MY POPULAR POSTS THIS MONTH

14 May 2015

pantang selepas bersalin

Alhamdulillah.. hari ni dah 34 hari berpantang. Lagi 10 hari dah nak habis pantang 44 hari.  Cerita pasal pantang selepas bersalin, ada 4 jenis pantang tau. Ramai yang tau pantang 44 hari je kan. Meh i listkan jenis-jenis pantang.

Pantang memang banyak hari tapi tak de la selama tempoh mengandung. Time pantang ni la nak pulihkan balik badan yg 9 bulan dok bwk baby, sakit memgandung & sakit bersalin lagi. So fair la kan untuk badan kita untuk kembali pulih.

Pantang 44 hari
πŸ‘‰Pantang keluar rumah.

**Pantang 44 hari yang betul-betul tak keluar rumah masa pantang anak 1st je. Kalu keluar pon keluar gi hospital je untuk check up, check kuning baby. Anak 2nd masa 20 hari berpantang dah keluar gi exam insuran. Nak buat camner. Dah tu je tarikh exam yang ada. Tu pon dah booking sebelum bersalin lagi. Sekarang pantang anak no 3, hari ke 22 dah keluar gi Jusco Tebrau. Tapi keluar dengan husband je. Baby tinggal kat maid. Reason keluar sebab husband asyik salah beli barang je. Huhuhu.. i pilih Jusco Tebrau sebab kat Jusco tu bole sewa wheelchair. So sepanjang kat Jusco tu i just dok atas wheelchair & tunjuk arah nak ke mana & mintak husband abik barang masuk troli. Nak buat camner. Pantang sendiri ni la jadinya. Nak tak nak kene gi jugak beli barang. Kalu dulu main kirim je kat mama i beli barang apa.


Pantang 100 hari.
   πŸ‘‰Pantang suami
   πŸ‘‰ Pantang mandi air sejuk
    πŸ‘‰Pantang ber aircond
   πŸ‘‰ Pantang angkat benda berat2 hatta dukung anak yg selain newborn
    πŸ‘‰ Pantang kena hujan

** Yang pantang 100 hari memang i ikut dari anak 1st lagi. Cuma bab pantang ber aircond tu je kekadang skip. kalau dah tido sebilik dengan husband & anak-anak, takkan diorg berpeluh-peluh kepanasan kan. Ikut je ler. Cuma make sure pakai baju tebal.


Pantang 6 bulan
    πŸ‘‰ Pantang makan selagi baby yg fully bf tak start solid food. Kalau tak fully bf pun elok pantang makan 6 bulan supaya badan benar-benar sihat.
    πŸ‘‰ Pantang excercise yg hardcore...

** Pantang 6 bulan ni pon i ikut. Bab pantang makan tu kekadanga ada la jugak abik sikit buat rasa. tak de la sampai tahap melahap kan. Sekadar buat lepas gian & rasa je. Kalu tak, maunye sakit badan sebab makanan yang berangin tu kalu makan, memang sakit-sakit la badan. Exercise hardcore memang i tak buat selagi tak sampai bulan. Lepas 6 bulan baru i start gi gym.


Pantang setahun
    πŸ‘‰ Minuman berais
   πŸ‘‰ Pantang laksa dan pulut

** Bab pantang laksa dan pulut tu macam i cakap sebelum ni la. just jamah buat rasa je. Minuman berais memang seboleh-bolehnya i elak tapi air sejuk tak ada ais tu i minum la. musim panas mana tahan beb.

Rawatan yg boleh diteruskan even dah habis tempoh 44 hari
   πŸ‘‰Bengkung. Pakai diwaktu malam dgn campuran ubat barut supaya dapat mengempiskan perut dan menganjalkan kembali kulit perut. Pakai sampai perut kempis.
    πŸ‘‰ Tangas. Buat seminggu 2-3 kali dan berhenti masa period.
   πŸ‘‰ Mandi Serum. Amalkan masa haid.
   πŸ‘‰ Urut. Sebulan sekali utk kesegaran.
   πŸ‘‰ Mandi bunga. Setiap kali lepas habis haid.
   πŸ‘‰ Makan ubatan herba. Setiap hari sepanjang 100 hari pertama. Lepas tu utk maintenance, 2-3 kali seminggu....

