MY POPULAR POSTS THIS MONTH

28 January 2014

Pengalaman bersalin Part 3

Sambungan dari Pengalaman bersalin Part 2...

29 September 2013 (Ahad)
 Since semalam (28 September) baby gerak quite ok, so pagi 29 baru ke Emergency utk register masuk labour room. Kul 7.30 pagi i dengan husband dah sampai, terus naik wheelchair, ditolak ke labour room. Sampai je kat sana, nurse yang jaga kat situ siap tanya "kali ni betul2 nak bersalin kan? sebab hari tu bwk beg tp balik semula."..Hee...dia ingat kami rupanya.. I masuk room 2 since room 1 ada patient yang sampai sebelum kami dah masuk bilik tu.Bilik 2 agak sempit. Bilik 1 lebih selesa la.. Kemudian nurse kasi kain & baju utk ditukar. Then terus dimasukkan ubat kat buntut, ye la..utk buang segala macam yg blom sempat dikeluarkan. Kang nt lain yang dipush, lain plk yg keluar..huhuhu...

Around 8.15am gitu, doktor Awang sampai terus check jalan, pecahkan ketuban & masukkan ubat (induce). Lepas induce tidak dibenarkan bangun dari katil selama sejam. Kira kene baring je la. Doktor kata i maybe akan bersalin ptg or mlm. So sempat la dia nak gi majlis kawen salah sorg doktor pakar kat situ..hihihi...majlis kul 2pm, so dia budget i akan deliver after 2pm. Lepas induce tu dah rasa contraction sikit2. mild gitu.. tapi tak berapa kerap. Borak2 dgn hubby, bukak fb, instagram, tgk tv. Pastu i ada kene sain borg utk apa ntah..lupa dah.

Since i xbrp makan sblm gerak dari rumah td, so agak lapar la. i pon mtk izin dgn nurse nak ke kafeteria kat tingkat bawah. Teringin nak makan roti bakar (roti bakar kat hospital perdana ni best tau.) Sekali tak bole da.... Nurse cakap bila dah masuk labour room, dah xbole kuar. Bole jalan2 nak kasi cepat bukaan tapi hanya dlm kawasan labour room sahaja yang dibenarkan..hohohoho.. padan muka..kikiki.. dulu masa Amsyar bole je kuar gi mkn kat cafe selagi xkuar dari bangunan hospital. Agaknya dah ada kes trberanak kat mana2 area hospital kot.huhuhu... So i minta husband i belikan set breakfast kat kfc dpn hospital. Husband i pon nak makan dulu katanya. kang kalu i sakit susah plk nak kuar gi makan. So bole la i tido jap. Contraction pon dah ada tapi bole tahan lepas doktor  kasi ubat tahan sakit. Rest utk push nanti.

9.30 am. Dah bole bgn dari baring & makan makanan yg hubby i belikan td. Tapi Sebelum hubby i sampai tu, nurse ada offer hot chocolate & cereal. I memang tgh lapar, angguk je la..hee.. makan separuh baru hubby i sampai dgn set breakfast kfc.. pergh..demand betul bab makan masa pregnant. kalu x, xleh telan. huhuhu..Contraction dah rasa makin kuat. Tgh2 makan tu bole lak rasa contraction. Hilang mood sudah. huhuhu...Husband i gosok2 kat belakang pinggan baru la lega sikit. tapi sakit tu still ada. Pastu i baring je sambil tahan sakit. Sampai merah tgn hubby sbb i genggam tgn dia masa tahan sakit. Masa tu jugak la ada 2 org budak pelatih datang. time sakit pulak dia dtg nak borak. Memang layan acuh x acuh je la. Siap mintak nak letak tgn kat perut nak rasa contraction. i ok je. tapi sejuk giler tgn diorg. huhuhu...

