MY POPULAR POSTS THIS MONTH

Showing posts with label pregnancy. Show all posts
Showing posts with label pregnancy. Show all posts

22 February 2015

Doa mudahkan bersalin

Ni saje nak parking kat blog sendiri. Kat hp kang kekadang budak-budak ni main, terdelete gambar pulak. Sekarang ni i dah nak msk 31 weeks. So preparation setakat ni dah 90%. Cuma blom cuci lagi baju-baju baby. Pastu barang-baramg belum susu elok utk memudahkan i capai masa dalam pantang nanti. Semuanya masih berterabur.

Ayat biasa yang i amalkan masa nak dekat bersalin, Lailahaillaanta subhanakainni kuntumminazzolimin.. Tu biasanya ibu-ibu mesti tau & amalkan kan. Tapi ni i baru dapat dari member melalui whatsApp.. insyaallah akan dihafalkan nanti..

30 January 2015

4th pregnancy : pregnancy supliment

Syukur alhamdulillah.. i dah masuk 27 weeks. Lagi 2 weeks nak msk 3rd trimester. Baby pon aktif je. Beza pregnant kali ni, ubat2 yang doktor bekalkan semua i bole telan. Tp ada la sehari dua dlm sbln tu i jadi loya smcm & tekak xleh terima ubat2 tu. Sekarang ni sembelit la plk.. adess la.. kalu masa pregnant azfar dulu xde sembelit langsung bila dah msk 2nd trimester. 1st trimester je sembelit teruk.

Ada yang tanya i ubat apa yang doktor Tokha kasi. Berbeza ke dengan doktor lain. Yes.  Setiap doktor lain ubat yang dia akan kasi. Tp function dia semua sama je. Jenis je lain. So jgn kata ubat doktor lain kasi x ok. Semua ok. Sama je. So ni ubat2 yang i makan sekarang.

New Obimin
Ni suplimen biasa bagi ibu mengandung. Obimin ada 2 jenis. Obimin biasa & new obimin. I pon xtau apa beza dia. New obimin ni lebih kepada nak naikkan hb. Mkn sebiji sehari.

Proscal
Proscal ni suplimen tambahan untuk kalsium. Doktor memang kasi dari awal msk 2nd trimester lagi. Cara makan 3 biji seklai mkn, pada waktu pagi. Priscal ni i start mkn masa pregnant Azfar & lepas bersalin pon i mkn jgk. 

NeurogainS
NeurogainS ni bila i check up dgn doktor Tokha dia kasi yang ni. Masa check up dengan doktor lain dia kasi neurogainPB. Doktor Tokha kata yang ni lagi bagus dari neurogainPB. Yes.. betul jgk rasanya. Sebab nampak beza pada baby. Anak sulong i abik neurogainPB. Anak 2nd i abik neurogainS. Nampak lain. Aktif & lbh cepat perkembangan dia berbanding abg. Mkn sebiji sehari.

Veloxin
Ni pulak ubat alahan. I mkn ubat ni sebiji sehari bila alahan teruk sgt je. Kira ubat ni standby je la.sebab bkn selalu rasa loya nak muntah & flat badan. 

29 January 2015

Elakkan Pedih hulu hati & rawatan

Kali ni i nak share cara utk elakkan pedih hulu hati & rawatannya.. i copy dari blog mana i lupa dah. save as draft lama sgt. Lupa nak copy address blog tu..


Baring Dengan Betul
Tinggikan bahagian atas badan ketika berbaring
Sokong bahagian atas badan (bahu dan kepala) dengan bantal lebih. Bukan sahaja mengelakkan asid bergerak naik ke esofagus, ia juga membaiki pernafasan ketika tidur.

Pakaian Longgar
Hindari tekanan terutama di bahagian perut dengan memakai pakaian yang longgar.

Ubat-ubatan
Sekiranya rawatan secara semulajadi tidak meredakan, bincanglah dengan doktor untuk mendapatkan nasihat ubat-ubatan. Antaranya termasuk:

1) Antacids 
Ia melegakan pedih ulu hati dengan cepat kerana mampu menyeimbangkan kadar asid dalam perut. Namun ianya hanyalah rawatan jangka pendek dan boleh menyebabkan sembelit jika diambil berlebihan.

2) Alginates
Kajian klinikal menunjukkan, ubat hasil daripada rumpai laut coklat (laminaria hyperborean) ini dapat memberikan kelegaan. Antara ubat yang mengandungi alginates termasuk Gaviscon. Alginates membentuk bebuih yang terapung di atas isi perut dan ini mengelakkan asid pada makanan bertemu dengan esofagus.

Penekan keasidan
Jika ubatan di atas tidak mencukupi, para doktor mungkin menganjurkan pengambilan ubat penekan asid sepertiranitidine dan omeprazole. Ranitidinetiada kesan sampingan tetapiomeprazole boleh menyebabkan sakit kepala, cirit-birit, loya dan muntah.

Ubatan cecair adalah terbaik kerana ia menyeliputi esofagus. Elakkan ubat penahan sakit seperti ibuprofen dan aspirin yang boleh menyebabkan pedih ulu hati semakin teruk. Pedih ulu hati hanya akan benar-benar hilang selepas melahirkan. Jadi banyakkan bersabar dan bayangkan wajah bayi anda yang comel.

24 January 2015

Sambungan sakit dada (pedih hulu hati)

Salam. Sebelum ni i ada buat entry mengenai sakit dada ketika hamil. Kat situ i ada cerita serba sedikit mengenai pedih hulu hati. Apa yang related entry itu dengan entry baru ini ialah mengenai pemakanan ketika hamil. Pemakanan mempengaruhi juga daripada terjadinya pedih hulu hati. Jom ktr tgk jenis2 makanan yang bagus diamalkan ketika hamil selain kurma, madu kismis dll..

Dadih dan Susu
Beberapa sudu dadih asli dapat membantu kerana probiotik dalam dadih menyeimbangkan kadar asid manakala bakteria di dalamnya membantu membunuh bakteria dalam usus yang menyebabkan penyakit. Sebagai alternatif, gantikan dengan segelas susu.

Gula Getah
Mengunyah gula getah menggalakkan rembesan air liur, selain menyegarkan nafas. Ini mengurangkan keasidan dalam esofagus. Ia juga mengandungi bikarbonat yang berfungsi menyeimbangkan asid yang masuk ke dalam esofagus.

Betik
Betik mengandungi enzim penghadaman yang dapat membantu melegakan perut. Ambillah ia dengan apa cara juga – buah segar, kering, dalam tin atau jus.

Air Kosong
Pedih ulu hati juga dikaitkan dengan dehydration, jadi minum air 8 – 10 gelas sehari. Namun elakkan meminum dengan banyak pada satu-satu masa.

23 January 2015

Sakit dada ketika hamil


Dari hari isnin lepas, i ada rasa sakit di dada bhgn bawah. Mcm sakit kat blkg tulang dpn tu. Kat area paru-paru. Bila nafas dalam je sakit. Mula2 assume pedih hulu hati. Sebab memang menjadi kebiasaan ibu mengandung akan pedih hulu hati. Tapi kali macam pelaik sikit sebab sakit belah kiri. Bukan kat tengah hati, Then bila gerak mengiring ke kiri masa tidur rasa sakit sgt. Kene tido mengiring belah kanan baru ok. Bila tekan pon sakit. Macam risau pulak. Tp ni dah hari ke-2 (entry ni dibuat pada hati rabu), sakit dah kurang sikit, nafas pon dah tak sakit tapi still xleh tido mengiring belah kiri.

