada masalah. Promot sikit. Pada yang nak tgk demo or nak beli pengisar ni boleh la contact erny ye.

Erny guna fungsi seminit. So dia akan kissr ikut irama gitu selama seminit, then stop sendiri.

Ni hasil kisar. Halus sangat. Masukkan bahan kisar ke kuali dengan sedikit air. Kalau nak masukkan cili kisar, boleh masukkan sekali dengan bahan kisar ni. Masak hingga mendidih, baru dimasukkan telur satu persatu. Setelah telur mengeras, baru dimasukkan santan.

Masak atas api perlahan sambil terus dikacau masak. Masukkan asam keping, garam dan serbuk perasa. Boleh letak cili kalau nak.

Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat. Hidangkan dengan nasi putih.

Nyum nyum. Sorry. Dalam gambar tak nampak telur. Hee. Telur 4 biji je. Kuah banyak. Hee..

24 July 2012

Penne Goreng

Our menu for today..





Masih dalam kuali.. hee...ni dah kasi jiran sebelah sikit.. balance for 2 of us.. ok lor.. asyik nasi je kan.. kind of boring dah.. nak resepi?? bole..


Penne goreng..


Bahan-bahan
-penne
-udang
-sosej
-cendawan butang
-buah tomato
-bawang besar
-capsicum merah
-capsicum hijau
-brokoli
-sos cili
-sos tomato
-lada hitam
-minyak masak
-garam


Cara membuat
1) rebus penne hingga lembut, toskan & ketepikan.
2) panaskan minyak dan tumiskan bawang besar sehingga wangi dan layu.
3) masukkan udang dan sosej. goreng hingga masak
4) masukkan penne, brokoli, tomato, cendawan butang, sos cili, soa tomato, serbuk lada hitam, dan garam.
5) tutup api. masukkan capsicum merah dan hijau. kacau rata.
6) sedia utk dimakan.. nyum..nyum...


❤Do not hesitate to contact me❤
Call/sms/whatsupp/viber
📱: 017-3300036
or
📩: babyalanis2800@yahoo.com


-Posted using BlogPress from my iPhone

22 July 2012

2nd Ramadhan

Our menu for today..



Ayam goreng berempah..simple je..

Today i want to share with u'olls..

Ikan Bakar Tomyam

Bahan A
- 1 ekor ikan siakap
- pes tomyam
- daun limau purut
- jus limau nipis @ limau kasturi
- tomato
- limau kasturi (utk perah lps bakar)
- Aluminium foil

Bahan B (dikisar)
- cili merah
- cili api
- serai
- bawang merah
- bawang putih

Cara membuat:
1) Gaulkan semua bahan yg dikisar dan letakkan dlm aluminium foil
2) letakkan ikan & daun limau purut. bungkus kemas.
3) bakar dlm kuali @ oven.
4) perah limau semasa menghidang..



Wallah..!!😘

❤Do not hesitate to contact me❤
Call/sms/whatsupp/viber
📱: 017-3300036
or
📩: babyalanis2800@yahoo.com

-Posted using BlogPress from my iPhone

21 July 2012

Selamat berbuka puasa

Alhamdulillah, 1 ramadhan.. erny masak sendiri semua.. siap buat lebih utk sahur sekali.Lauk yg dimasak hari ini, ayam gajus, masak lemak cili api cendawan, telur dadar, ulam, ayam masak padang (lebih yg sahur pagi td..)



Tetiba ada mood nak share resepi pulak kat u'olls..




Ayam Gajus

Bahan A
-isi ayam
-tepung jagung
-garam

Bahan B
-kacang gajus goreng
-cili kering
-bawang besar
-bawang putih
-halia
-capsicum hijau
-sos tiram
-sos tomato
-sedikit air
-minyak masak

Cara Membuat
1) gaulkan isi ayam dengan garam dan tepung jagung.
2) panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak. Angkat, ketepikan
3) goreng lada kering hingga garing dan ketepikan.
4) tumis halia dan bawang putih hingga garing dan masukkan bawang besar.
5) masukkan capsicum,isi ayam, sos tiram, sos tomato, dan sedikit air.
6) biarkan kering dan tutup api.
7) masukkan kacang gajus & kacau rata.
8) sedia dihidangkan..
9) ngap je ler..wee...

❤Do not hesitate to contact me❤
Call/sms/whatsupp/viber
📱: 017-3300036
or
📩: babyalanis2800@yahoo.com

-Posted using BlogPress from my iPhone
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...