Contraction masih lagi mild tapi tak berapa kerap. Masa tu jugak kedengaran pesakit bilik 1 tgh bertarung nyawa nak deliver. Tapi xde la bunyi suara jerit2 macam yang hari tu. Yang tu memang seram giler. Sampai hilang rasa sakit terus nak balik.hahaha... Semua nurse yang bertugas masa tu tgh kelam kabut. I nampak diorg dah pakai apron plastik. Ala..yang macam org niaga ayam pakai tu... kikiki... nak elak darah terpecik kene baju kot. Dengar suara nurse & doktor tgh ajar pesakit tu teran & bagi semangat. Anak 1st kot.. Tak lama lepas tu, kedengaran suara baby nangis. Terharu je rasa. Dengan i sekali nangis. Rasa macam dah xsabar nak tunggu baby dlm perot ni kuar...

2.00pm. Nurse arrange i masuk bilik 1 lepas diorg kemas & cuci bilik tu. Pesakit td pun dah masuk wad. Baru la rasa macam luasnya pemandangan.. hahaha.. bole bayangkan x perbezaan bilik 1 & 2.. kikikiki... Mama i pulak baru je sampai masa tu. Kali ni sorg je yang dibenarkan berada dalam labour room buat teman pesakit. kalu dulu, mama & hubby yang temankan i masa bersalin. Since when diorg tukar polisi pon xtau la. So hubby i kasi mama i masuk temankan i dulu. Mama masuk je terus cakap "sejuknya bilik ni".. Me.. what? sejuk? i xrasa sgt aircond ni. Nurse cakap i xrasa sejuk sebab rasa sakit tu dah bertambah. Masa tu i rasa mcm mild je lagi sakit. xde la sakit sgt lagi.

4.00pm. Hubby i masih kat luar. mama ckp tgh borak dgn afza. Rasa sakit dah makin bertambah tapi still under control.Ada diorg offer epidural. I ckp i xnak. Memang dah decide nak rasa bersalin naturally tanpa epidural macam anak 1st dulu.. Lagi xsanggup nak ngadap kesan jangka panjang je nt. Nurse siap double confirm lagi dgn i sebab pesakit sebelum ni pun tolak epidural. tapi bila dah 9cm baru mintak epidural.Bila dah 9cm mana bole cucuk epidural dah..huhuhu..i memang nekad xnak. Dah siap pesan kat hubby kalu i mintak, tetap jgn kasi tau..hohoho....So, nurse simpan semua kelengkapan epidural...

After i tolak epidural, nurse offer gas etanox ke apa nama dia. Ingat2 lupa da.. Mula2 xnak abik lagi. tapi bila dipikir2, standby je la. Bila rasa xtahan bole terus sedut je. Gas ni bukan utk terus hilangkan sakit tapi hanya utk mengurangkan sakit je. Tapi xde la berkurang sgt. Dia lebih rasa khayal gitu. Seingat i dulu la lps abik gas ni, after deliver je terus rasa mcm ngantuk je.. Nurse ajar cara nak sedut gas ni.. Ada peningkatan nampaknya..hihihi.. Masa tahun 2010, gas ni bila nak abik, kene tekan butang kat belakang corong sambil sedut. Tapi sekarang x perlu tekan butang. Just sedut je dalam2. nanti dia kuar sendiri. Baru la ok kalu camni. kalu nak tekan, masa sakit memang xtertekan dah... dok sedut kosong je la.huhuhu... Makin lama sakit makin kerap & bertambah sakit. Sedut la sikit2 gas ni. Masa ada contraction je sedut gas ni. Bila xde contraction, i cuba relax, kumpul tenaga utk tahan sakit lagi..huhuhu... Dalam i tgh dok tahan sakit tu, dengar nurse dok ajar pelatih yang 2 org tadi. Cara utk kira contraction tanpa bantuan mesin. Tergagap2 diorg..hahaha....Siap bukak note kecik lagi.. Kene tengking dgn nurse sbb bukak nota dpn pasakit. i senyum je la.. Biasa la.. baru nak belajar kan... Pastu i diberitahu lagi sekali yang baby akan terus diberi kepada i or letak atas dada i utk sesi menyusu if xde apa2 la. tapi kalu ada apa2 diorg akan terus bawak baby ke katil sebelah..