Ni i share sedikit info mengenai pedih hulu hari.
Puncanya ialah asid dalam perut yang naik (reflux) ke saluran pemakanan (esofagus) disebabkan ‘kebocoran’ otot sfinkter esofagus bawah (LES) yang terletak di antara perut dan esofagus bagi mengelak makanan naik semula. Kesan daripada peningkatan hormon estrogen dan progesteron menjadikannya lembut dan mengendur. Antara simptom termasuk pedih bahagian dada, perut tidak selesa, sukar menelan, makanan tertolak dan rasa pahit atau berasid dalam mulut. 

Ketidakselesaan ini biasanya terjadi selepas makan atau minum, menyebabkan tidur ibu-ibu terganggu dan kurang selera makan.

Rawatan semulajadi
Kebiasaannya, pedih ulu hati boleh dikawal dan dipulihkan dengan menukar pengambilan makanan, terutama jika simptomnya agak ringan. Senarai rawatan semulajadi di bawah juga berupaya mencegah.

Elakkan pencetus
Sangat munasabah mengelakkan terus pencetus pedih ulu hati, termasuk:
• Jus buah-buahan – mengandungi asid semulajadi
• Coklat – melemahkan LES
• Membongkok ke hadapan – memberi tekanan kepada perut
• Makanan pedas dan berminyak – melemahkan LES
• Minuman berkafein dan berkarbonat – melemahkan LES

Tukar tabiat makan
Amalkan tabiat pemakanan yang baik, termasuk:
• Makan sedikit, tetapi kerap. Tidak perlu makan untuk ‘dua orang’.
• Kunyah makanan dengan perlahan.
• Hindari makan berat 3 jam sebelum tidur
• Duduk tegak, terutama semasa makan, bagi mengalihkan tekanan dari perut.
• Elakkan berbaring 1 – 2 jam selepas makan. Jika terpaksa, baring di sisi sebelah kiri bagi membantu asid turun ke usus dengan lebih cepat dan mengelakkan reflux.
• Elakkan minum ketika makan.
• Berjalan-jalan selepas makan dapat membantu penghadaman.

28 January 2014

Pengalaman bersalin Part 3

Sambungan dari Pengalaman bersalin Part 2...

29 September 2013 (Ahad)
 Since semalam (28 September) baby gerak quite ok, so pagi 29 baru ke Emergency utk register masuk labour room. Kul 7.30 pagi i dengan husband dah sampai, terus naik wheelchair, ditolak ke labour room. Sampai je kat sana, nurse yang jaga kat situ siap tanya "kali ni betul2 nak bersalin kan? sebab hari tu bwk beg tp balik semula."..Hee...dia ingat kami rupanya.. I masuk room 2 since room 1 ada patient yang sampai sebelum kami dah masuk bilik tu.Bilik 2 agak sempit. Bilik 1 lebih selesa la.. Kemudian nurse kasi kain & baju utk ditukar. Then terus dimasukkan ubat kat buntut, ye la..utk buang segala macam yg blom sempat dikeluarkan. Kang nt lain yang dipush, lain plk yg keluar..huhuhu...

Around 8.15am gitu, doktor Awang sampai terus check jalan, pecahkan ketuban & masukkan ubat (induce). Lepas induce tidak dibenarkan bangun dari katil selama sejam. Kira kene baring je la. Doktor kata i maybe akan bersalin ptg or mlm. So sempat la dia nak gi majlis kawen salah sorg doktor pakar kat situ..hihihi...majlis kul 2pm, so dia budget i akan deliver after 2pm. Lepas induce tu dah rasa contraction sikit2. mild gitu.. tapi tak berapa kerap. Borak2 dgn hubby, bukak fb, instagram, tgk tv. Pastu i ada kene sain borg utk apa ntah..lupa dah.

Since i xbrp makan sblm gerak dari rumah td, so agak lapar la. i pon mtk izin dgn nurse nak ke kafeteria kat tingkat bawah. Teringin nak makan roti bakar (roti bakar kat hospital perdana ni best tau.) Sekali tak bole da.... Nurse cakap bila dah masuk labour room, dah xbole kuar. Bole jalan2 nak kasi cepat bukaan tapi hanya dlm kawasan labour room sahaja yang dibenarkan..hohohoho.. padan muka..kikiki.. dulu masa Amsyar bole je kuar gi mkn kat cafe selagi xkuar dari bangunan hospital. Agaknya dah ada kes trberanak kat mana2 area hospital kot.huhuhu... So i minta husband i belikan set breakfast kat kfc dpn hospital. Husband i pon nak makan dulu katanya. kang kalu i sakit susah plk nak kuar gi makan. So bole la i tido jap. Contraction pon dah ada tapi bole tahan lepas doktor  kasi ubat tahan sakit. Rest utk push nanti.

9.30 am. Dah bole bgn dari baring & makan makanan yg hubby i belikan td. Tapi Sebelum hubby i sampai tu, nurse ada offer hot chocolate & cereal. I memang tgh lapar, angguk je la..hee.. makan separuh baru hubby i sampai dgn set breakfast kfc.. pergh..demand betul bab makan masa pregnant. kalu x, xleh telan. huhuhu..Contraction dah rasa makin kuat. Tgh2 makan tu bole lak rasa contraction. Hilang mood sudah. huhuhu...Husband i gosok2 kat belakang pinggan baru la lega sikit. tapi sakit tu still ada. Pastu i baring je sambil tahan sakit. Sampai merah tgn hubby sbb i genggam tgn dia masa tahan sakit. Masa tu jugak la ada 2 org budak pelatih datang. time sakit pulak dia dtg nak borak. Memang layan acuh x acuh je la. Siap mintak nak letak tgn kat perut nak rasa contraction. i ok je. tapi sejuk giler tgn diorg. huhuhu...

Contraction masih lagi mild tapi tak berapa kerap. Masa tu jugak kedengaran pesakit bilik 1 tgh bertarung nyawa nak deliver. Tapi xde la bunyi suara jerit2 macam yang hari tu. Yang tu memang seram giler. Sampai hilang rasa sakit terus nak balik.hahaha... Semua nurse yang bertugas masa tu tgh kelam kabut. I nampak diorg dah pakai apron plastik. Ala..yang macam org niaga ayam pakai tu... kikiki... nak elak darah terpecik kene baju kot. Dengar suara nurse & doktor tgh ajar pesakit tu teran & bagi semangat. Anak 1st kot.. Tak lama lepas tu, kedengaran suara baby nangis. Terharu je rasa. Dengan i sekali nangis. Rasa macam dah xsabar nak tunggu baby dlm perot ni kuar...

2.00pm. Nurse arrange i masuk bilik 1 lepas diorg kemas & cuci bilik tu. Pesakit td pun dah masuk wad. Baru la rasa macam luasnya pemandangan.. hahaha.. bole bayangkan x perbezaan bilik 1 & 2.. kikikiki... Mama i pulak baru je sampai masa tu. Kali ni sorg je yang dibenarkan berada dalam labour room buat teman pesakit. kalu dulu, mama & hubby yang temankan i masa bersalin. Since when diorg tukar polisi pon xtau la. So hubby i kasi mama i masuk temankan i dulu. Mama masuk je terus cakap "sejuknya bilik ni".. Me.. what? sejuk? i xrasa sgt aircond ni. Nurse cakap i xrasa sejuk sebab rasa sakit tu dah bertambah. Masa tu i rasa mcm mild je lagi sakit. xde la sakit sgt lagi.