13 May 2015

pilihan botol susu anak-anak

Salam semua..

Dah lama i nak buat entry ni. Asyik tertangguh je. Sebelum ni i pernah buat entry pilihan pilihan botol susu untuk newborn. Masa tu i tengah pening nak beli botol susu untuk anak no 2. Sekarang ni dah ada newborn no 3 pulak. Hee... Baru nak update new entry pasal botol susu mintak ampun ye pada readers yg bertanya kat entry sebelum.

I story dari anak 1st ye. Dulu dia pakai botol brand 1st year breastflow. Since susah nak dapatkan stok botol ni, asyik kene kirim kat mak cik yang kat putrajaya beli, so i try tukar pada avent. Bukan avent yang baru ye. Ni yg jenis lama punya. Botol avent biasa. Alhamdulilah dia terima. Yeay.! Kalu sebelum ni avent dia reject. So senang la sikit dapatkan stok botol susu ni nanti.

newborn breastflow 1st year
1st year breastflow bottle

Anak 2nd pulak, dari entry sebelum ni, i ada survey 3-4 jenis botol, i pilih mimi jumi. I beli online masa pregnant. Tapi bila i kasi kat baby, asyik tersedak je. Rupanya dekat nipple dia tu hanya ada 1 lubang, yg memang akan buat susu terpancut keluar. Kira kalu terbalikkan botol susu tu pon still kuar. Laju pulak tu. Dari segi lembut nipple, memang terbaik. Lembut je. Tapi pada i x sesuai dgn newborn.

mimijumi
Mimijumi bottle

So i try PIGEON peristaltic PLUS PPSU bottle. Sekali cuba je terus anak 2nd i masa tu masih dalam pantang hisap dengan jayanya.. hahaha...

Pigeon peristaltic Plus bottle

Botol ni BPA FREE pastu warna botol pon kekuningan sikit sebab material botol ni PPSU (Polyphenylsulfone). Bukan macam botol plastik biasa ye. Kelebihan PPSU ni boleh mencapai tahan kepanasan sampai 180 darjah celcius dalam proses sterilizer & tahan lasak !

pigeon nipples

Yang lagi specialnya bentuk nipple dia tu yang buat anak i accept botol ni. Kalau tak hisap, susu takkan keluar. So tak kan terjadi tersedak susu la kan macam masa anak i minum pakai botol mimijumi. Keselamatan anak tu penting tau.

newborn pergerakkan mulut
Pergerakkan mulut bayi ketika menghisap susu.

Kira nipples botol ni ikut konsep pergerakkan mulut baby seperti breastfeed. Nipples dia pulak ada 4 saiz dari SS sampai la L mengikut umur.


Now my 3rd baby is a girl..! Yeay.. haih.. macam nak lari topik pulak ye erny. Later i citer pasal newborn baby girl ye.

Untuk newborn ni i memang seriously xbeli langsung botol susu. Sebabnya i dah dapat free botol susu MAM masa i beli Contour Double Stroller. So malas nak pk, try dl botol MAM tu kat newborn baru la try & error kalu dia reject botol MAM.

Since i memang tak nak botol susu brand sama untuk setiap anak, kira ok la dapat free botol MAM. Bukan apa. Nak mengelakkan berlakunya pertukaran puting.huhuhu.. setiap puting lain saiz untuk setiap umur. Kang ada jugak abg guna puting adik, adik guna puting abg. Salah satu sebab lagi jenia susu pon lain. So kalu botol brand lain, so boleh bezakan yg mana 1 susu diorang lepas bancuh.

newborn MAM

Setakat ni my newborn baby bole terima puting botol susu MAM ni. Keistimewaan botol MAM of course la design dia comel..hee... Pastu botol ni BPA FREE. Anti colic sebab rongga-rongga di bawah botol susu yang membolehkan udara keluar dan masuk ke dalam botol susu tanpa mengganggu pengaliran susu keluar dari puting botol. NO nipple confusion ni memang betul sebab baby i tak confuse pon bila dia lepas minum susu dengan botol then i continue dengan direct feeding, dia hisap elok. Tak de la reject kejap nipple i ke apa.

newborn MAM

Lagi satu setiap part boleh dibuka & dicuci. Yang ni i tak berapa gemar sikit. Bukan sebab boleh buka cuci tapi kekadang pasang tak betul dah susunya keluar dari bawah. So wait & see je la berapa lama baby newborn i dapat bertahan dengan botol susu MAM ni.