4.30pm. I rasa macam dah xlama je nak beranak. So i mintak nurse panggilkan husband i. My mum terpaksa la tunggu luar since sorg je bole temankan i. Doktor Awang datang untuk pantau keadaan. "Comey...Comey.." tu ayat doktor bila tgk drip i & keadaan i..huhuhu... Pastu dia tambah dos yang kat drip rasanya. Pastu siap cakap lambat lagi ni.. so sempat la dia turun ke klinik dia dulu. Doktor pergi je terus nurse tu cakap kalu baring mengiring lagi cepat bukaan. Macam pernah baca dalam blog saper ntah cara mengiring utk percepatkan bukaan. Apa lagi i pon terus la mengiring.. I diajar cara mengiring ni. Mesti mengiring ke kiri, kaki kiri straight, kaki kanan lipat, tumit kaki kanan mesti sentuh punggung kanan. Pastu bila ada contraction, pegang kaki kanan dengan tangan kanan, then tarik rapat ke punggung sambil tahan sakit. 2 kali contraction je i terus rasa nak teran. Cepat2 i jerit kat nurse.."Nak teran..".. Kelam kabut diorg. Sorang nurse tel doktor bagitau dah sampai masa, sorang lagi nurse bantu i baring seperti biasa bersedia utk push.

Doktor sampai je terus dia cakap.."saya baru kat tangga,,xdan nok gi klinik lagi eh.."..heee....Ayat biasa 'Comey..Comey.."..hee.. then terus i disuruh teran bila ada contraction. Alhamdulillah dengan 2 kali teran, lahir la baby i.. Tapi xde nangis.. i relax je la since masa abg dia dulu pon xde nangis jugak. Of course xkan letak atas dada i sebab dia xnangis. Masa tu i dah penat sgt. mata pon kejap bukak kejap tutup dah. Masa tu nampak 2 org nurse tgh sedut kot dari mulut baby. sebab ada bunyi mcm sedut tu. pastu doktor tgh tepuk2 pipi baby. Tak lama lepas tu ada denar baby nangis kejap. Terus doktor declare masa deliver kul 5pm. Lega rasa. I bole terlelap masa doktor tgh jahit tu. Tapi telinga i masih peka ok..hee...memang rasa mcm high giler.. pusing je mata..

Lepas dah siap jahit semua, nurse arahkan i baring mengiring belah kanan, & bergerak ke tepi katil sikit. Nak kasi space kat baby katanya. Terus dia letak baby i kat lengan tangan kanan. Masa tu i khayal lagi. so tgk je kat baby. Baby pon celik je mata dia dok tgk i. mulut plk dok gerak2 macam mintak susu.. Masyaallah... Dengan bantuan husband i, i dpt susukan baby i. Doktor berkali2 pesan kat husband supaya jangan tinggal i dgn baby sendiri since i terlalu byk dos yang masuk dlm badan td. Patut la rasa high giler..huhuhu....

Terima kasih tak terhingga kepada doktor Awang Nila & Staff nurse yang bertugas sepanjang i admit di hospital Pakar Perdana Kota Bharu, Kelantan...

Sekian pengalaman bersalin kali kedua i.  Insyaallah, lagi 2 thn akan merasa lagi... kalu ada rezeki.. Insyaallah....

20 January 2014

Sibuknyer...

Salam semua..

Lamanya tak menjengah belog kesayangan ni.. Memang busy sgt. After confinement, i balik JB semula. Paham sendiri la kalu dah 4 bulan tinggal rumah.. Debunya tebal berinci..huhuhu.. Nasib baik mama kasi bwk bibik2 dia. Bole la bersihkan rumah sebersihnya, sampaikan grill luar pon dilap..hee.... Berkilat gitu..