4.00pm. Hubby i masih kat luar. mama ckp tgh borak dgn afza. Rasa sakit dah makin bertambah tapi still under control.Ada diorg offer epidural. I ckp i xnak. Memang dah decide nak rasa bersalin naturally tanpa epidural macam anak 1st dulu.. Lagi xsanggup nak ngadap kesan jangka panjang je nt. Nurse siap double confirm lagi dgn i sebab pesakit sebelum ni pun tolak epidural. tapi bila dah 9cm baru mintak epidural.Bila dah 9cm mana bole cucuk epidural dah..huhuhu..i memang nekad xnak. Dah siap pesan kat hubby kalu i mintak, tetap jgn kasi tau..hohoho....So, nurse simpan semua kelengkapan epidural...

After i tolak epidural, nurse offer gas etanox ke apa nama dia. Ingat2 lupa da.. Mula2 xnak abik lagi. tapi bila dipikir2, standby je la. Bila rasa xtahan bole terus sedut je. Gas ni bukan utk terus hilangkan sakit tapi hanya utk mengurangkan sakit je. Tapi xde la berkurang sgt. Dia lebih rasa khayal gitu. Seingat i dulu la lps abik gas ni, after deliver je terus rasa mcm ngantuk je.. Nurse ajar cara nak sedut gas ni.. Ada peningkatan nampaknya..hihihi.. Masa tahun 2010, gas ni bila nak abik, kene tekan butang kat belakang corong sambil sedut. Tapi sekarang x perlu tekan butang. Just sedut je dalam2. nanti dia kuar sendiri. Baru la ok kalu camni. kalu nak tekan, masa sakit memang xtertekan dah... dok sedut kosong je la.huhuhu... Makin lama sakit makin kerap & bertambah sakit. Sedut la sikit2 gas ni. Masa ada contraction je sedut gas ni. Bila xde contraction, i cuba relax, kumpul tenaga utk tahan sakit lagi..huhuhu... Dalam i tgh dok tahan sakit tu, dengar nurse dok ajar pelatih yang 2 org tadi. Cara utk kira contraction tanpa bantuan mesin. Tergagap2 diorg..hahaha....Siap bukak note kecik lagi.. Kene tengking dgn nurse sbb bukak nota dpn pasakit. i senyum je la.. Biasa la.. baru nak belajar kan... Pastu i diberitahu lagi sekali yang baby akan terus diberi kepada i or letak atas dada i utk sesi menyusu if xde apa2 la. tapi kalu ada apa2 diorg akan terus bawak baby ke katil sebelah..

4.30pm. I rasa macam dah xlama je nak beranak. So i mintak nurse panggilkan husband i. My mum terpaksa la tunggu luar since sorg je bole temankan i. Doktor Awang datang untuk pantau keadaan. "Comey...Comey.." tu ayat doktor bila tgk drip i & keadaan i..huhuhu... Pastu dia tambah dos yang kat drip rasanya. Pastu siap cakap lambat lagi ni.. so sempat la dia turun ke klinik dia dulu. Doktor pergi je terus nurse tu cakap kalu baring mengiring lagi cepat bukaan. Macam pernah baca dalam blog saper ntah cara mengiring utk percepatkan bukaan. Apa lagi i pon terus la mengiring.. I diajar cara mengiring ni. Mesti mengiring ke kiri, kaki kiri straight, kaki kanan lipat, tumit kaki kanan mesti sentuh punggung kanan. Pastu bila ada contraction, pegang kaki kanan dengan tangan kanan, then tarik rapat ke punggung sambil tahan sakit. 2 kali contraction je i terus rasa nak teran. Cepat2 i jerit kat nurse.."Nak teran..".. Kelam kabut diorg. Sorang nurse tel doktor bagitau dah sampai masa, sorang lagi nurse bantu i baring seperti biasa bersedia utk push.

Doktor sampai je terus dia cakap.."saya baru kat tangga,,xdan nok gi klinik lagi eh.."..heee....Ayat biasa 'Comey..Comey.."..hee.. then terus i disuruh teran bila ada contraction. Alhamdulillah dengan 2 kali teran, lahir la baby i.. Tapi xde nangis.. i relax je la since masa abg dia dulu pon xde nangis jugak. Of course xkan letak atas dada i sebab dia xnangis. Masa tu i dah penat sgt. mata pon kejap bukak kejap tutup dah. Masa tu nampak 2 org nurse tgh sedut kot dari mulut baby. sebab ada bunyi mcm sedut tu. pastu doktor tgh tepuk2 pipi baby. Tak lama lepas tu ada denar baby nangis kejap. Terus doktor declare masa deliver kul 5pm. Lega rasa. I bole terlelap masa doktor tgh jahit tu. Tapi telinga i masih peka ok..hee...memang rasa mcm high giler.. pusing je mata..

Lepas dah siap jahit semua, nurse arahkan i baring mengiring belah kanan, & bergerak ke tepi katil sikit. Nak kasi space kat baby katanya. Terus dia letak baby i kat lengan tangan kanan. Masa tu i khayal lagi. so tgk je kat baby. Baby pon celik je mata dia dok tgk i. mulut plk dok gerak2 macam mintak susu.. Masyaallah... Dengan bantuan husband i, i dpt susukan baby i. Doktor berkali2 pesan kat husband supaya jangan tinggal i dgn baby sendiri since i terlalu byk dos yang masuk dlm badan td. Patut la rasa high giler..huhuhu....

Terima kasih tak terhingga kepada doktor Awang Nila & Staff nurse yang bertugas sepanjang i admit di hospital Pakar Perdana Kota Bharu, Kelantan...

Sekian pengalaman bersalin kali kedua i.  Insyaallah, lagi 2 thn akan merasa lagi... kalu ada rezeki.. Insyaallah....

01 November 2013

Pengalaman bersalin Part 2

Sambungan dari Pengalaman bersalin Part 1...

23 September 2013 (Isnin)
Lepas i inform my husband dalam kul 7.30pm, masa tu dia kat rumah JB, dipikir2 bahaya kalu dia bawak motorbike dia balik mlm2 ni. So i mintak dia naik train je. Train dari kempas kul 8 lebih kalu xsilap. So dia kata tak sempat nak mintak tlg kwn2 hantar dia ke stesen keretapi kempas. Tel stesen Segamat, train gerak dari sana kul 12 tgh mlm. So hubby terus gerak ke Segamat dulu. Sampai Segamat dalam kul 10 mlm gitu, alhamdulillah masih ada tiket seat tidur bawah. Sempat la dia balik rumah mak dia dulu mandi & makan.

Kalau naik train dari JB ke wakaf bharu memang lambat giler sampai. kalu dari Wakaf Bharu ke JB cepat pulak sampai. Husband i sampai di wakaf bharu kul 12.30 tghari!..pergh..kebulur dlm train tu katanya. I pulak, dari semalam dok sakit kejap2. I sempat lagi pergi abik husband dulu kat stesen wakaf bharu. Tapi my mum la yg drive. Kami decide tunggu sakit makin kerap baru ke hospital. So balik rumah, standby je bila sakit kerap baru bergegas pergi.

Petang still lagi sakit biasa2.. Siap minum air kelapa.. so decide nak ke Perdana Specialist lepas maghrib. Sanggup ku tahan sakit sebab nak tengok CINTA JANNAH di TV3. huhuhu...Tak nak terlepas episod tu sebab dah minggu terakhir. Memang lepas bersalin tak sempat la nak bukak laman web tonton nak tgk balik. hee....

Kul 8 mlm my husband, my mum & i terus ke Perdana Specialist. On d way ke sana tu dapat text dari doktor tanya ada sakit x..? I just reply dah on d way. Terus ke emergency inform yg dah sakit & doktor suruh datang utk buat ctg. So masuk labour room.