10 May 2015

Penawar Gula Berlebihan Dalam Badan Anda

Topik hari ini. Saje nak share produk yang erny consume dari sebelum pregnant, then stop sebab pregnant, sekarang ni dlm pantang consume balik. Apa yang best ialah berat erny turun 16kg dalam masa 29 hari berpantang! Kalau masa pantang anak 1st & 2nd, habis pantang 44 hari tu hilang la berat 15kg. So habis pantang je mmg tinggal usaha dapatkan berat badan sebelum pregnant. Tapi kali ni, belum habis pantang dah hilang 16kg, masih ada 3kg untuk di nyahkan & dapat balik berat badan sebelum mengandung.  

GC Tea
Botanical tea blend with green tea and gymnema sylverster
gc tea glucos cut

ingredient glucos cut

MENGAPA GC TEA?
1) LANGSING manakala gula terkawal
GC tea telah mengambil manfaat daripada Teh Hijau ke tahap seterusnya dengan campuran herba tambahan yang meningkatkan metabolisme gula dan mengawal pengambilan gula. Anda boleh rasa kehilangan berat badan dan badan langsing apabila minum GC Tea dengan kerap.

2) TIADA kalori
Tiada masalah jika diambil untuk tempoh yang lama.

3) TIADA kandungan gula

4) MENGANDUNGI pemanis semulajadi

5) TIADA bahan kimia, pewarna, perasa dan pengawet

6) TIADA kesan sampingan atau dadah

7) 100% semulajadi

kelebihan glucos cut

cara minum glucos cut

 cara minum glucos cut pesakit diabetis insulin

penawar kencing manis glucos cut

Tahukah anda?
Diabetis adalah keadaan kronik (jangka panjang) dimulai dengan tahap gula/glucos dalam darah yang luar biasa. Pesakit diabetis sama ada tidak menghasilkan cukup insulin(hormon yang diperlukan untuk menukarkan gula kepada tenaga yang diperlukan untuk kehidupan seharian) atau tidak boleh menggunakan insulin yang badan mereka hasilkan. Akibatnya glucos membina dalam aliran darah. Jika tidak dirawat, penyakit ini boleh membawa kepada buta, penyakit buah pinggang, penyakit saraf, penyakit jantung dan strok.

**Setiap 2 daripada 5 rakyat Malaysia mempunyai berat badan berlebihan**

**Setiap 1 daripada 5 rakyat Malaysia menghidap diabetis**

cegah penyakit buah pinggang

kompilasi utama akibat diabetis

Siapa digalakkan mengamalkan GC Tea?
1) Mereka yang ingin kekal sihat dan langsing
2) Mereka yang ingin menurunkan berat badan/berdiet
3) Mereka yang ingin mengawal gula dalam darah

"Diet yang sihat dan senaman yang kerap adalah sangat disyorkan untuk pengambilan bersama GC Tea"

TESTIMONI
testimoni glucos cut (gc tea)

testimoni glucos cut (gc tea)

testimoni glucos cut (gc tea)

testimoni glucos cut (gc tea)

testimoni glucos cut (gc tea)

testimoni glucos cut (gc tea)

testimoni glucos cut (gc tea)

testimoni glucos cut (gc tea)

testimoni glucos cut (gc tea)

testimoni glucos cut (gc tea)

HARGA
harga glucos cut sekotak

harga ahli silver glucos cut

harga ahli gold glucos cut

harga ahli platinum glucos cut

Paket percubaan juga disediakan bagi yang ingin mencuba dahulu sebelum membuat pembelian sekotak atau 4 kotak untuk daftar sebagai ahli. Trial pack mengandungi 10 sachet berharga RM25 sahaja tidak termasuk pos penghantaran.


NAK BELI PAKET PERCUBAAN?
SEKOTAK?
4 KOTAK UNTUK JADI AHLI?
INGIN BERBISNES BERSAMA GC TEA?

CONTACT:
ERNY 0173300036 (sms/whatsapp/wechat/LINE)
 Facebook : Erny Afli / Tufaz collection
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...