Bila dah settle rumah, urusan bisnes pulak. Alhamdulillah murah rezeki.. Order coklat tak henti2. Ni baru bole relax sikit. Hot item of course la Almond Square. Sampaikan tak cukup bekas, terpaksa i keluarkan bekas lain & kuantiti lain. Harga pon of course la lain kan..
 
 RM 12

 RM 10


Siang memang  pulun buat Almdn Square utk agen Kota Bharu & Putrajaya. Mlm melayan anak plk. Penat memang tak terkata..Ada jugak order untuk birthday, hantaran tunang pon byk... Cuti sekolah ni ramai yang tunang & kawen.. 

Tq Bad coz order Chocolate Bar ni utk birthday anak buahnya..

 

Sempat jugak pergi bukak booth di Souqa Souqa di Space U8. Done setup agen di putrajaya. So sesaper yang nak merasa Almond Square, bole la contact agen i ye..bole klik sini utk senarai agen The Handmade Chocolate. Yang nak menjadi agen, bole la contact i ye.

Sekarang anak sulong i, Amsyar dah mula sekolah tadika. Pilih punya pilih, kami decide sekolahkan dia di Genius Aulad kat Adda Heights, Johor Bahru. Nanti insyaallah i buat post utk sekolah ni. ada cerita best..hee.. gelagat anak mula sekolah...

01 November 2013

Pengalaman bersalin Part 2

Sambungan dari Pengalaman bersalin Part 1...

23 September 2013 (Isnin)
Lepas i inform my husband dalam kul 7.30pm, masa tu dia kat rumah JB, dipikir2 bahaya kalu dia bawak motorbike dia balik mlm2 ni. So i mintak dia naik train je. Train dari kempas kul 8 lebih kalu xsilap. So dia kata tak sempat nak mintak tlg kwn2 hantar dia ke stesen keretapi kempas. Tel stesen Segamat, train gerak dari sana kul 12 tgh mlm. So hubby terus gerak ke Segamat dulu. Sampai Segamat dalam kul 10 mlm gitu, alhamdulillah masih ada tiket seat tidur bawah. Sempat la dia balik rumah mak dia dulu mandi & makan.

Kalau naik train dari JB ke wakaf bharu memang lambat giler sampai. kalu dari Wakaf Bharu ke JB cepat pulak sampai. Husband i sampai di wakaf bharu kul 12.30 tghari!..pergh..kebulur dlm train tu katanya. I pulak, dari semalam dok sakit kejap2. I sempat lagi pergi abik husband dulu kat stesen wakaf bharu. Tapi my mum la yg drive. Kami decide tunggu sakit makin kerap baru ke hospital. So balik rumah, standby je bila sakit kerap baru bergegas pergi.

Petang still lagi sakit biasa2.. Siap minum air kelapa.. so decide nak ke Perdana Specialist lepas maghrib. Sanggup ku tahan sakit sebab nak tengok CINTA JANNAH di TV3. huhuhu...Tak nak terlepas episod tu sebab dah minggu terakhir. Memang lepas bersalin tak sempat la nak bukak laman web tonton nak tgk balik. hee....

Kul 8 mlm my husband, my mum & i terus ke Perdana Specialist. On d way ke sana tu dapat text dari doktor tanya ada sakit x..? I just reply dah on d way. Terus ke emergency inform yg dah sakit & doktor suruh datang utk buat ctg. So masuk labour room.

Al kisahnya.. masa dok buat ctg tu, sambil tunggu doktor datang, i guna bilik yg kecik sikit sebab bilik yang besar ada orang nak bersalin jugak. Orang tu bole la menjerit2 bila sakit..Ya allah.. takut giler.. tak terkata perasaan.. rasa tak nak bersalin sekarang. Nak lari balik je rasa..huhuhu.. Dah la pintu bilik nurse x tutup sebab standby takut ada apa2 kan.. Memang dengar habis dia menjerit, mintak epidural la.. pastu doktor dia (doktor Zana) datang. Mula la dengar proses push2.. adess la.. naik bulu roma..! I dengar sampai dia siap bersalin tau. Sampai bunyi baby nangis. I pulak bole menitik air mata dengar baby nangis..huhuhu...