Al kisahnya.. masa dok buat ctg tu, sambil tunggu doktor datang, i guna bilik yg kecik sikit sebab bilik yang besar ada orang nak bersalin jugak. Orang tu bole la menjerit2 bila sakit..Ya allah.. takut giler.. tak terkata perasaan.. rasa tak nak bersalin sekarang. Nak lari balik je rasa..huhuhu.. Dah la pintu bilik nurse x tutup sebab standby takut ada apa2 kan.. Memang dengar habis dia menjerit, mintak epidural la.. pastu doktor dia (doktor Zana) datang. Mula la dengar proses push2.. adess la.. naik bulu roma..! I dengar sampai dia siap bersalin tau. Sampai bunyi baby nangis. I pulak bole menitik air mata dengar baby nangis..huhuhu...

Dalam kul 10 mlm gitu doktor Awang sampai, cek jalan dulu lepas tu tgk graf ctg. Baru bukak 1 cm..what? ohoho... doktor kata better balik dulu la. sebab graf pon tunjuk sakit tak konsisten. I kan xtau sangat sakit kontraksi tu camner. Rupanya dlm sejam tu ada 1 je contraction.. Doktor suruh balik rehat kat rumah, makan apa yg nak dimakan.(yang ni i suka..doktor kasi green light je.hee). Tapi dalam masa sama kene pantau gerakan baby. Lega den.. Mana x nya..tadi dah dengar orang tgh bertarung nyawa nak bersalin. Dah mula rasa takut. Lepas doktor kata boleh balik, terus bangun nak turun.hahaha....

24 September 2013
Pepagi lagi my husband dah ke stesen Wakaf Bharu cari tiket balik Segamat. Ye la..dah keje makan gaji, terpaksa la balik. Ikutkan hati nak hubby sentiasa ada di sisi je sementara tgu 29hb tu. Tapi apa bole buat. Nasib baik tiket ada. So mlm tu dia naik train balik sana.. bye-bye sayang.. see u again in 4 days..

25 September 2013
Aktiviti harian seperti biasa.. Tetap berjalan ke sana sini dengan my mum..banyok projek weh...hee... ke pasar Teman semestinya.. KBMall jugak..huhuhu... Sakit tetap sakit tapi tak konsisten & tak kerap.

26 September 2013
Hari ni seharian i rasa loya2.. Pagi muntah banyak.. Dari pagi sampai tengahari perut rasa tak sedap je.. Rasa macam gastrik gitu. Dah makan macam2 pon still rasa macam gastrik. Pastu belah petang pulak kepala ni sakit sangat. Dok terbaring je. Dari kul 5 ptg sampai mlm perut & baby dok megeras je sampai sakit dari pusat ke bawah. Pinggang pon rasa lenguh2. Tapi tak ada rasa sakit belakang. Cuma kat ari2 je rasa sakit. Adakah itu tanda nak bersalin. I text doktor tapi tak ada reply.. maybe blom lagi kot. selagi boleh tahan, akan ku tahan. Nak tunggu hubby sampai jugak dulu.

27 September 2013
My hubby dah sampai..yeay..naik motor. konvoi katanya dari Segamat-Penang. Pastu gerak sendirian ke Kelantan.

28 September 2013
Dari pagi i kira gerakan baby macam tak berapa bergerak lak rasa. Kul 10pg blom rasa apa2 gerakan..! Biasa time ni dah cukup 5 kali. Terus i text doktor samada normal ke dah nak dekat bersalin ni? Sambil tu tanya doktor esok nak induce, so kul brp kene pegi hospital? Doktor reply "Baby tak gerak TAK NORMAL".. aduss.. Siap huruf besar tu. Tak sampai 10 minit dia call. Dia mintak i makan. Cakap dah breaksfast tadi tapi dia kata makan lagi. sampai tul2 kenyang katanya. Makan makanan manis. Pastu tunggu dalam setengah jam, tengok dia gerak ke tak. Kalau still tak gerak, i kene terus ke hospital. Tapi kalu ada gerakan, mula kira gerakan tu. Tak nak gerakan sikit2. Kene gerakan kuat. 

Lepas makan lunch, i tunggu setengah jam. Alhamdulillah baby dah gerak. Cuma tak brp aktif lagi la. Doktor call lagi. Dia kata teruskan mengira sampai 10. Lepas habis 10 kene keep track dia still gerak. Kalu rasa tak sedap hati, bole terus ke hospital. Tapi kalu rasa ok, esok pepagi, jupe di labour room kul 7 pagi. 

Alhamdulillah baby gerak sikit2. Tunggu esok je la.. Malas stay kat hospital lama2..huhuhu..


---To be continued in Pengalaman Bersalin Part 3---

30 October 2013

Pengalaman bersalin Part 1

Hari ni 31 hari berpantang. My baby Azfar dah 1 month..13 days to go for confinement.. Alhamdulillah..Sekejap je rasa. Masih terasa sakit bersalin. Macam baru je bersalin.. Hari ni baru ada kesempatan buat entry pengalaman bersalin.

Deliver kali ni memang berbeza dengan anak 1st. Kalau yg anak 1st, i tak pernah rasa sakit main2 org kata.. Tak de sakit cuma sakit badan tu normal la kan.. Contraction memang tak pernah rasa sebelum nak deliver anak 1st. Tapi kali ni, kerap rasa contraction. 

18 September 2013 (Rabu)
Check up setiap 2 minggu sekali jadi rutin since i tak de masalah ketika pregnant. Kebanyakkan kawan2 i masuk je 36 weeks dah start check up seminggu sekali. Tapi i tidak. Alhamdulillah.. diberi kesihatan yang baik cuma alahan je still ada.

Masa check up ni i dah 37 weeks 5 days. Berat i masa ni 92kg (mak ooiii.... lepas ni mmg diet giler2 la..). Since my husband keje di Johor. I nak dia ada masa i deliver nanti. So bila kami kira2, kalu i tetiba sakit or turun tanda seperti pecah ketuban, memang husband i tak sempat sampai sebelum i deliver. ye la..Mau jugak 8 jam baru sampai sini. Tu naik motor. flight pulak blom tentu ada sebab Firefly hanya buat pada hari2 tertentu shj utk penerbangan dari JB-KB. I pulak jenis senang bersalin kalau lepas pecah ketuban. pengalaman anak 1st dl, pecah ketuban kul 2pm, doktor jangka bersalin tengah malam, tapi kul 6.40pm i dah bersalin. So we decide i bincang dgn doktor dulu utk arrange masa. Tengok condition baby i, agak2 bila bersalin semua tu. Lepas cek jalan, bukak hanya 0.5cm. Tak sampai 1cm & masih keras kata doktor Awang. So dia suggest i tunggu turun tanda jugak. Tapi kalau tak ada turun tanda, doktor dah tetapkan tarikh 29 september utk induce. Kira 29 sept tu i dah 39 weeks 2 days. So doktor mintak my husband minta cuti time tu.

But..ada different condition my husband kene terus balik. Doktor Awang siap sketch kat kertas & lekatkan kat buku check up i lagi.. thumbs up for this doktor. That's why i choose him for my genea. 1 more thing, if ada apa2, just give him a text. So xperlu ulang alik ke hospital selagi dia blom kasi green light. Tak de la dok keje ulang alik ke hospital tapi blom nak bersalin kan..

1st, kalu ada turun tanda seperti lendir berdarah, doktor kata i bole terus tel husband suruh balik tapi husband tak perlu tergesa2. I pulak tak perlu terus ke hospital. Tunggu sehingga rasa sakit secara tetap or consistent. Mula2 akan sakit 1 jam sekali, menjadi lagi kerap 30 minit sekali, 20 minit sekali, 15 minit sekali dan seterusnya. If i dah tak tahan dah sakit masa 30 minit sekali, now bole ke hospital.

2nd condition, kalau i ada keluar air means pecah ketuban. Mcam mana nak kesan itu adalah air ketuban, air ketuban akan keluar terus banyak. Kalau pakai pad, akan boleh perah pad tu. Kalau berada atas tilam, akan basah lencun tilam tu. Air yang keluar tu tak berwarna, tak berbau seperti air kencing. Apabila pecah ketuban, perlu segera ke hospital walaupun tidak sakit sebab kemungkinan untuk mendapat jangkitan kuman dari vagina amatlah tinggi. Ini boleh membahayakan baby selain baby bole jadi lemas.

Since i tak pernah rasa sakit contraction, doktor bagitau macam mana rasa sakit tu. Contraction akan mula sakit dari bawah pusat sampai ke bawah (ari-ari), lepas tu tulang belakang jadi sakit. Perut pulak memulas2 & nyucuk2.. Itu tanda contraction. Ok.. i akan berwaspada dok..

Ok.. Since doktor dah bagitau i secara details, tugas i pulak utk inform my husband. 29hb dipilih kerana jatuh pada hari ahad, so menyenangkan my hubby ambil cuti & balik kelantan.

22 September 2013 (Ahad)
Seperti hari2 biasa, dari 18hb i dah start minum air rendaman akar kacip fatimah. Ada yang panggil bunga kacip fatimah. Air kelapa jugak tiap2 hari i minum. Tiap2 hari jugak i aktif ke sana sini dengan mama i..Biasa la. kalu balik kb memang ada je aktiviti dgn mama i ni. KBMall kekdang pergi tiap2 hari, Pasar TEMAN memang selang sehari pergi. Teman mama beli sayur2. I pulak, sementara tunggu mama beli barang tu, dah tak larat nak ikut dia sebab dia jalan laju..hee... so i lepak kat gerai minum. Memang famous Teh o Beng Kaw & Meehoon celup. I sampai je tuan gerai dah tau apa yang i nak. hee.. Dah selang sehari pergi mana org tak kenal kan.. Dah la tgh sarat giler..huhuhu...

Petang masa i nak mandi, I noticed ada keluar lendir coklat bercampur putih macam nak habis period. Perut pulak memang seharian dok rasa nyucuk2 dari bawah pusat ke bawah.. Baby banyak mengeras sampai i rasa susah nak bergerak. Tapi baby tak banyak bergerak macam selalu. Maybe sebab dia mengeras dia jadi kurang bergerak..Apa lagi..kaget la sikit i.. terus text dr Awang samada itu tanda nak bersalin ke x.. Sebab kalu betul, i nak tel husband mintak dia balik.. Dia tya sakit belakang ke tak.? I bagitau dia dari belakang sampai bawah rasa lenguh2, kekadang rasa nak buang air besar tapi tak keluar. Terus doktor reply balik text i..OK-boleh suruh suami balik-- Tak perlu gadoh2..hee.. (tak perlu nak tergesa-gesa)


---To be continued in Pengalaman bersalin Part 2--- Anak i nangis...

18 September 2013

yeay..misi berjaya..!

Alhamdulillah..berjaya jugak tukar susu Amsyar..mula2 campur susu pediasure dgn gain eye Q masa bancuh. tapi skrg dah fully gain eye Q..good boy.. Daddy pon suka.. murah sikit la susu tu nak banding dgn pediasure.

For my pregnancy, jumaat ni genap 38 weeks..2 weeks to go.. tapi ramai yang cakap macam bersalin awal sebab perot i dah kat bawah. Memang pon. kat bawah ni dah mula rasa sakit2.. Kalu kuar 38 weeks pon okay jugak..mommy pon dah xsabar ni.. Nak bergerak agak susah skrg.Jalan pon dan terkangkang2. 

Btw, i update blog ni pon sambil2 tunggu turn utk check up. Biasa la check up dgn doc Awang Nila ni, dtg reg kul 10pg. Skrg kul 1.15ptg pon blom masuk jupe doctor lagi..huhuhu...hari ni dtg sorg2 je since my mom agak busy hari ni. So i drive sendiri je dtg hospital Perdana ni. 

Oppsss.. now my turn...babai....

28 August 2013

3rd pregnancy : 35 weeks

Alhamdulillah... hari ni genap 35 weeks. 5 weeks to go..!

Tapi kat bahagian bawah dah mula rasa sakit2.. baby dah turun bawah..

Masa 31 weeks, sebelum raya hari tu sempat buat scan 4d. Tapi tak berapa nampak lor.. Baby i malu2 gitu. tunjuk sipi muka je.. tak nampak full face. Tak per la.. tunggu baby keluar la ye..


 I buat 4d scan kat Johor Jaya Maternity Centre. Alamat dia 21, 21A & 23A, Jalan Dedap 6, Taman Johor Jaya, 81100, Johor Bahru, Johor. Doktor chinese, Dr Wong. Harga yang dicaj Rm160, lengkap dengan sekeping gambar 4d & CD. Gambar 4d tu pon print kat kertas gambar tu. Dalam CD tu ada video scan tu.. Overall i tak brp puas hati sebab baby i tak nak tunjuk muka. pergi pagi.. pastu since tak nampak, doktor suruh pergi makan dulu, jejalan, pukul 2 ptg baru datang scan balik. Tapi still tak nampak jugak.. huhuhuhu..

I tak nak la tunjuk video tu since tak nampak kan..nanti u'olls mesti tak tahu mana 1 hidung, mulut & lain2.. memang tak berapa nampak..huhuhuhu..

25 August 2013

Pregnancy week 34+.

Alhamdulillah..my 3rd pregnancy dah pon masuk 34 weeks ++. Baby pun asyik mengeras je.. dah rasa sakit2 kat area bawah tu. 

Pregnant kali ni ada sedikit perbezaan dari yg 2nd pregnancy (1st child). Alahan sama je.. sampai skrg still lagi ada alahan. Bezanya badan2 i jadi gatal2. habis 1 badan. Yang dulu xde pulak gatal2 gini. Bila dah masuk 32 weeks, makin menjadi2 gatal2 kat badan terutama sekali kat area leher tu.. adess la... tak tahan sangat..

At last, i pakai je krim untuk baby i.. iaitu Baby Bee Skin Cream..


Main cuba je krim ni.. bole tgk details pasal krim ni kat entry ni. Amazing sangat.. terus kurang rasa gatal kat badan. biasa tiap2 malam memang susah nak tidur sebab tak selesa badan gatal2. Lepas sapu krim ni, lega je rasa. kulit dah tak kering. Sangat worth it ok..

Pastu my mum ada kasi i sabun untuk gatal2 badan. Sabun tu pun ok sangat. Made in thailand. Maybe i akan masukkan dalam FB Tufaz Collection for sale. Bukan shj gatal2 hilang. yang lingkaran hitam kat leher pon dah kurang nampak.. Suka sangat..

Saper nak sabun tu bole contact i ye. Kalu ada yang berminat baru i abik stok.

07 July 2013

Pilihan Botol Susu Untuk Newborn

Salam semua..

i tengah pening pk nak pilih jenis botol susu yang nak beli utk newborn. Sekarang macam2 pilihan ada. Tapi kene fikir samada ianya keperluan & kehendak sendiri. huhuhu.. Maksud i, nak beli sebotol or nak beli starter pack. memang la murah yang starter pack tapi dari pengalaman i, dah takut nak beli starter pack.