Dalam kul 10 mlm gitu doktor Awang sampai, cek jalan dulu lepas tu tgk graf ctg. Baru bukak 1 cm..what? ohoho... doktor kata better balik dulu la. sebab graf pon tunjuk sakit tak konsisten. I kan xtau sangat sakit kontraksi tu camner. Rupanya dlm sejam tu ada 1 je contraction.. Doktor suruh balik rehat kat rumah, makan apa yg nak dimakan.(yang ni i suka..doktor kasi green light je.hee). Tapi dalam masa sama kene pantau gerakan baby. Lega den.. Mana x nya..tadi dah dengar orang tgh bertarung nyawa nak bersalin. Dah mula rasa takut. Lepas doktor kata boleh balik, terus bangun nak turun.hahaha....

24 September 2013
Pepagi lagi my husband dah ke stesen Wakaf Bharu cari tiket balik Segamat. Ye la..dah keje makan gaji, terpaksa la balik. Ikutkan hati nak hubby sentiasa ada di sisi je sementara tgu 29hb tu. Tapi apa bole buat. Nasib baik tiket ada. So mlm tu dia naik train balik sana.. bye-bye sayang.. see u again in 4 days..

25 September 2013
Aktiviti harian seperti biasa.. Tetap berjalan ke sana sini dengan my mum..banyok projek weh...hee... ke pasar Teman semestinya.. KBMall jugak..huhuhu... Sakit tetap sakit tapi tak konsisten & tak kerap.

26 September 2013
Hari ni seharian i rasa loya2.. Pagi muntah banyak.. Dari pagi sampai tengahari perut rasa tak sedap je.. Rasa macam gastrik gitu. Dah makan macam2 pon still rasa macam gastrik. Pastu belah petang pulak kepala ni sakit sangat. Dok terbaring je. Dari kul 5 ptg sampai mlm perut & baby dok megeras je sampai sakit dari pusat ke bawah. Pinggang pon rasa lenguh2. Tapi tak ada rasa sakit belakang. Cuma kat ari2 je rasa sakit. Adakah itu tanda nak bersalin. I text doktor tapi tak ada reply.. maybe blom lagi kot. selagi boleh tahan, akan ku tahan. Nak tunggu hubby sampai jugak dulu.

27 September 2013
My hubby dah sampai..yeay..naik motor. konvoi katanya dari Segamat-Penang. Pastu gerak sendirian ke Kelantan.

28 September 2013
Dari pagi i kira gerakan baby macam tak berapa bergerak lak rasa. Kul 10pg blom rasa apa2 gerakan..! Biasa time ni dah cukup 5 kali. Terus i text doktor samada normal ke dah nak dekat bersalin ni? Sambil tu tanya doktor esok nak induce, so kul brp kene pegi hospital? Doktor reply "Baby tak gerak TAK NORMAL".. aduss.. Siap huruf besar tu. Tak sampai 10 minit dia call. Dia mintak i makan. Cakap dah breaksfast tadi tapi dia kata makan lagi. sampai tul2 kenyang katanya. Makan makanan manis. Pastu tunggu dalam setengah jam, tengok dia gerak ke tak. Kalau still tak gerak, i kene terus ke hospital. Tapi kalu ada gerakan, mula kira gerakan tu. Tak nak gerakan sikit2. Kene gerakan kuat. 

Lepas makan lunch, i tunggu setengah jam. Alhamdulillah baby dah gerak. Cuma tak brp aktif lagi la. Doktor call lagi. Dia kata teruskan mengira sampai 10. Lepas habis 10 kene keep track dia still gerak. Kalu rasa tak sedap hati, bole terus ke hospital. Tapi kalu rasa ok, esok pepagi, jupe di labour room kul 7 pagi. 

Alhamdulillah baby gerak sikit2. Tunggu esok je la.. Malas stay kat hospital lama2..huhuhu..


---To be continued in Pengalaman Bersalin Part 3---

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...