Masa 1st baby, i beli Avent starter pack. memang lengkap dengan botol kecik, botol besar, puting, semua la.. Tapi lepas bersalin, macam puting i tak pakai. Memang tak nak ajar anak hisap puting. Pastu anak i reject teats avent.. huhuhu.. sedey tgk. My hubby jeling je.. Macam2 brand i tukar. At last i direct feed je.. tapi since i nak 2nd baby, i ajar jgk dia guna bottle. I pernah buat entry pasal pilih botol susu untuk anak i.. bole baca kat SINI. NUK, Pureen, Dr Brown, semua tak jalan. Yang brand 1st year je dia terima.. Sampai la sekarang, pakai brand 1st year je..

So untuk 2nd baby memang dah berkira-kira nak belikan 1st year punya brand. Sebab dia breastflow. Since anak 1st i tak terima teats Avent, so 2nd baby maybe akan susah nak terima teat mcm avent & lain2 tu. Tapi 1 je i tak berapa suka dengan 1st year breast flow ni. kat teats tu dia ada 3 parts. Teats luar, Teats dalam & ring dia. Yang menjadi masalah, susu akan bertakung antara teats luar & dalam. Memang bole tekan2 supaya susu masuk balik dalam botol. tapi agak leceh & kekadang tak turun pon.


Macam kat gambar ni. Susu dia bertakung. Dengan kata lain akan berlaku permbaziran. Anak i memang takkan hisap or minum susu yang kat bertakung tu. Walaupun selepas i dah tekan2 & masukkan balik susu yang bertakung tu dalam botol dia.

Tu yang tengah cari brand lain. So far i dah survey avent natural flow, Mimijumi, Yoomi, Comotomo, & Mii. 

Avent Natural Flow - i reject awal2 la sebab teats dia lembut sikit je dari teats yang lama. beza tu je. SO tak nak abik risiko lagi try botol ni kat newborn i nanti.


Mii Product - Yang ni pon i tak berita confident. reject.


Comotomo ni i ada tanya jugak la seller2. semua cakap teats lagi lembut dari Mimijumi. tapi bole picit kat bawah tu (botol). nanti kalu tersalah picit, tak tersedak ke baby? hemm.. reject la dulu.

So far i tengah consider 2 brand ni.. Mimijumi & Yoomi. 


Dia ada 2 jenis iaitu Not So Hungry Bottle (120ml/4fl oz) & Very Hungry Bottle (240ml/8fl oz). Dia ada Replacement NIpples (flow rates 1 & 2). Mimijumi ni memang direka untuk baby tolak botol susu sebab dah biasa dengan mum breast. Baby confius nipple la dengan kata lain. 

Sedikit Info :

1- Puting Mimijumi
Dengan menggunakan teknologi terkini puting ini lembut seakan-akan puting ibu. Puting dibuat dari silikon yang selamat untuk bayi - mengikut piawaan yang telah ditetapkan dan tidak mengandungi latex. Bentuk dan warnanya juga dicipta khas untuk menyerupai payudara ibu. Jadi si manja anda tidak akan keliru puting!


2- Material
Botolnya diperibuat daripada plastik EMS Grilamid XE-3997 dari Switzerland dan memang terbukti selamat dan mendapat kelulusan antrabangsa. Lebih baik daripada plastik jenis PC, PP dan PES.
Biarpun botol ini diperbuat daripada plastik namun ianya jernih dan tebal seakan kaca. Namun ianya ringan dan mudah dipegang oleh bayi anda. Dan ianya juga tergolong dalam Eco-Friendly Bottle

3- "Wide Neck style" (Leher Botol Yang Luas)
Memudahkan proses pembersihan di bahagian dalam botol. Sekiranya anda ingin mensteril botol ini, sila buka plastik di bawah botol ini ya. Sebab botol nih boleh bukak dari bahagian bawah dan atas.


4- BPA Free, Lead, Phthalates, Latex.

5- Tidak Perlu Kerap Membeli Botol
Walaupun harganya agak mahal namun botol ini boleh digunakan sehingga 3 tahun dan boleh disteril sehingga 10ribu kali! Manakala putingnya tahan sehingga 6-8 bulan. Bermaksud? Anda cuma perlu beli sekali sahaja dan anda boleh menggunakan botol yang sama untuk anak² yang seterusnya. Jimat kan? (* Puting perlu tukar setahun 2 kali di bawah penggunaan normal)

6- Harga Di Malaysia
Harga kat Malaysia paling murah pernah aku jumpa dekat One Baby World or azasbabymate RM68 & RM87, untuk sparepart mimijumi nipple pulak 1 pack dalam RM43. Macam mahal jugak tapi kalau untuk anak kita sanggup je pun berhabisan kan?

Details i cerita pasal mimijumi ni.. hee... Hati dah berkenan oke.. sebelum tu kita tengok pulak yoomi self warming bottle. Ni pon macam ok jugak..


Dia ada 2 jenis saiz botol iaitu 5 oz & 8 oz. Dia ada 3 jenis teats iaitu slow, medium & fast flow teats. 

Sedikit Info :

1- Yoomi memudah proses penyusuan, sesuai untuk penyusuan pada waktu malam (waktu tidur). Yoomi warmer akan meyediakan susu ibu dengan suhu susu ibu sebenar dalam masa 60 saat sahaja.

2- Bole dibawa ke mana tanpa perlu menyediakan or mancari air panas ketika outing with ur baby.

3- Yoomi tak akan overheat susu. Kalau overheat kan nutrient or zat dalam susu ibu akan rosak.

4- Harga amat berpatutan. Yoomi warmer boleh caj sehingga 100 kali caj (boil in hot water for 25 minutes) with no plugs, batteries & etc.

5- Puting botol susu ni breast like teat shape. Ada 6 anti colic vents. BPA free.




Hemm.. yg mana 1 ye.. ada x mommies yang pakai yoomi bottles ni? kali review sikit. kalu mimijumi tu memang dah ramai yang pakai.

01 July 2013

Newborn List

After i confirm pregnany for the 3rd time & for 2nd baby, i dah buat list kelengkapan newborn. Kali ni banyak yang ditambah berdasarkan pengalaman yang lepas. Niat tak nak susahkan orang lain gi beli apa yg tak cukup bila dalam pantang nanti. Insyaallah..

I share dengan u'olls list newborn i. Maybe akan ada yang berpendapat panjang giler list i ni. Tapi trust me, dlm pantang nanti baru u rasa alahai..kalau la dah beli siap2, tak de la susahkan orang.

Memandangkan ni anak ke-2, so banyak barang baby dah ada.Cuma tinggal tambah skin care baby & sikit2 item yang tak cukup.. Barang yang dah ada or beli  i tanda siap2.. Baju pon i beli la setiap jenis 1. Takkan tak ada yang baru kan untuk baby..

Senarai keperluan bayi

1) baju & seluar - min 12 psg
     - new born
           a) lengan pjg--Check
           b) lengan pendek--Check

     - 3mth-6mth
           a) lengan pjg--Check
           b) lengan pendek--Check
           c) singlet seluar pjg--beli baru sehelai
           d) singlet seluar pendek--beli baru sehelai

     - 6mth above--dlm pantang pon bole beli online nanti.
           a) lengan pjg
           b) lengan pendek
           c) singlet seluar pjg
           d) singlet seluar pendek

2) sarung tgn & kaki = 6psg--Check

3) topi baby = 2--Check

4) keperluan asas
        - bedak,sabun,syampu, minyak
           rambut, losyen= 1 set kecil Burt's bees skin care --Check
        - minyak TYT--Check..dah borong banyak kat parenthod expo last saturday.

5) lampin 1 dosen--Check

6) pampers
        -newborn-1 pack--Check
        -S size -2 pack--Check

7) selimut baby = 1 helai--Check

8) towel = 2 helai--Check

9) barut = 6 helai--Check

10) kelambu--Check

11) tilam baby--Check

12) bantal = 1 bantal, 2 peluk--Check

13) bantal separuh bulat--Check

14) botol susu = 1 botol kecil je dulu. bole tengok review i kat sini.--Check

15) tisu basah = 1 botol besar + baby wipes--Check

16) bebola kapas --Check

17) cotton buds kecil--Check

18) tisu kotak & tisu bulat--sangat perlu untuk penjagaan intimate ibu.. sblm bersalin beli.

19) krim ruam lampin (sudocream)--Check

20) plastik alas tidur (changing mat)--Check

21) besen mandi baby--Check

22) bakul letak kain baju--Check

23) bakul sampah kecil--Check

24) pam perah susu --Check

25) tuala muka (kecil)--Check

26) pemotong kuku--nak beli 1 lagi. yang amsyar punya dah tumpul. huhuhu...

27) sikat / berus bayi--ni pon kene beli.dah berbulu giler+hodoh yang lama punya.

28) pencuci baju bayi = pureen abd

29) pengalas tab mandian bayi--tengah pk lagi..perlu ke?

30) pelapik lampin--Check

31) Pencuci botol susu--Check

32) kain bedung (kain panas)--Check

33) beka simpan susu ibu--Check

34) beg pendingin--Check

35) pek ais--Check

36) susu formula utk bayi--kene beli utk standby. mana tau jadi mcm amsyar dl. hari ke-3 baru ada susu..

37) bag bayi--Check


Keperluan tambahan:- yg ni lps 2 bln pon bole beli (for new mom)...tapi dah ada yang amsyar punya..

1) katil bayi--Check

2) buai--tak perlu sbb memang tak nak ajar anak pakai buai.

3) bouncer--Check

4) stroller--Check

5) car seat--Check

6) baby sling--nak beli baru.

7) nursing cover--Check

8) changing table--Check.. baru beli kat IKEA..tak de la sakit pinggang nanti malam2 bangun nak tukar pampers.


For mummy:-

1) maternity pad--dah beli tapi blom cukup. nak beli yang herba pulak.

2) nursing bra--Check

3) disposable nursing pad--Check

4) set bersalin-maharani 2 kotak--ni nak makan after 2 weeks or lps kuning baby dah tak ada.

5) nipple cream-medela--Check

6) washable nursing pad--Nak beli baru..tak suka brand autumnz..betul ke eja? tak selesa & gatal2 bila jahitan tepi dia kene kulit. Nak beli yang jenis bamboo. Tapi kat Malaysia tak de pulak. Setakat ni memang nak beli brand medela. dah try pegang. selesa..

7) stoking--Check

8) Medela Milk Collecting.. --Check

9) selipar toilet--Check

10) disposable under wear--Check

11) shaklee set pantang-- Blom beli lengkap. I kan jual shaklee. so beli full pack je la..

12) kain sarung--Check

13) krim panas--Check

14) Scrub badan--Check

15) lulur badan--Check

16) bengkung--Check..dah pos kain belacu ke kelantan untuk bibik jahit. 5 meter. Trust me..lagi selesa dari bengkung kurita. Premium beautiful i start pakai bila luka kat bawah tut tu sembuh. 

17) pelapik cadar--Check

18) tali ikat pad--Check



07 June 2013

Parenthood expo 2013 at Danga City Mall..!

Tengok jam dah nak kul 3 pg. Tapi mata ni still tak bole lelap..
Haish...
Tetiba teringat yang this week my pregnancy dah masuk 23 weeks. Sekejap je rasa. Dalam kepala ni dok pikir barang baby byk lagi rupanya yang blom complete.

Kalau masa 1st pregnancy dulu, tau je pregnant, memang keje dok survey rege barang baby je. Habis semua mall ku panjat..hee.. Baby fair tak yah cakap la.. kalau ada baby fair kat JB for sure pergi la kan.. tapi yang kat Mid Valley pon pergi tau.. Larat ke? yang tu lain citer..excited tu lebih..hee..

Kali ni tak berapa sangat. Maybe sebab ingat barang baby kebanyakkan yang Amsyar punya still elok. Bole pulak lupa..hihihi... Pastu hari tu scan pon macam hero jugak. Hari tu dah selongkar baju lama Amsyar. Still nampak baru. So tinggal nak beli utk raya je (memandangkan akan bersalin sblm Raya Haji).  Save banyak my hubby cakap.. huhuhu.. barang yang besar2 macam stroller pon dah tak yah masuk dalam list sebab elok lagi. Cuma car seat je la yang dah rosak buckle.. Dah tempah buckle baru kat Jusco Tebrau tapi tak tau la tuh.. Sales girl tu cakap lambat sikit la sampai & kalu ada stok.

Bila dah ingat barang baby, tangan ni pon terus la google online shop (selain baju baby). Pastu teringat baby fair. Macam pernah dengar akan ada baby fair hujung bulan June ni. Buka fanpage facebook mom & baby expo, memang sah ler ada.. Dipanggil parenthood Expo 2013, berlangsung di Expo@Danga City Mall, JB pada 28 june hingga 30 june 2013.

Oke.. Dah noted.. Siap bagitau my hubby lagi. Nanti nak list barang yang nak dibeli. Yang i excited tu yang bab share picture tu.. ( Like, Share & Win Facebook Contest)..Mana tau kan ada rezeki baby i ni.. Tak salah mencuba kan..

Setakat ni i jupe 2 je picture contest yang untuk Parenthood Expo 2013 ni.. yang kat atas ni salah satu nya..


Haa.. Satu lagi yang ni... Apa lagi.. i shared la cepat2.. Mana tau ada rezeki, bole la ganti carseat yang rosak buckle tu. Hee... Doa banyak2.. AMIN..!!!

OK... time to list down.. barang apa lagi ye nak kene beli...?

Agak2 Moo Moo Kow ada join tak parenthood expo 2013 ni? mau borong cloth diapers dia..hee...

20 February 2013

3rd pregnancy: 1st prenatal visit

Sebelum ni saya dan suami agak pening utk pilih doktor utk pantau pregnancy kali ni...Ada pelbagai pilihan doktor yg kami list for johor area..Boleh tengok di post sebelum ni..

Alhamdulillah..Akhirnya kami dah decide prenatal doctor..we choose Dr Tokha Muhamad at Regency Specialist. Memandangkan masa mengandungkan amsyar ada sedikit masalah iaitu air ketuban tetiba sikit & uri tua (like 40 weeks walhal baru 30 weeks), so utk this pregnancy we need more info just like dr Awang Nila bagitau kami setiap kali check up.

Last week i pergi jumpa dr Tokha for the 1st visit..kami pergi hari khamis, 14 feb 2013 kul 8pm. yeay..dapat jadi 1st patient utk sesi mlm.tp terpaksa menunggu jugak hamir sejam sebab patient yg sesi ptg pon masih ada dlm 6 orang.huhuhu....lebih kurang kul 9.15 gitu dah boleh masuk bilik doktor. ok la kan..tunggu sejam lebih je..xde la lama sangat..

Macam biasa doktor tanya tarikh 1sy day of the last period, timbang berat, tanya sejarah sebelum ni.. yang paling best, Amsyar tak takut pon jumpa dr Tokha..hee...tapi mula2 masuk regency tu mmg menangis jugak la dia..hee...betul2 fobia dengan hospital nih...regency specialist ni ala-ala hotel pon dia boleh tau hospital..ihik...

Pastu masa yg ditunggu2..of course la 1st scan kan..xsabar nak tgk dah nampak belom baby in my womb ni...Mula- mula scan atas perut je..pastu tak berapa clear..so terpaksa la vaginal scan. Sac dah nampak tp no heart beat...kalu ikutkan dari last day period, pregnancy dah masuk 7 weeks. Sepatutnya dah nampak heart beat. tp doktor tokha told me."don't worry dear..masih baru kot..maybe bukan 7 weeks.."...yeah..maybe...so doktor just kasi injection untuk kuatkan rahim, ubat perlu makan dua kali sehari which is Duphaston & folid asid. 

2nd visit will be after 1 week..tp memandangkan my hubby outstation & me...can't drive anymore..dah start dah morning sickness..hopefully kali ni tak de la seteruk mengandungkan Amsyar. we decide for next visit pergi on 25 feb 2013. Hopefully nampak la heart beat. i yakin my baby is alright..i'm having morning sickness..lain la kalau xde morning sickness, yes..i will soooo worry...

Ingat lagi masa yg gugur 1st pregnancy dulu..tak ada morning sickness..je loya2 biasa je...tu pon kekadang je...masa mengandungkan amsyar plk, sampai nak bersalin pon masih vomit..huhuhu....

so guys...doakan yang terbaik for me & my baby k...
amin....

11 February 2013

3rd Pregnancy: 6 weeks

6 weeks
Jantung mula berkembang, peredaran darah mula terbentuk. Sebahagian besar jantung mula terbentuk, jari-jemari, jari kaki dan sebahagian muka, mungkin bibir sudah mula kelihatan.



**Blom jumpa doktor O & G untuk pengesahan usia kandungan.blom decide lagi ni which doctor..waa....

10 February 2013

Prenatal Doctor?

Which doctor? Which hospital? Untuk deliver memang tak pening kepala sebab we both dah decide akan terus ke Dr. Awang Nila @ Perdana Specialist Kota Bharu. 

Kalau my 2nd pregnancy for my 1st child (Amsyar), prenatal check dengan Dr Siti Laila @ puteri specialist, cukup 30 weeks balik kelantan, make appoinment with Dr Awang Nila. Untuk 3rd pregnancy ni still lagi dok pk nak prenatal check dengan which doctor..hemm...pernah sekali call my husband just to ask him which doctor should i go? dengan cepatnya dia jawap "kalau ikut b, b nak ayang check dgn Dr. Awang Nila..he's the best.."..yes..me too dear.. tp apa bole buat..kene pilih yg kat johor jugak..

Consultation Dr Awang nila mmg bagus.dia cerita dari A-Z. sebelum i transfer ke perdana specialist dgn dr Awang Nila, monthly check up dgn dr Laila. tak der cerita byk, check ok..dah...masa 1st pregnancy, dia check tetiba dia jerit kat staff dia, pastu terus cucuk kat paha...terkejut giler..paling tidak pon bagitau la dulu kan nak cucuk..rupanya dia kasi ubat kuatkan rahim sbb masa tu dah bleeding. pastu last appt dgn dia mtk transfer ke kelantan.mula2 dia nak kasi admit sbb air ketuban mcm sikit katanya..tp kami bertegas jugak nak balik kelantan.my mum dah tunggu kat hospital masa tu.tinggal nak gerak balik ke kelantan je..esoknya pepagi jumpa dr Awang Nila.dia kata nak kira jumlah air ketuban..satu2 dia tunjuk, kami mcm terpegun jap..ye la selama ni xtau apa2 pon apa yg jadi kat dlm rahim ni, semua dia ctr, uri tua..hem...the best experince..

So, kali ni kami ada beberapa pilihan O & G di Johor Bahru. Memandangkan pregnancy kali ni i kene berdikari sendiri utk pergi check up since my husband keje luar negeri johor, so jarak dari rumah juga perlu diambil kira..
.
.
.
.
Dr Siti Laila Bt Shikh A. Rahman (Puteri Specialist)
Dari pengalaman sebelum ni, so so la dr ni..tp agak famous dikalangan preggy mom..but for me, tunggu lama tu standard la kan..paling cepat pon sejam tp masuk jumpa dr ni xsampai setgh jam..!! xbrp byk bercakap.kalau tak tanya tak bagitau..normally bila dr dah tau ni 1st child, so mesti la byk yg ktr xtau kan..my hubby selalu complain.tunggu sikit punya lama tp masuk kejap je..kalau baru lps scan tu, baru nak cecah punggung kat kerusi sebelah dr, dah siap..haish..nak kejar patient ramai kot..but still in our choice la since dah biasa dengan dia.
.
.
.
.
Dr Noor Aini Bt Shaari (Puteri Specialist)
Ada sorg senior kat tempat keje dulu prenatal check dgn dr ni, ok katanya.lagi xbyk ckp.tp kalau di puteri, kami jumpa dr ni sekali je sebab dia ada 4d scan. for me agak ok dr ni sbb scan2 baby tutup muka, so dia kata xyah print la.membazir katanya..so xde charge langsung...thumbs up..
.
.
.
.
Dr Tokha Muhamad (Regency Specialist)
Setakat ni yang ni the best choice. Cara consulation dia hampir sama dengan dr Awang Nila..dulu pernah pergi jumpa dia utk check up lps cukup 100 hari. Rupanya dr ni ex student dr Awang Nila. tak habis2 dia puji dr Awang Nila. Waiting time, of course lama mcm dr Awang Nila. memang sama la..tunggu dekat 3 jam ( bole gi makan2 dulu), tp yg bagusnya consultation dia pon hampir 1 jam (same as dr Awang Nila). BUT..Jauhnya regency specialist.kat Seri Alam..huhuhu..kalau husband ada, senang sikit kan..
.
.
.
.
Dr Ding Kec Chuan (Puteri Specialist)
Dr ni kami tak pernah lagi jumpa kawan-kawan yg ada experince dengan dia. tp dr ni yg dr Awang Nila recommend if ada problem after deliver kalau dah balik johor. Best friend dia masa blajar katanya. dari en google, i ada terjumpa la beberapa blog yg ada experince check up & bersalin dengan dia..quite ok, kira mcm veteren jugak la nak banding dgn dr Laila..hemm...akan difikirkan.


So, ada 4 doktor dalam list kami...need to decide ASAP since my pregnancy dah masuk 6 weeks & 3 days..!!

07 February 2013

Good News..!!

Alhamdulillah...We've got a good news..insyaallah, hujung tahun ni Amsyar akan dapat adik..Bersyukur sgt.memang sejak amsyar dah cukup 2 thn, we both trying to conceive. 

Biasanya i alert dgn waktu period.tp mcm mana i bole lupa kali ni..busy sgt.byk keje...5 feb 2013, i doub;e check with my app on my iphone.tgk2 dah 8 days late..hermm.. apa lagi..terus buat test upt. kat rumah memang sentiasa standby upt test yg murah  tu (brand watson). tp yg keluar 1 line terang & 1 line macam samar2.so, to be confirm, need to do upt test again. kali ni i choose digital upt test (brand clearblue). Masa nak tau pregnant Amsyar pon pakai brand ni juga..masa tu digital biasa..sekarang dah siap dengan weeks..

Tercanggih di pasaran dimana ia bukan sahaja memberitahu yang anda mengandung, tetapi beritahu juga umur kandungan..sangat menarik..!! no wonder la retis semua pregnant 2 weeks dah boleh tau..
Esoknya (6 feb 2013), pepagi lg i pergi farmasi cari upt test tu..
.
.
.
.
.
Hasilnya..???
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tada...!!
.
.
.
.



Positif with 2-3 weeks..!!

Tapi kat kotak tu ada tulis macam mana nak baca result dia..


So, kalau ikut table ni, my pregnancy is about 4-5 weeks..kalau ikutkan my fist day from last period, my pregnancy dah masuk 6 weeks..!!

Alhamdulillah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...